💖Bab 8💖

8.3K 329 11
                                    

*Edited Version*

Termasuk kelmarin, sudah 3 kali aku balik dari kerja dijemput Armand. Nampaknya ibu dan aunty Sarah begitu bersemangat sekali ingin menjodohkan kami berdua.

Armand sendiri? Datar dan lurus seperti robot. Kami lebih banyak diam. Seperti biasa, jika aku bertanya, dia cuma menjawab seperlunya. Sesekali ada juga dia bertanya-tanya padaku tapi terlalu sedikit.

Dan tentu saja aku yang lebih banyak mendominasi dan memonopoli perbualan kami. Oh, mulutku ini! Rasanya susah sekali untuk berhenti berbicara dengan lelaki yang sudah beberapa kali kutemui ini. Tapi dia sendiri..?!

3 hari aku bertugas shif petang, itu bermakna aku akan pulang jam 9 malam. Dan itu menjadi trick ibu untuk memujukku menerima cadangannya dan aunty Sarah tentunya, agar membenarkan Armand menjemputku.

"Anak dara naik motor sorang-sorang kan bahaya? Apa lagi kalau malam-malam..?!" Kata ibu, meyakinkan.

"Tapi ibu, Ary kan dah biasa! Lagipun, kan lagi bahaya kalau ibu biarkan Ary balik berdua dengan si budak Armand tu?!" Tukasku.

"Ya, biasa memanglah biasa. Tapi, bukan ke lebih baik Armand yang jemput. Insha ALLAH, tak ada bahayanya bila dengan dia tu. Sambil-sambil tu boleh juga saling berkenalan lebih rapat lagi!" Kata ibu, penuh yakin.

Amboi.. Yakinnya ibu menjawab, tidak ada bahayanya bersama Armand! Dia teruna, aku dara. Boleh percaya ke..?! Bla.. Bla.. Bla.. Alasan!

Padahal ibu sengaja nak aku berkepit dengan Armand untuk mencairkan hatiku agar menerima usul mereka berdua! Ibu dan aunty Sarah sama saja, tak ada bezanya! 2 kali 5, 5 kali 2! Padan sangatlah tu!

Entah apalah masalahnya kalau aku pulang sendirian malam-malam? Lagipun, ini bukannya kali pertama. Tahun pertama bekerja, setiap kali bertugas pulang malam, ayah atau Aqasha akan menjemputku.

Tapi takkan selamanya aku hendak mengharapkan ayah yang selalu sibuk di mini market-nya itu, kan? Aqasha juga ada akitivitinya sendiri. Kalau bercuti kuliah, mendaki gununglah dia.

Kadangkala, kalau bertugas dalam satu shif, Sofi yang akan menghantarku. Lalu kemudian aku memutuskan untuk berskuter saja. Berkereta? Aku belum berkeingingan! Sebab..? Penakut, full stop!

Tapi entah kenapa sekarang ibu tiba-tiba memanjakanku sejak munculnya Armand? Sebenarnya, aku juga tidak keberatan malah okey-okey saja kalau dijemput Armand setiap hari pun. Setidaknya dapatlah menjimatkan duit minyak skuterku. Hehe..

Tapi tidak untuk malam ini kerana aku dan Sofi yang bertugas satu shif ada agenda lain. Jam 9 malam, kami berdua keluar dari perkarangan hospital menuju ke warung kegemaran kami yang terletak di seberang jalan berhadapan hospital.

Tidak lama kemudian, Farid muncul. Malam ini, Farid berjanji untuk belanja kami makan lalu terus menghantar kami berdua pulang.

Aku dan Sofi sudah mula berkawan sejak mula-mula mengikuti kursus jururawat, manakala Sofi dan Farid pula sudah saling mengenali dari zaman sekolah menengah. Dan secara tidak langsung, kami bertiga terus serasi berkawan sehingga kini.

Dan kini, walaupun masing-masing sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas, aku dan Sofi sebagai jururawat dan Farid pula sebagai akauntan, namun kami tetap mencuba mencari ruang untuk bertemu, walaupun sekadar untuk makan-makan begini.

"Abang nak mi udang special dan jus limau nipis.." Ujar Farid kepada Iffa, anak gadis Pak Lah dan Mak Som, tuan punya warung, yang datang untuk mengambil pesanan.

"Kak Sofi nak kuew teow sup, perut lebih, sambal kicap pun lebih dan sirap limau." Kata Sofi pula.

"Kak Ary?"

"Bagi akak nasi goreng ikan masin pedas kaw-kaw dan teh 'o' laici." Kataku pula.

"And bagi kerang bakar tiga set dengan sos pedas sekali.." Cepat-cepat Farid bersuara sebelum Iffa beredar.

Sempat kulihat Farid mengenyit mata pada gadis 18 tahun itu. Iffa pula nampak malu-malu.

"Hmm.. Selalu-selalulah kau dapat bonus, ya, Farid? Bolehlah belanja kami lagi.." Kata Sofi selamba.

"Aamiin..!" Aku mengaminkan doa Sofi sambil ketawa.

"Hmm.. Iyalah tu! Selain mak dan adik aku, duk belanja korang berdua ajelah aku ni. Nak belanja bini, tak ada bini lagi..!"

"Dah tu, cepat-cepatlah cari calon! Jangan pilih aku, sudah!" Jawabku lalu disambut dengan anggukan dari Sofi, tanda dia juga enggan dipilih Farid.

Hahaha.. Makan free nak, jadi bini tak nak pulak! Hantu punya kawan!

"Ahh.. Pilih korang buat apa?! Makan modal. Lagipun, hari-hari dah mengadap, jemulah!" Sahut Farid, tidak mahu kalah.

Kami bertiga ketawa terkekeh-kekeh.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now