💖Bab 24💖

6.8K 263 11
                                    

*Edited Version*

"Sir Armand.." Seorang gadis yang baru keluar dari kereta Kelisanya tergesa-gesa menghampiri kami bertiga yang sedang berdiri di depan butik pengantin dengan raut wajah keruh yang sungguh tidak sedap dipandang.

"Amyra..?!"

Amyra menatap Armand dengan tatapan kecewa.

Okay, fine! Aku tahu yang Amyra adalah die-hard-fan Armand. Dan aku sendiri sejujurnya masih terasa panas hati dengannya yang sesedap mulutnya mengatakan aku ini aunty Armand!

"So, it's true..?!" Suara Amyra serak dan matanya berkaca-kaca. "So, it's true that you're going to marry this.. Aunty?!" Soalnya dengan nada pilu kepada Armand.

See..?! Dia masih menyebutku aunty! Aku menggigit bibir. Geram.

"Aunty..?!" Aqasha bergumam hairan. "Ni anak sepupu kita yang mana, akak? Anak siapa, ekk?!" Tanyanya seperti sedang berfikir.

Aku menjelingnya yang sedang menatap bingung padaku.

"Yes, I'm. In 10 days ahead, insha ALLAH!" Jawab Armand sambil melirikku.

Amyra turut memandangku sekilas sebelum kembali menatap wajah Armand, lelaki yang menjadi pujaan hatinya.

"No, you lied! Sir tipu!" Airmata Amyra laju mengalir. "Please tell me, ini semua tipu. Stop pretending, okay?!" Katanya lagi sambil memegang lengan Armand yang terdedah kerana dia melipat lengan panjang kemejanya ke paras siku.

Aku dan Aqasha saling berbalas pandang, sedang Armand pula nampak tenang seperti biasanya.

Apa sebenarnya yang telah dijanjikan Armand kepada gadis ini sehingga dia menjadi sebegini kecewa? Dan begitu beraninya dia menyentuh tangan bakal suamiku, di depan mataku?!

Perlahan, Armand melepaskan pegangan tangan Amyra di lengan besarnya sambil menatapku.

"No, Amyra! Ini kenyataan, bukan penipuan!" Jawab Armand singkat.

Amyra masih terkedu. Dia terduduk melutut di kaki lima butik dan menangis tersedu-sedu. "Sir Armand jahat..!" Tangisnya seperti anak kecil.

"Amyra.." Armand bersuara perlahan, cuba menenangkan gadis itu. "Sorry kalau awak kecewa dan sakit hati. But honestly, saya tak tipu sesiapa. Dan saya tak perlu jelaskan apa-apa yang sememangnya sudah jelas. Aryana bakal isteri saya. We're going to get married in 10 days ahead!"

"But, you know that I love you, sir Armand! I love you so much!" Amyra kembali berdiri, menatap tajam pada Armand lalu menyeka airmatanya dengan kasar.

"Qash.. Kita balik, jom!" Aku mencuit tangan Aqasha yang masih kebingungan menonton drama airmata di depannya ini.

Tanpa menunggu lebih lama, aku melangkah laju menjauhi mereka menuju ke kereta Alza milik Aqasha yang diletakkan di hujung jalan.

Baru beberapa langkah kuatur, satu sentakan di lenganku membuat langkahku serta merta terhenti. Dan dalam satu tarikan saja, aku sudah berdiri berhadapan dengan tubuh tinggi besar milik Armand.

Aku mendongak, menatapnya sambil berusaha melepaskan pegangan tangannya di lenganku namun gagal. Pegangannya malah terasa semakin kemas di lenganku.

Kulihat Amyra sudah menghilang entah ke mana. Hanya Aqasha yang masih berdiri di tempatnya tadi.

"Marah?" Tanya Armand tanpa melepaskan pegangannya.

"Siapa marah?!" Balasku.

"Awaklah.."

"Kenapa dengan saya?!"

"Awak marah ke?"

"Tak!"

"Iya!"

"Taklah!"

"Iya.."

"Saya cakap tak, taklah!"

"Iya. Awak marah dan.. Cemburu, kan?!" Armand mengukir satu senyuman nipis penuh kepuasan.

"Tahu-tahu aje dia!"

"Amyra dah pergi.."

"Tak tanya pun!"

"Awak tak tanya sudah. Tapi saya tetap nak bagitahu!" Armand masih memegang erat lenganku. Dia tersenyum tipis, membuatku menyedari sesuatu.

Ooops.. Betul ke aku sedang marah dan cemburu?! Merajuk?! Ketara sangat ke? Aduh, malunya!

Aku mengangkat wajah, kembali menatapnya. "Hal awak dan Amyra, that's just none of my business!" Jawabku, cuba bersikap selamba.

"I have nothing to do with her, Aryana..!"

"Alasan! Takkan tak ada apa-apa langsung sampai dia menangis-nangis macam tu!"

"Betul, tak ada apa-apa.." Armand bersuara tenang.

"Tadi, dia cakap dia cintakan awak. And dulu, dia ada sebut pasal awak dah lama tak ke hotel. So, what's that suppose to mean?!" Soalku berapi-api.

Armand tersenyum, seolah-olah lucu dengan soalanku.

"Ya, dia mungkin cintakan saya, tapi saya tak mungkin cintakan dia! Langsung tak, Aryana! And yes, kami pernah bertemu di hotel milik pakciknya ketika universiti mengadakan annual dinner.

"Itulah kali pertama dan terakhir saya ke hotel tu. And masa itulah baru saya tahu yang dia juga pelajar di universiti saya. And actually, dia bukan student kelas saya pun.." Terang Armand panjang lebar sambil melonggarkan pegangannya tapi masih belum sepenuhnya melepaskan lenganku.

Aku melepaskan nafas berat, mendongak memandang matanya.

"Armand, mungkin kita patut fikirkan semula tentang rancangan pernikahan kita ni.."

Armand mengerut kening, matanya meredup di balik cermin mata putih nipisnya, membalas tatapanku, meminta penjelasan lanjut.

"Saya rasa banyak pihak yang menolak rancangan ni. Mula-mula Aila, adik awak. Kemudian, gadis tadi. Dan juga.." Aku menggigit bibir bawahku, ragu-ragu. "..kita sendiri tak saling mencintai..!"

Ya, sudah berkali-kali aku berfikir sendiri, ternyata aku memang belum bersedia untuk menikah dengan cara dijodoh-jodohkan begini. Dan ada pula pihak-pihak yang terang-terangan tidak merestui.

Dan ditambah juga dengan persediaan zahir dan batinku. Aku benar-benar merasa takut dan sangat tertekan.

Armand menundukkan wajahnya dan menatap tepat ke anak mataku. "Nampaknya awak terkena pre-wed syndrome ni!"

Hah? W.. What?!

"Awak risau dan stress tak bertempat ni. Just chill and rilex, okay? Banyakkan rehat, jangan stress dan banyak fikir. Jangan risau, saya takkan makan awak. Mungkin cuma suka menghisap dan menggigit!" Bisik Armand, mengusap lembut lenganku.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Dia melepaskan lenganku lalu berpaling pada Aqasha. "Qash, hati-hati drive. And please.. Please jagakan kakak baik-baik untuk abang, ya?"

"Yes, boss! Don't worry!" Sahut Aqasha.

Aku menatap belakang badan Armand yang berlalu tenang. Apa katanya tadi? Aku terkena pre-wed syndrome? Sindrom pra-nikah?! Oh, no!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now