💖Bab 12💖

7.8K 340 46
                                    

*Edited Version*

Selama tiga minggu ini, aku dan Armand semakin kerap bertemu. Sudah seakan rutin wajib pula rasanya. Semakin lama, aku semakin berdebar-debar setiap kali berada berdekatan dengannya. Sedangkan dia..?! Hmm.. So unpredictable!

Dan hubungan kami pula?! Masih begitu-begitu juga. Kadangkala aku teringin juga membuka mulutku untuk bertanyakan tentang statusku di matanya. Tapi aku takut dikatakan terdesak dan tidak sabar! Well.. Aku harus juga menjaga harga diriku, kan?

Dan sekarang? Ya, terpulang saja padanya samada mahu meneruskan atau tidak. Dan aku tidaklah mahu terlalu mengharap.

Setelah 2 kali gagal bercinta dan berkali-kali gagal dalam blind date, aku sudah berjanji pada diriku sendiri untuk tidak mahu lagi terlibat dalam cinta pada lelaki yang belum tentu menjadi milik sahku.

Pasti rasanya lebih nikmat andai jatuh cinta pada suami sendiri. Disaat diri sudah sah halal di sisi agama. Dan setakat ini, jujurnya aku masih beranggapan yang Armand ini seperti adik-adik sahaja, seperti pertemuan kami 14 tahun lalu!

Meskipun secara fizikalnya tetap tidak dapat disangkal yang aku merasa terpikat dan tertarik pada sikap pendiam dan cool-nya. Selain tubuhnya yang tinggi sasa dan rupanya yang kacak itu, tentunya!

"Kak Aryana nak makan apa?" Soal Armand ketika kami sedang berada di sebuah restoran untuk makan malam.

See?! Dia sendiri masih tetap memanggilku 'kakak'. Well, mungkin dia juga hanya menganggap hubungan kami ini hanya sebagai 'adik-kakak'. Tidak lebih dari itu. Jadi, aku tetapkan dalam hati untuk tidak berharap lebih banyak padanya.

Kami kemudian menyebutkan pesanan kepada waitress setelah meneliti seketika buku menu makanan barat yang disediakan.

"Kak Aryana cuti hari apa, minggu depan?" Tanya Armand lagi ketika pesanan kami tiba dan kami mulai makan.

"Hmm.. Minggu depan, ya? Rasanya hari Jumaat dan Sabtu. Itu pun kalau tak ada pertukaran jaduallah. Kenapa tanya?" Sahutku.

Lagi-lagi Armand tersenyum manis. Senyum yang telah memukauku dan membuat jantungku seakan-akan ingin melompat keluar dari dada dan menari-nari riang ria di hari raya. Gatal!

Baru sahaja Armand ingin membuka mulut, terdengar satu suara nyaring yang menegur, membuatnya menoleh cepat.

"Hai, Sir Armand!"

Seorang gadis muda dalam lingkungan usia awal 20-an menghampiri meja kami sambil tersenyum lebar ke arah Armand. Dan sepertinya aku pernah melihat gadis ini sebelumnya tapi entah di mana, aku gagal mengingati.

Tanpa izin, gadis itu menarik kerusi lalu duduk rapat-rapat di sebelah Armand. Terlalu rapat, seolah-olah dia ingin masuk ke dalam baju lelaki itu.

"Sir Armand ke mana lama menghilang? Lepas kelas aje terus tak dapat dikesan. Dah lama jugak Sir tak datang ke hotel. Busy, ya? Kesiannya dia.." Kata si gadis, menatap penuh perasaan pada Armand dan mengabaikanku yang jelas-jelas ada di depan mata mereka.

HOTEL?! Kenapa gadis ini menyebut hotel? Jadi, Armand pernah ke hotel bersamanya? Apa yang mereka buat di hotel?

Jangan-jangan mereka ada affair tak..?! Ehh.. Dah kenapa pulak aku jadi minah kepoci begini? Jelas-jelas ini bukan urusanku. Yes! It's none of my business, hokay..!

Armand hanya tersenyum ringan ke arah gadis itu kemudian mengalih tatapan padaku. Ekor mata gadis muda itu mengikuti arah tatapan mata Armand dan dia mengerling aku dengan wajah sombongnya.

"Amyra, kenalkan ini.."

"Aunty.. Ni aunty Sir Armand, kan?" Potong gadis itu cepat.

WHAT THE HECK?! AUNTY??!!

Mataku membulat. Apakah budak ini rabun atau buta celik atau wajahku memang nampak terlalu tua hingga dia menyebutku sebagai 'aunty' Armand?!

Ini memang kenyataan atau gadis menyebalkan ini dengan sengaja ingin melancarkan perang denganku? Tapi perang untuk apa? Berebutkan Armand?! Mungkin!

"Excuse me! Aunty..?!" Armand mengerut kening, kebingungan.

"Iya! Ini aunty Sir Armand, kan?" Tanya gadis itu dengan riak wajah yang sengaja dibuat-buat untuk menyakitkan hatiku.

Gadis terlebih hormon ulat bulu merenyam ini sedang menatapku dengan tatapan mengejek dan satu seringai jembalang tanah penghisap darah terbentuk di bibir merah menyalanya.

Ya! Memang aku mengaku, aku lebih tua tiga tahun dari Armand tapi itu bukan bermakna aku ini aunty-nya.. Kan? Kan? Kan?!

"No.. Of course not! She's.." Armand membuka mulut tapi segera dipotong gadis itu.

"Saya kenal aunty ni. Ini aunty sepupu Lydia. Tak tahu pula saya yang Sir Armand dan Lydia tu bersaudara. Padahal selalu bertemu di kolej.."

"Awak.. Aunty sepupu Lydia anak Dato' Karman..?!" Armand menatapku.

Aku angguk. And wait seminit.. Did she mentioned about Lydia just now? Ya ALLAH! Jadi, inilah gadis yang bersama Lydia malam itu, yang dikatakan kambing oleh Sofi dan Farid. Okay.. Now I remember you, budak..!

"Oh.. Kawan Lydia, ya? Si kambing betina yang nak makan rumput salad tu, kan?! Tak sangka pulak awak masih ingat saya padahal saya sendiri dah pun lupakan awak!"

Aku mempamerkan senyum terlebih ramah saat menyebut 'kambing betina'. Dan kulihat wajahnya sedikit berubah. Haa.. Tahu pun kau sakit hati, ya?!

"Iyyaa, aunty..!" Dia menjawab dalam nada sebal, sambil sengaja menekan perkataan 'aunty' itu.

Armand masih berwajah datar dan nampak sedikit kebingungan. Tidak faham situasi di depannya ini, mungkin.

Aduh! Aku menjadi serba salah dalam menghadapi dua anak muda yang menampilkan dua ekspresi berbeza yang sangat-sangat ketara ini. Si lelaki jelas-jelas ingin menghindari, si kambing betina pula malah terang-terangan ingin mendekati!

"Macamana Sir Armand boleh ada di sini dengan aunty ni? Ada majlis keluarga, ya? Mana ahli keluarga yang lain? Lydia..?!" Si kambing Amyra ini lagi-lagi menekan perkataan 'aunty' itu. Sengaja mencari penyakit betul dia ni, kan?!

"Aunty? Eh, sejak bila pula di sini nikah dengan uncle di sana? Suka-suka di sana saja panggil di sini aunty!" Geramku, sudah hampir hilang sabar.

"Laa.. Kan aunty ni aunty-nya Lydia? Kami kan sebaya, so, saya panggillah aunty. Itu dah kira baik, kan? Kalau saya panggil granny..?!"

Gr.. Granny?! Mataku membulat. Tanganku sudah menggenggam erat gelas jusku yang sudah tinggal ais yang mencair. Baru saja aku ingin menyimbah ais di dalam gelas itu ke muka si kambing betina terlebih hormon itu, terdengar Armand berdehem kuat.

Mungkin dia sudah mula menangkap bahang hawa peperangan antara aku dan gadis itu.

Hah, back up-lah buah hati engkau ni! Nanti aku cakap dengan ibu supaya batalkan saja perjodohan mengarut kita ni! BA.TAL! Desisku di dalam hati.

"Amyra, this is Aryana. My beloved future wife!" Akhirnya Armand bersuara.

What?! Apa kata Armand tadi? Beloved future wife?! Seriously? Aku?!

Aku dan si kambing betina melopong tidak percaya.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now