💖Bab 19💖

7.3K 297 7
                                    

*Edited Version*

Sofi mengambil cuti 10 hari setelah majlis pernikahannya. Dua hari selepas nikah, dia bertolak ke Pahang mengikut keluarga mertuanya untuk majlis sambut menantu.

Sofi mengirimkan aku beberapa gambar dan video kemeriahan majlis menyambut menantu untuknya itu melalui Whatsapp dan di sekitar percutian honeymoon-nya di Pulau Tioman.

Bahagia sungguh dia nampaknya. Aku bersyukur untuk sahabat terbaikku itu. Alangkah bertuahnya Sofi! ALLAH mempermudahkan jalannya dalam mencari jodoh.

Di wad pula, aku menjadi sumber tumpuan staff setelah berita pernikahan kilat Sofi tersebar. Dr. Faishal turut menyertai kelompok itu. Aku menahan rasa ingin ketawa melihat riak terkejut bercampur lega yang terpamer di wajahnya.

Pulang dari kerja petang itu, Armand menjemputku dan kami minum petang di kafe 'Nour Qaseh', tempat pertama kali kami bertemu. Dan kali ini, dia memilih meja yang sedikit tersorok.

"Aryana.." Dia membuka bicara setelah waitress kafe datang menghantar pesanan kami.

"I.. Iya..?!"

"Boleh kan kalau saya panggil Aryana?"

"Kan dah pernah panggil macam tu sebelum ni?"

Dia senyum. Dan dengan wajah tenang dan nada agak tegas, dia menyambung. "Awak sebenarnya keberatan ke dengan plan pernikahan kita?"

Aii.. Sekarang baru nak tanya? Kenapa tak tanya masa sebelum bertunang hari tu?! Atau pun tunggu saja lepas nikah dua bulan lagi!!

"Saya dengar dari awal setiap perbualan awak dengan Aila.."

Oops.. Ternyata benar telahanku yang dia memang mendengar butir perbualan aku dan adiknya di malam pertunangan kami empat hari lalu. Aku menatapnya sesaat, cuba mengawal detak jantungku yang berdebar. Gulp..!

"Hmm.. Awak sendiri, macamana pulak?" Soalku setelah yakin rasa gugupku sedikit memudar.

"Awak cakap, awak tak nak kecewakan orang dan tak nak orang kecewakan awak. Dan yang lebih penting lagi, awak tak nak kecewakan diri awak sendiri!"

Well.. Itu ayat terakhirku pada Aila, malam itu.

"Dan saya berani beri jaminan, yang awak takkan kecewakan saya, saya juga takkan kecewakan awak dan kita takkan kecewakan diri kita sendiri. Insha ALLAH!" Kata Armand.

"Well, I think you already know what my answer is! So, part mana yang buat awak rasa ragu pada diri saya? Usia saya?!" Sambungnya.

Okk oww..! Aku tahu ini merupakan hal yang paling sensitif bagi seorang lelaki. Mereka paling tidak suka diragukan dalam apa juga hal bila dikaitkan dengan usia!

Aku menggigit bibir. "Rasanya, ini terlalu cepat, Armand. Dan saya dah pernah cakap, kalau awak terima untuk menikahi saya hanya disebabkan oleh mama awak, sebaiknya kita tak usah teruskan.."

Armand angguk. "Dan rasanya saya pun pernah cakap dulu, yang persetujuan dan penerimaan saya bukan semata-mata sebab mama!"

"Then what?! Sebab awak memang dah tergila-gilakan saya?! Jangan melawaklah! Kita baru beberapa kali jumpa, itu pun sebab diatur mama awak dan ibu saya, jadi tak mungkin.."

"Kalau saya cakap, memang saya dah lama tergila-gilakan awak, macamana? Awak percaya tak?!"

"Merepek! Dahlah, Armand! Orang macam saya ni bukan taste awak pun, kan? Saya lebih tua, bertudung, tak up to date! Awak pulak sukakan gadis muda, cantik, putih melepak-lepak, seksi. Bla bla bla..!" Aku buat muka bosan, kembali teringat pada dua ex-girlfriend-nya yang pernah diceritakan Aila. Barbie dolls!

"Okay, fine.. Kalau awak masih ragu-ragu pada saya, then kenapa awak terima lamaran saya?!" Soal Armand.

Matanya jatuh pada cincin di jari manisku, tanda aku sudah dicop secara rasmi menjadi tunangannya, sebelum dia kembali menatap wajahku.

Oopss.. Dia membalikkan soalanku? Aduhh..

"Saya.." Aku tunduk, melarikan pandanganku dari tatapan matanya yang tajam namun lembut memukau.

"Awak terima sebab umur awak dah meningkat? Atau sebab ibu yang nak? Atau sebab awak pun dah mula terpikat pada saya?" Armand mempamerkan senyuman mautnya, membuatku terkesima seketika. Oh, manisnya senyumanmu..

Aku salah tingkah. Gugup lagi. Dan tidak kuduga, dia tiba-tiba ketawa. Ketawa yang benar-benar mempersonakan.

"Okay.. So the conclusion is, kita tetap akan nikah walaupun tanpa cinta? Is that what you really want?!" Soalku tidak sabar.

Armand menaikkan sebelah keningnya. Matanya yang dilindungi cermin mata putih nipis itu tampak begitu menawan.

"Cinta, ya..? Cinta yang macamana yang cik Dhia Aryana maksudkan?"

Hish, dia ni biar betul?! Aku semakin gugup.

"Cinta. Love. Ya, perasaan antara lelaki dan wanita!" Aku menjawab acuh tidak acuh, menutupi rasa gugupku yang kurasa pasti sudah berjaya ditangkapnya.

"Well.. What is your love and marriage defination, anyway, cik Aryana?" Soalnya.

Aku tergamam. Teringat pada jawapan spontan yang aku berikan pada Sofi dulu. 'Pemilik hatiku, si penghalal cinta!' Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now