💖Bab 27💖

6.8K 251 10
                                    

*Edited Version*

"Abang.. Hafizul..?!" Aku menatap tidak percaya ketika mendapati tetamu yang dikatakan ibu tadi adalah Hafizul. Patutlah wajah ibu masam kelat semacam saja.

Hafizul tersenyum hangat. Wajah kacak manisnya kutatap. Sudah lebih dua tahun aku tidak melihatnya. Setelah beristeri, dia terus menetap di Perak.

"Jemput duduk." Kataku. Kami duduk di kerusi batu di luar. Dipisahkan oleh meja batu di tengah-tengah kami.

"Seorang saja? Isteri mana?" Soalku sekadar berbasa basi.

"Dia tak ikut, ada kerja. Abang balik seorang saja. Jenguk mak."

"Oh.."

"Eh.. Ini untuk Yana. Harap Yana suka.." Hafizul menyerahkan sebuah kotak sederhana besar yang berbungkus cantik berwarna merah hati, warna kegemaran kami ketika bersama dulu.

Dan dia masih memanggilku Yana, nama gelaran manjanya padaku. "Sorry, abang datang awal. Malam ni nak balik Perak dah."

"Oh.. Eh.. Tak.. Tak apa. Anyway, thanks. Susah-susah aje.." Aku menyambut kotak yang dihulurnya.

"Pukul berapa akad nikah esok?"

"Rancangnya lepas solat Zohor. Akad nikah, terus sanding.."

"Oh.." Hafizul angguk. "Tahniah, Yana. Abang tumpang happy untuk Yana."

"I..iya. Thanks.."

Kami terdiam, kehabisan kata-kata. Aku sedaya upaya berusaha meneutralkan detak jantungku yang berdebar sakan. Fikiranku pula mula melamun, membayangkan yang Hafizul datang sebagai pengantin lelakiku, bukan sebagai bekas teman lelaki.

Astaghfirullah hal 'azim. Ya ALLAH! Sel-sel otakku sedang gagal berhubung, wayar sarafnya tengah songsang, mungkin! Wake up, Aryana!

Hafizul kini sedang berbahagia bersama isterinya dan kau juga bakal berbahagia dengan Armand, insha ALLAH. So, berhenti memikirkan yang tidak-tidak, okey! Hatiku memberi amaran keras.

"Ramai anak-anak buah Yana, ya?" Kata Hafizul, mematikan lamunan songsangku. Kami melihat ke arah beberapa kanak-kanak yang sedang bermain dan berlarian di bawah khemah besar di laman luar.

"Hehe.. Iya. Anak-anak sepupu Yana. Takkan anak-anak sendiri pulak. Kan Yana baru nak nikah esok?"

Hafizul tersenyum lucu mendengar jawapan spontanku. "Dulu, kita pernah plan nak anak ramai kalau dah nikah, kan?"

Aku tersenyum tipis. Hatiku kembali menghangat bila mengingatkan waktu-waktu indah percintaan kami.

"Yana masih ada plan macam tu dengan bakal suami nanti?"

"Hah?! Eh.. Kami.. Kami belum sempat berbincang soal tu lagi. Insha ALLAH, ada rezeki, adalah nanti.."

"Tapi Yana masih nak ada ramai anak, kan?"

"Insha ALLAH!"

"Aamiin. Abang akan doakan untuk Yana dan suami.." Ucap Hafizul tulus. Dia menatapku dengan tatapan syahdu yang sukar untuk aku fahami.

"Aamiin. Thanks, abang. Hmm.. Abang sendiri, macamana?"

"Macamana apa, Yana?"

"Maksud Yana, isteri abang. Dah berisi?" Tanyaku ragu. Takut kalau-kalau membuatnya tersinggung tapi aku juga sebenarnya teringin hendak tahu.

Raut wajah Hafizul berubah keruh serta merta. Oops.. Nampaknya aku sudah tersalah soalan ni!

Hafizul menggeleng kepala lemah sambil melemparkan satu senyuman terpaksa.

Aku menjadi salah tingkah. "Eh.. Hmm.. Sorry.. Yana tak sengaja.." Aku meneguk liur.

"Tak apa, abang tak marah.." Dia tetap tersenyum dalam terpaksa.

"Yana doakan untuk abang suami isteri, ya. Biar cepat-cepat berisi. Teruskan usaha! Chaiiyok!!" Aku mengepal tangan, memberi semangat.

Hafizul melepaskan satu keluhan berat. "Nampaknya doa Yana sia-sia saja. Kecualilah kalau abang menikah dengan orang lain, yang bersedia nak mengandung dan menjadi ibu kepada anak-anak abang!"

Aku mengerut kening. "Mak..maksud abang..?!"

"Kami akan bercerai.." Ujar Hafizul setelah terdiam seketika. Aku menatapnya, terkejut. Sementara dia membalas tatapanku dengan pandangan sayu.

"Dia tak nak mengandung sebab takut rosakkan bentuk badannya. Dan dia minta cerai sebab abang masih memujuknya supaya mengandung.."

Aku meneguk liur.

"Sebenarnya, hubungan kami sejak awal lagi memang bermasalah. Tak pernah baik. So, abang fikir dengan adanya anak, tentu akan dapat memperbaiki hubungan kami." Hafizul meraup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

Aku mati kata. Tergamam dan tidak tahu mahu merespon bagaimana.

"It's quiet funny, actually.." Hafizul kembali mempamerkan senyum terpaksa. "Mulanya, abang dah merancang nak berbaik semula dengan Yana lepas abang rasmi bercerai. Abang nak kita bersama semula. Abang nak pujuk ayah dan ibu Yana agar terima abang. Tapi rupa-rupanya abang terlambat. Yana dah nak nikah esok.."

Jantungku seakan ingin melompat keluar kerana terlalu terkejut dengan kenyataan ini. Ternyata Hafizul masih menyimpan perasaan padaku. Ya ALLAH!

"Mungkin kita memang tak ditakdirkan berjodoh berdua, abang.." Putusku dan dibalas anggukan sayu dari Hafizul.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now