💖 Bab 1💖

22.6K 454 76
                                    

*Edited Version*

"ASSALAMUALAIKUM!" Seruku sedikit lantang, agar ibu yang berada di dalam dapat mendengar. Aku menolak daun pintu utama rumah dengan rasa tidak sabar.

"Waalaikumussalam. Anak ibu dah balik ya?" Sahut ibu, tergopoh-gapah menghampiriku dengan wajah penuh mengharap, seperti biasa.

Aku membalas tatapan ibu dengan sedikit rasa tidak puas hati.

"Haa, Ary! Macamana tadi?!" Soal ibu, tidak sabar.

Aku masih belum mahu menjawab soalan ibu yang bagiku sangat-sangat retorik itu. Sebegitu tidak sensitifkah ibu sehingga tidak dapat melihat raut wajahku yang sudah berubah rupa dan warna ini?! Sudahlah panas, penat, dahaga lagi!

Aku melihat ada segelas jus oren di atas meja ruang tamu, seakan melambai-lambai memanggilku untuk meneguknya.

Ahh.. Kebetulan pula ibu sediakan jus oren sejuk itu di petang yang panas begini. Siap terhidang di atas meja lagi. Pasti dia tahu sekejap lagi aku akan mengamuk, jadi awal-awal lagi sudah disiapkan jus sejuk segar itu untukku.

"DHIA ARYANA! Itu untuk tetamulah! Kenapa minum?!" Ibu separuh menjerit, segera merebut gelas yang sudah hampir separuh isinya kuteguk.

Aku hampir tersedak. APA?! Tetamu?! Okk oww! Segera aku palingkan wajah. Manalah tahu, tetamu yang dikatakan ibu itu sedang melihat aku yang meneguk rakus minumannya.

Tapi, ruang tamu ternyata kosong! Hanya ada ibu dan aku. Namun yang pasti, walau siapa pun tetamu ibu itu, pastinya dia sangat penting melihat kepada reaksi ibu yang ketara tadi!

"Kamu ni dah kenapa, Ary? Main redah aja! Dalam peti ais kan ada lagi!" Ibu mengomel sambil memuncungkan bibir.

"Laa.. Mana Ary tau yang ni untuk tetamu!" Sahutku. Haah..?! Oopss.. Jangan cakap gelas itu bekasan mulut orang. Huwaa..!!

"Ibu, Ary minum air bekas mulut orang ke? Aduh.. Macamana ni? Kalau orang tu berpenyakit, nanti mesti berjangkit pada Ary..!" Kataku sambil menyapu-nyapu bibir dengan belakang tangan lalu segera memeluk ibu, ketakutan.

"Bekas mulut orang apanya?! Bekas mulut kamu adalah! Tetamu tak sempat minum lagi pun, kamu yang teguk dulu!" Ibu menepis tanganku yang sedang memeluk lehernya. "Dah! Cepat bawak gelas ni ke dapur, lepas tu ambilkan jus lain!" Sergah ibu.

"Yelah, yelah..! Ibu ni, garang tak bertempat betullah!" Aku mengembungkan pipi lalu mengikut perintah ibu. Yelah, walau apa pun, aku tidak mahulah menjadi anak derhaka, kan?!

Lagipun, memang betul salahku. Dan Alhamdulillah, gelas itu bukan gelas bekasan mulut orang. Setidaknya, aku terhindar dari sebarang risiko penyakit berjangkit!

"Siapa yang datang ni, ibu?" Tanyaku, meletakkan gelas berisi jus oren yang baru serta sepiring cheese cake kukus yang sempat kubuat sebelum keluar pagi tadi. Kulihat sofa di ruang tamu masih kosong.

"Makcik Sarah, kawan lama ibu. Kamu ingat tak?" Ujar ibu dengan wajah berseri tiba-tiba.

"Hmm.. MakcikSarah... Kawan lama ibu masa sekolah menengah dulu tu, kan?" Aku ingat-ingat lupa. Tapi kalau betullah Makcik Sarah yang itu, seingatku kami sekeluarga pernah ke rumahnya sekali di Terengganu ketika majlis berkhatan anak lelakinya dulu.

Ibu angguk. "Ha'ah.. Yang itulah. Kebetulan dia datang menjenguk anaknya yang baru bertugas di sini. Jadi dia singgahlah sekejap jumpa ibu!"

"Dah tu, mananya Makcik Sarah?" Mataku melilau-lilau di sekitar ruang tamu kami yang sederhana besar.

"Ke tandas.." Jawab ibu. "Eh.. Cakap-cakap jugak, macamana Johan tadi? Kacak tak?!" Ibu kembali ke topik asal yang hampir terlupakan tadi.

Aku memutar bola mata ke atas. "Iya, ibu.. Kacaklah sangat, kalau di tahun 2000 dulu! Kalau ibu kenalkan dia pada Ary 24 tahun lepas mungkinlah sesuai kot!" Kataku sebal. "Dia dah tualah, ibu! Malu Ary nak berabang-abang kalau dah nikah nanti. Dia macam pakcik-pakciklah!"

For your information, ibu kesayanganku ini sedang melancarkan misi khasnya mencarikan jodoh-cum-suami untukku. Sebab?! Tentu saja kerana usiaku, KA-TA-NYA!!

Padahal usiaku baru 27 tahun, tepat 3 hari lalu! Dan wajahku?! Masih kiut-miut, what? Dengan ketinggian 1.57 meter dan berat badan 48 kilogram, tiada siapa yang menyangka aku sudah pun berumur 27 tahun!

Dan bagiku, itu bukan satu masalah besar sebenarnya. Umur 27 tahun sebenarnya masih terkesan muda, comel dan seksi.. Ahaks...!!

Tetapi tidak bagi ibu. Dia sudah mula gelabah mencarikan bakal suami untukku sejak setahun lalu kerana menurutnya, perempuan-perempuan dalam keluarga kami semua bertunang dan bersuami di usia bawah 25 tahun!

Mulanya, ibu biasa-biasa saja dengan hal itu. Tetapi entah kenapa, tiba-tiba ibu sungguh berminat menjadi agen pencari jodoh untukku. Mungkin juga kerana ramai anak-anak jiran di taman perumahan kami ini yang sudah menikah.

Biasalah, emak-emak! Kadangkala termakan juga dengan kata-kata orang tentang title 'anak dara tua', kan?

Oopss.. Tapi aku bukan 'anak dara tua' alias 'andartu', ya! Aku lebih suka menyebut diriku sebagai 'anak dara high quality'! Lebih manis dan sopan bunyinya, kan..

"APA?! Pakcik-pakcik?!" Mata ibu spontan membulat menatapku.

"Ibu, dia dah 54 tahun, duda anak tiga lagi! Takkan lelaki macam tu ibu nak nikahkan dengan anak dara ibu yang comel kiut miut ni?! Tak sesuailah!" Bangkangku.

Ibu menggelengkan kepalanya, laju. "Sesuailah tu dengan kamu. Eii.. Kamu tu pun dah dapat title makcik, tahu?! Tak ingat, anak sepupu dah setengah dozen? Tu, si Fauzan dan Furqan tu, dah patut panggil kamu nenek, tahu?!"

Aku hanya tersengih. Fauzan dan Furqan, si kembar comel itu adalah cucu dua pupuku yang pertama, dilahirkan oleh anak dua pupuku di sebelah ayah yang usianya lebih tua lima tahun dariku.

Jadi, bayi yang baru berusia enam bulan itu bakal menggelarku sebagai 'Granny Ary'! Oh.. Alangkah vouge-nya aku.. Hahaha!!

"Itu kes lainlah, ibu. Cucu dua pupu aja, kan? Lagipun, bukan salah Ary kalau kita ramai saudara sedarat, sepupu sepapat sebelah ayah! Dan Ary yang terkena tempiasnya sampai ada berdozen anak dan cucu sepupu, dua pupu dan berpupu-pupu..!" Omelku, berusaha mempertahankan diri.

Ibu menatapku, tidak puas hati.

"Ary ni masih muda kot! Masih kiut miut, comel, dara lagi! Kalau dengan uncle Johan duda tu.. Eii.. Tak naklah! Sampai hati ibu, kan..?" Ngeri pula rasanya apabila aku membayangkan lelaki berdarah mamak itu tidur di sebelahku. OH NO!!

"Kiut miut?! Kuet muet adalah! Sedarlah sikit umur kamu tu! Nanti nak beranak pun payah!" Ibu menjeling tajam.

Eh.. Eh.. Eh.. Ibu ni bukannya menaikkan darjatku sebagai anak gadisnya, malah menjatuhkannya pula. Hish..

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now