💖Bab 50💖

12.4K 311 62
                                    

*Edited Version*

Malam ini kami berdua menikmati mi udang, sate arnab dan char kuey teow yang dibeli Armand selepas pulang dari masjid tadi. Yang tadinya dia terlupa membawa masuk ke rumah dan tertinggal di dalam kereta. Kami makan dalam suasana romantis.

Aku terharu kerana dia begitu memperhatikan keinginanku dan tidak sanggup menghampakan permintaanku.

Diam-diam aku memutuskan untuk tidak lagi membahas tentang Natasha. Benar juga kata Armand, lebih baik tidak usah dilayankan. Dan Armand juga sudah berjanji akan bercakap dengan Adam perihal sepupunya itu.

Mana tahu, mungkin Natasha belum diberitahu yang Armand sudah pun bergelar suami pada kakak-kakak yang kuat cemburu sepertiku! Hehehe..

"Saya ingat tadi, abang marah dan merajuk. Dah tak nak balik rumah.." Kataku setelah menghabiskan mi udangku. Kini aku sedang mengunyah sate arnab pula.

Armand sendiri hampir menghabiskan char kuey teow-nya. Kami tertawa lucu. Ternyata, bergaduh dan merajuk membuat kami kebuluran sebegini. Lepas ini, taubat tidak mahu bergaduh dan merajuk lagi!

"Jenuh abang cari sate arnab ni. Mujur ada jemaah di masjid yang bagitahu ada satu warung yang jual. Sampai-sampai sana, ramai pula yang menunggu. Sebab tu abang terlambat. Takkanlah abang nak tinggalkan isteri abang sendirian.."

"Jadi, abang tak merajuk, tak marah?"

"Merajuk tu, memang taklah. I'm a macho man, right?! Tapi ada rasa marah sikit sebab sayang abang ni tak nak percayakan abang.."

"Maaf, ya, abang? Saya bersalah.." Ucapku sedih.

"Ish, tak ada apalah, sayang. Tentulah abang maafkan sayang. Tapi, lain kali jangan buat lagi, please?"

Aku angguk. Setelah selesai mengemas bekas makanan, kami keluar ke ruang tamu, dan tiba-tiba Armand memelukku dari belakang.

"Dalam bidang medical ada satu teori yang mengatakan, kalau lepas makan, tak bagus kita terus tidur, kan?!" Tanyanya sambil menggigit kecil belakang tengkukku.

Aku mengangguk, mengiyakan kata-katanya. Sebenarnya, aku juga tidak ingin tidur lagi. Cadangnya aku ingin menonton televisyen sebentar.

"So, kalau kita work out keluarkan peluh, sayang nak tak?"

"Di gym?!" Balasku, menunjuk ke sudut gimnasiumnya di sebelah ruang tamu.

"Di katil.." Sahut Armand dengan sinar mata membara.

Aku meneguk liur. Ahh.. Dasar lelaki! Itu saja gamaknya yang ada dalam fikirannya!!

💕❤💕

Keesokan paginya, ketika bangun dari tidur, aku merasa sedikit pening dan hendak pitam. Dengan susah payah aku bersuci sebelum mengejutkan Armand. Selesai solat Subuh berjemaah, aku kembali berbaring.

"Kenapa ni, sayang?" Armand menatapku khuatir.

"Pening kepala.."

"Sebab semalam?!" Dia menatapku rapat-rapat, membuatku sedikit malu. Aku tahu apa yang dimaksudkannya.

"Tak mungkinlah.." Sahutku. Dan belum sempat Armand membuka mulut, aku merasa mual dan segera berlari ke bilik air. Muntah.

"Sayang, kenapa ni?!" Armand mulai panik. Dia memicit tengkukku. Aku berkumur dan berpaling padanya sebelum pandanganku bertukar gelap.

❤💕❤

Aku membuka mata perlahan-lahan dan mendapati Sofi yang masih ber-uniform, berdiri di sisi katil, tempatku berbaring.

"Kau.. Buat apa kat sini..?" Soalku lemah kerana masih terasa sedikit pening dan mual.

"Aku shif malam, semalam. Ni dah nak balik dah pun. Nampak Armand tergopoh-gapah masuk wad kecemasan. Ni yang aku datang tengok kau ni.."

Aku menatap sekeliling, baru perasan yang aku sekarang berada di bilik pemeriksaaan hospital. Sangkaku tadi, aku masih di rumah.

"Armand mana?"

"Kat luar, ambil ubat. Katanya, kau muntah-muntah dan pengsan. Panik gila dia aku tengok. Sayang betul laki muda kau tu kat kau, ekk?!" Sofi sudah mula dengan pe'el sengalnya.

"Kenapa dengan aku, Sofi..?"

"Eh, tanya aku pulak! Kau tanyalah laki kau tu, apa yang dia dah buat sampai kau pengsan-pengsan macam ni. Hahaha..!" Sofi ketawa besar.

"Weh.. Sainglah kita nanti.." Sofi sempat mengenyit mata sebelum berlalu keluar setelah Armand melangkah masuk.

Aku mengerut kening, tidak faham tapi tidak sempat bertanya kerana Sofi sudah pun keluar.

"Abang.."

"Sayang dah sedar? Jom kita balik, abang dah ambilkan ubat.." Armand memimpinku turun dari katil lalu keluar menuju kereta.

"Sayang nak sarapan dulu? Ada rasa nak makan apa-apa tak?" Soal Armand yang nampak sangat teruja.

Aku menggeleng lemah. "Kenapa dengan saya, abang?" Tanyaku setelah kereta mula bergerak ke jalanraya.

Armand menggenggam tangan kananku dengan tangan kirinya lalu menciumnya. "Betul sayang nak tahu?"

Aku angguk cepat. Sejak menikah, aku memang tidak pernah sakit, malah sejak dulu aku memang jarang sakit apa lagi sampai muntah-muntah dan pengsan begini.

"Congrates, sayang! You're pregnant, 10 weeks!" Seru Armand dengan mata bersinar dan wajah berseri.

Aku menahan nafas, menatap Armand dengan tatapan tidak percaya. Aku meraba perut.

"Alhamdulillah, abang.." Ucapku perlahan.

"Alhamdulillah, sayang.." Armand mengemaskan genggamannya pada jemariku. "Lepas ni, sayang jangan fikir yang bukan-bukan lagi, ya? Sebab abang dah pun buktikan yang abang cuma cintakan sayang seorang. Buktinya ini.." Tangannya menyentuh perutku.

Aku menatap suamiku dengan mata berkaca. Patutlah aku menjadi manja dan emosional, sensitif dan mudah marah. Dan selera makanku juga semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Dan aku juga baru perasan yang period-ku baru sekali datang sejak menikah. Rupa-rupanya..

"Patutlah sayang agresif semacam aje semalam, sampai minta tambah 3 round, siap on top lagi. Rupa-rupanya hormon wanita pregnant memang macam-macam, ekk..? Semputlah abang kali ni..!" Usik Armand.

Aku tunduk malu. "Abang ni.."

"Thanks, sayang. I love you so much, pemilik hatiku.."

"You're welcome, abang. And I love you too, si penghalal cinta!"


TAMAT

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now