💖Bab 9💖

7.7K 306 6
                                    

*Edited Version*

"Aunty Dhia.. Hai..!"

Aku menoleh ke arah suara itu dan mendapati seorang gadis manis sedang tersenyum ceria padaku. Senyuman yang menjadi favourite-ku sejak dia masih kecil kerana lesung pipitnya yang dalam di kedua-dua belah pipinya.

"Ehh, Lydia! Dari mana ni?" Tanyaku pada Lydia, salah seorang dari sedozen kerabat pupu-pupuku.

Dia adalah anak kepada sepupuku dari sebelah ibu. Dan walaupun aku berpangkat makcik sepupunya, tapi yang nyata usia kami hanya berbeza lima tahun saja.

"Ada practise menari tadi. Saja singgah sini minum-minum. Aunty baru habis shif ke?" Lydia tersenyum pada Sofi yang turut membalas senyum. Manakala Farid pula melopong menatap Lydia.

"Ha'ah.. Lepak-lepak dulu hilangkan penat sebelum balik. Lydia sorang saja ke?"

"Taklah, dengan kawan.." Dia menoleh ke belakang dan temannya muncul. Tidak kalah cantik berbanding Lydia cuma pakaiannya terlalu seksi dan berwajah sombong.

"Amyra.. Kenalkan, ini aunty sepupu I, aunty Dhia." Lydia memperkenalkan.

"Aunty..?!" Gadis bernama Amyra yang so bajet bagus itu menatapku dingin sambil menaikkan sebelah keningnya, seolah-olah aku ini benda kotor yang harus dijauhi.

"Jomlah, join sekali.." Ajakku, lebih kepada mengajak Lydia, sebenarnya.

"Tak payahlah, Lydia! Sana ada meja kosong. Kita duduk sana ajelah.." Sahut Amyra dengan muka sebal, enggan semeja denganku, Sofi dan Farid.

"Hmm.. Kami duduk sana ajelah, aunty.." Ujar Lydia serba salah.

Aku cuma tersenyum sambil mengangguk faham. Lydia mencium kedua-dua belah pipiku lalu berjalan menuju ke meja selang beberapa meja dari tempat kami bertiga.

"Betul ke tu anak sepupu kau, Ary? Cun gila woo.." Ujar Farid, teruja. "Kenapa aku baru tahu kau ada anak buah cun macam tu, ekk?!"

"First, yes. Lydia memang anak sepupu aku. Second, now kau dah tahu yang kerabat aku memang cun-cun semua. And third, she's under taken!" Sahutku dengan sedikit kesal, tentunya.

Apa tidaknya? Lydia yang baru berusia 22 tahun dan belum pun tamat pengajian kolej itu, sudah pun bertunang. Sedangkan aku..?!

Aku menggigit straw, sedikit sedih tentunya bila mengenangkan kenyataan pahit itu walaupun aku sebenarnya turut menumpang gembira dengan berita pertunangan Lydia bersama lelaki pilihannya dari negara Brunei itu.

"Yelah, yelah.. Aku tanya aje pun, itu pun nak monyok! Rileks-rileks sudahlah!" Kata Farid.

"Hahaha..! Kesian kau, kan, Ary?! Anak buah dah taken, mak buah pulak tertekan sebab tak taken-taken! Hahaha..!" Sofi ketawa besar.

Aku sekadar mencebik. Makanan pesanan kami sudah pun tiba, menggamit selera perut yang memang sudah kelaparan.

"Tapi, kawannya tu sombong dan seksi sangat. Padahal boleh tahan lawa jugak!" Komen Farid, masih menatap ke meja Lydia dan Amyra.

"Hish.. Dasar mata keranjang! Dah ada dua jelitawan di depan mata ni pun masih sibuk memandang yang lain!" Kata Sofi sambil menggigit kerang bakar yang dicicah sos pedas.

"Normal-lah tu mata keranjang, dari mata dulang! Haa.. Kan pelik tu!" Sahut Farid ala kadar.

"Hahaha..!!" Aku dan Sofi ketawa tertahan-tahan, sambil menikmati makanan kami.

"Ala.. Habislah diet I macam ni! Semua makanan berat-berat ni. Vege salad tak ada ke? Kalau langgar diet nanti, badan naik, rosaklah tarian I!" Terdengar suara Amyra sayup-sayup dalam nada merengek.

"Ala.. Sekali sekala apa salahnya break the rules! I okey aje makan ni. Diet-diet tu esok-esoklah kita fikirkan." Sahut Lydia santai.

Sofi menahan tawa. "Laa.. Kambing betina nak cari rumput rupanya.."

"Emmbeekkk...!" Sahut Farid sambil ketawa sakan. Gembira betul dapat ketawakan orang, ya?!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now