💖Bab 3💖

10.5K 355 33
                                    

*Edited Version*

APA?! APAAAA?!!!

Rupa-rupanya calon yang diajukan oleh Makcik Sarah itu adalah anak lelakinya sendiri!

Aduh! Pening kepala aku dibuatnya! Apa yang telah terjadi kepada emak-emak berdua ni? Adakah mempromosikan anak masing-masing sedang menjadi trend sekarang?!

Ketika ini, aku sedang kebingungan dengan jayanya di dalam bilik tidurku. Aku telah menghabiskan masa sejam di bilik air. 50 minit kerana saraf terkejutku masih tidak dapat menghadam maklumat itu dan 10 minit lagi untuk mandi dalam keadaan masih terkejut!

Aku menatap cermin solek, kembali mengulang tayang episod drama penuh suspen dan mendebarkan yang berlangsung hampir 12 jam yang lalu, dikala mata ibu dan aunty Sarah saling berbalas sinaran cerah.

Sungguh dengan yakinnya Makcik Sarah memberitahu ibu bahawa lelaki yang dikatakan sesuai untukku itu adalah anak lelaki tunggalnya sendiri!

Aku memejam mata seketika. Fuhh.. Ternyata hal ini tidak kalah mengerikan seperti blind date-ku dengan si Johan duda itu siang tadi!

Ironinya, dalam sehari ini sahaja aku telah menghadap dua kejutan mengerikan! Pertama, pertemuanku dengan  Johan duda itu. Dan yang kedua, tentulah tentang anak makcik Sarah ini!

Dan yang lebih mengerikan lagi adalah bayangan lelaki yang sedang mereka perkatakan itu!

Lihatlah tadi riak terkejut yang terlihat sangat nyata sengaja dibuat-buat ibu. Padahal sudah sangat jelas di mata mereka menyatakan yang 'kunjungan singgah sekejap ini' seakan memang sudah dirancang dari awal.

Mereka memang sedang berkomplot! Dan ini membuat aku merasa ingin segera menenggelamkan diriku sendiri ke perut bumi!!

Sebenarnya, masalah ini tidak hanya terletak pada riak wajah dan perancangan emak-emak yang sedang terjebak virus 'sindrom pencari jodoh' ini sahaja.

Tetapi masalah yang sesungguhnya adalah pada watak utama dalam drama 'perjodohan mega abad ini' iaitu aku dan si lelaki itu!

Bagaimana mungkin seorang aku, Dhia Aryana binti Mohd Irfan yang berusia 27 tahun, cantik, penuh sopan santun dan kiut-miut ini akan berjodoh dengan seorang Armand, si Mr. Whatever-lah yang baru berusia 24 tahun?! Ya, DUA-PULUH-EMPAT-TAHUN! Dia malah sebaya pula dengan adik kandungku, Aqasha!

Aduh.. Pening.. Pening.. Pening kepala dibuatnya!!

Bagaimana ibu sanggup..?! Dan aunty Sarah sendiri?! Sampai hati dia menyerahkan anak lelaki tunggalnya yang masih muda belia itu kepada gadis yang berpangkat kakak-kakak sepertiku?!

Well.. Aku tahu ibu memang agak terdesak dengan masalah jodohku tapi menyerahkan aku, satu-satunya anak gadis yang dia miliki ke tangan lelaki yang tiga tahun lebih muda..?! Oh, alangkah sadisnya!

Dan rasanya, aunty Sarah sendiri juga tidak mungkin sebegitu terdesak untuk mencarikan jodoh buat anaknya, kan? Jadi, atas faktor apa maka dia begitu menginginkan aku menjadi menantunya? Isteri kepada anak lelakinya?!

Aku mencuba kembali mengingat-ingat wajah Armand yang pernah kutemui sekali, lama dahulu. Kira-kira berapa lama agaknya, ya? Hmm.. 14 tahun lalu!

Ketika itu aku di Tingkatan 1, kami sekeluarga dijemput ke rumahnya di Terengganu bagi menghadiri majlis berkhatan Armand.

See?! Itu sahaja sudah kedengaran teramat-amat mengerikan! Seorang gadis berusia 13 tahun, yang sudah 3, 4 kali period dan sedang dalam proses pertumbuhan fizikal, ingin pula dijodohkan dengan budak lelaki yang baru bersunat?!

Masha ALLAH, masalah betul ni! Hadoii.. Sungguh kasihan!

Aku tidak sedar, sejak bila aku sudah berada di dapur. Berfikir dalam kebingungan sebegini selalu membuatku menuju ke dapur dan berakhir dengan aktiviti kegemaranku, makan!

Aduh..! Ibu dan aunty Sarah ni pasti sudah hilang akal waras!

Armand..?! Hmm.. Mengingatkan lelaki itu sebenarnya tidaklah seburuk mana. 14 tahun lalu ketika kali pertama dan terakhir bertemu, usianya baru menginjak 10 tahun.

Armand berkulit cerah kemerahan, tubuhnya gemuk, pipinya chubby dan bulat seperti tomato ranum. Benar-benar seorang budak lelaki yang comel. Membuat aku geram melihatnya dan ingin mencubit-cubit pipinya.

Malah aku sampai berniat ingin menjadikan dia adik angkatku bagi menggantikan Aqasha, adikku yang selalu membuatku sebal dan sakit jiwa.

See?! Konteks pemikiranku dulu ingin menjadikannya adik, malah sekarang akan dijadikan suami?! Oh.. Ini sungguh di luar konteks. Tidak mungkin ini akan terjadi, kan?! Atau.. Mungkinkah..?!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now