Part 12

340 33 3
                                    


Baru sahaja Jungkook menapak masuk ke dalam kawasan sekolah tiba² dia ditarik hingga ke kawasan belakang sekolah. Sampai sahaja di belakang sekolah badannya ditolak kasar hingga terkena dinding bangunan.

"Yah! Korang siapa ha? Apa korang nak dari aku?" soal Jungkook.

Donghyuk yang berdiri di belakang Chanwoo menolak perlahan lelaki itu ketepi. Kini dia berdiri di hadapan Jungkook. Dia mengunci leher Jungkook dengan lengannya.

"Aku pasti kau masih ingat kan muka aku? Aku straight to the point je la eh. Macam mana kau boleh kenal dengan Sora? Semalam kau sebut nama penuh dia lagi sewaktu kita terserempak di koridor sekolah."

"Wae? Kau siapa nak tahu tentang hal tu?" sengaja Jungkook memprovok Donghyuk.

Donghyuk yang berasa bengang dengan jawapan Jungkook tu melepaskan leher Jungkook. Dia memusingkan badannya kebelakang untuk seketika sebelum perut Jungkook menjadi tempat dia melepaskan tumbukan. Kedengaran Jungkook mengaduh kesakitan.

"Kau tanya aku siapa? For your information, aku kingka di sekolah ni dan Sora tu milik aku. Tak ada siapa yang boleh dekat dengan dia termasuk kau budak baru"

"Kau fikir aku takut kalau kau kingka di sekolah ni?" sekali lagi Jungkook memprovok Donghyuk.

"Eyyy dia ni" Junhoe mara ke hadapan ingin menumbuk Jungkook namun dihalang oleh Donghyuk.

Donghyuk menumbuk sekali lagi perut Jungkook hingga anak Jeon tu tertundukkan sedikit badannya.

Kringggg

"Ingat eh, urusan kita belum selesai" terus Donghyuk mengambil beg sekolahnya yang berada di atas tanah lalu meninggalkan kawasan tu.

"We're not over yet" tegas Hanbin lalu pergi dari situ diikuti yang lain.

Jungkook berdecit. Mujur wajahnya tidak diusik, jika tidak pasti kemachoannya hilang. Beg sekolahnya yang hampir melorot jatuh disangkut di bahu lalu dia pergi ke kelas.

SKIP

"What the hell dude. Siapa yang letak surat ni bawah meja aku?" marah Sora apabila dia terbaca satu surat yang berada di dalam laci mejanya. Jisoo dan Jennie pandang ke arah Sora.

"Surat apa wey?" soal Jennie. Sora menyerahkan surat tu kepada Jennie.

Jauhkan diri kau dari Kim Donghyuk. Kau fikir kau layak ke dengan dia? Kau tu budak baru la di sini bitch!

"Ewah, ini melampau ni! Dia tu yang bitch! Kalau aku dapat budak ni memang habis aku kenakan. Kau okay Sora?" marah Jisoo.

"Aku okay. Just, apa masalah budak ni? Tak puas hati cakap la depan². Lagipun aku dengan Donghyuk kawan je kot. Bukannya kitaorang couple!" balas Sora.

"Macam mana kita nak cari budak ni ha?" soal Jisoo.

Masing² terdiam. Tiba² Jennie memetik jarinya. Sora dan Jisoo pandang ke arah Jennie yang sudah tersengih.

"Hey, korang dah lupa ke. Di luar kelas kita kan ada cctv. Khaja kita pergi ke bilik keselamatan. Kita periksa" ajak Jennie.

"Haah la, nasib kau pemilik sekolah ni. Senang sikit nak berurusan. Khaja Sora. Aku tak sabar nak cari perempuan yang sesuka hati dia ja nak sound kau"

Sora mengangguk tanda setuju lalu mereka bertiga pergi ke bilik keselamatan tu. Selepas hampir tiga puluh minit berada di situ akhirnya mereka sudah tahu siapa yang beri surat tu.

"Nanti rehat aku nak kerjakan budak ni. Korang nak join aku or tak?" soal Sora.

Bahunya dipeluk oleh Jennie dan Jisoo.

"Hey, mestilah kitaorang ikut. Takkanlah kau nak membuli seorang diri. Tak bestlah nanti"

Senyuman sinis terukir di bibir di Sora. Menunggu saat ingin membalas perbuatan orang yang telah memanggil dirinya sebagai bitch.

Pada waktu rehat Sora, Jisoo dan Rose tunggu di taman sekolah manakala Jennie dan Lisa mencari orang yang ditunggu tunggu oleh Sora. Selepas lima minit menunggu akhirnya mereka tiba di taman itu. Pelajar perempuan itu dipaksa melutut di hadapan Sora yang sedang duduk di atas bangku. Tanda nama pelajar itu dibaca oleh Sora. Park Min Soo.

"Aku tak nak cakap banyak. Cuma aku nak tanya, kau kenal ni tulisan siapa?"

Surat yang dibaca pagi tadi ditunjukkan betul² di hadapan muka Min Soo. Reaksi wajah Min Soo berubah menjadi takut.

"S-saya tak tahu" Sora berdecit.

"Ah jinjja? Then macam mana rakaman cctv menunjukkan yang pagi tadi kau masuk ke kelas 5A1? Omo, takkan kau mencuri dalam kelas kitaorang?" sampuk Jisoo.

Rambut Min Soo ditarik oleh Lisa membuatkan gadis itu terdongak.

"Hey, baik kau mengaku cepat. Kalau tak lagi teruk kau kena"

Air mata gadis itu mula keluar. Takut dengan ugutan Lisa dan kawan²nya.

"Saya mengaku. Me-memang saya yang tulis surat tu"

Lisa melepaskan rambut perempuan tu dengan kasar. Surat yang berada di tangan Sora terus dironyokkan oleh gadis itu lalu dia menyumbat surat tu dalam mulut Min Soo.

"Kau siapa ha nak panggil aku bitch? Hey, kau tu patut sedar diri! Kau tu yang bitch! Kau siapa nak halang aku rapat dengan Donghyuk? Kenapa? Donghyuk tu kekasih kau ke? Suami kau ke ha?! Jawablah pabo!" marah Sora.

Banyak pelajar menyaksikan kejadian itu. Mereka hanya mampu melihat, tidak dapat membantu gadis itu. Air mata semakin lebat turun dari mata Min Soo. Gumpalan surat tadi diluah oleh gadis itu apabila dia terasa seperti hendak muntah.

"Sebelum ni, Donghyuk selalu dengan aku. Tapi sejak kau datang sini, dia langsung tak pedulikan aku! Kau tu pengganggu je la dalam hidup aku la bitch!" kata Min Soo dengan tegas.

Sora yang berasa bengang dengan kata² Min Soo mengepalkan penumbuknya.

"Rose, rasanya kita boleh proceed dengan plan kau" ujar Jennie apabila dia merasakan Sora sudah mencapai tahap kesabaran yang maksimum.

Rose tersenyum sinis. Beg plastik hitam yang berada di atas bangku diambil lalu dibuka ikatannya. Dia menyuakan beg plastik itu kepada Sora.

"Aku rasa more better kalau kau yang rasmikan dulu, Sora" cadang Rose.

Sora menyeluk tangannya ke dalam beg plastik. Sesuatu yang berkulit keras dan berbentuk bujur kini berada dalam genggaman Sora. Telur ayam!

"Aku nak kau ingat peristiwa ni seumur hidup kau, okay bitch?"

Telur itu dipecahkan di atas kepala gadis itu membuatkan isi telur ayam itu mula melekat di rambut Min Soo. Tangan Sora yang terkena sedikit isi telur itu dilap ke blazer Min Soo. Kejadian itu disaksikan oleh Ikon dan Jungkook.

Serentak dengan itu juga ahli Blackpink turut melemparkan telur ke arah Min Soo hingga uniform sekolahnya dipenuhi oleh telur. Min Soo merayu rayu meminta maaf dan minta supaya melepaskannya namun dihiraukan oleh Sora dan Blackpink.

"Aku rasa tak cukup dengan telur. Apa kata kita 'mandikan' kau sedikit?"

Belakang blazer Min Soo ditarik kasar oleh Sora lalu dibawa ke kolam ikan yang terdapat di situ. Tiba² Sora teringat sewaktu dia pernah ditipu oleh Jungkook hingga dia ditolak masuk ke dalam kolam ikan. Cepat² Sora lupakan perkara itu lalu dia menolak badan Min Soo supaya melutut di atas tanah. Baru sahaja dia ingin merendamkan wajah Min Soo di dalam air tiba² ada orang memanggil namanya.

"Kim Sora, stop!"

TBC

-reader fikir siapa yang panggil?

[C] CHANGED [JJK]Where stories live. Discover now