💖Bab 46💖

7K 208 5
                                    

*Edited Version*

Aku mencapai handphone Armand, terburu-buru membukanya. Mencari ikon aplikasi Whatsapp dan membaca mesej dari mama yang dihantar tengahari tadi.

Aku segera menelefon mama. Kata mama, 2 minggu lagi akan diadakan majlis tahlil dan bacaan Yaasin di rumah mereka. Jadi, kami semua dijemput hadir sama ke sana.

Setelah menyatakan yang kami akan cuba mengatur cuti untuk pulang ke Terengganu dan berbual-bual bertanya khabar seketika dengan mama, aku menekan butang off call.

Tiba-tiba timbul satu niat di kepalaku. Ingin tahu dengan siapa lagi Armand berhubungan melalui Whatsapp, SMS dan call selain dengan aku dan family kami.

Hmm.. Sounds like sengaja hendak mencari penyakit, kan? Tapi wajar juga jika isteri memeriksa telefon suami, kan? Erk.. Wajar ke tak wajar, ekk?!

Aku berfikir-fikir seketika. Seingatku, sepanjang kami hidup bersama sebagai suami isteri, aku tidak pernah sekali pun menyentuh telefonnya, apalagi memeriksanya, seperti yang biasa dilakukan teman sekerjaku terhadap suami mereka. Tapi, pastinya aku ingin tahu juga, kan?

But, wait seminit! Kalau Armand marah nanti, macamana? Setakat ini dia memang tidak pernah marah padaku. Apalagi meninggikan suara.

Ahh.. Dia kan sudah beri keizinan tadi untuk baca mesej mama, jadi bolehlah kot aku baca mesej-mesej yang lain juga!

Tapi, izinnya tadi hanya untuk mama! Aduh.. Aku berperang di dalam hati. Tapi, tidak ada salahnya kalau aku mengintai-intai sedikit, kan? Dan atas dorongan rasa ingin tahuku, akhirnya aku telah melakukan itu!

Mula-mula aku membuka log panggilan. Kebanyakan nama yang ada hanyalah dari universiti dan rakan sekerjanya selain aku dan keluarga kami.

Kemudian, kubuka pula kotak hantar dan terima SMS. Kosong! Aplikasi Whatsapp? Banyak dari rakan-rakan sekerja, dariku, mama, beberapa group dan oopss.. Eh.. Ada nombor tidak bernama..?!

Aku tekad ingin membaca isi mesejnya. Dan tepat sebelum aku membukanya, satu lagi mesej masuk. Juga dari nombor tidak bernama itu. Terburu-buru aku membukanya.

'Hi, handsome!

How's work?

Kerja-kerja juga, tapi jangan lupa makan, ya?'

💋💖💋

Mataku membulat. Sakit hati dengan ayat dan emoticon yang disertakan pengirimnya. Segera jariku menekan mesej-mesej yang dikirim sebelumnya. Mesej semalam, jam 4.35 petang.

'Hi, handsome!

Happy working'

💕💕

Dan emoticon itu lagi! Darahku serta merta terasa mendidih. Astaghfirullah hal 'azim..! Ya ALLAH! Siapa pengirimnya ni?! Siap ber-emoticon love-love bagai?!

Pasti bukan dari lelaki! Tidak mungkin lelaki hendak menghantar mesej-mesej remeh begini pada sesama lelaki, kan? Suamiku ternyata lelaki normal, bukan geng mengunyit!

Kulihat, walaupun tiada satu yang dibalas Armand, namun hatiku tetap juga merasa mendidih. Sudah naik ke puncak kepala bahangnya!

Mesej seterusnya pula hanya emoticon bibir. Arrgh.. Aku scroll lagi dan bertemu mesej pertama, 3 hari lalu. Jam 10.30 malam.

Kalau tidak salah, waktu itu ketika kami sedang bermesraan, ada satu mesej masuk ke telefon Armand

Tetapi Armand mengabaikannya kerana sedang sibuk beraktiviti denganku. Well.. Armand memang mengabaikan atau.. Dia berpura-pura mengabaikan?!

'Hi, handsome!

Good nite, hunky!

It's me, Natasha..

Reply me if you're lonely..

I can company you'

‍💓💖💗

Haa! Betul, kan, perempuan?! Natasha? Natasha mana pulak ni?! Lonely? Nak lonely apa ke benda pulaknya, Armand dah ada isteri kot?! Hatiku semakin membara.

Aku segera menekan display picture-nya, perkara yang lupa kulakukan tadi kerana terlalu terkejut dan marah. Arrghh.. Terpampang gambar gadis berbaju ketat yang mengenakan kacamata hitam besar, sebesar saiz dadanya!

Mak aii.. Seksinya! Aduh duh duh..! Perutku tiba-tiba saja terasa ngilu. Patutlah bukan main manja lagi mesej-mesejnya. Seksi lagi, dada besar lagi! Ahh.. Kenapa semua gadis yang ada kaitan dengan Armand mesti berdada besar?! Huh! Entah-entah fake!

Ya ALLAH! Kami menikah baru mencecah usia tiga bulan, masih lagi dalam mood ber-honeymoon, anak pun belum ada. Kenapa sudah ada orang ketiga begini?

Iya, memang Armand tidak reply langsung setiap mesejnya. Atau jangan-jangan Armand memang reply tapi terus di delete?!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now