💖Bab 37💖

8.3K 259 11
                                    

*Edited Version*

Hari ini aku bertugas shif petang. Dan malam ini aku meminta Armand datang menjemputku dengan skuter sahaja. Sudah lama rasanya tidak terkena kesegaran angin malam yang terasa begitu menyamankan. Sebelum pulang ke rumah, kami sempat singgah di warung dan makan sate kambing.

Dalam perjalanan pulang, tanpa sebarang tanda, hujan turun mencurah-curah. Oleh kerana jarak ke rumah hanya tinggal lebih kurang 10 minit perjalanan saja, kami memutuskan untuk terus meredah hujan.

Sebaik sampai di rumah, kami terus berlari ke dalam untuk mandi. Aku mandi di bilik air dalam bilik tidur, manakala Armand pula mandi di bilik air di sebelah ruang dapur.

Dan entah sejak bila Armand naik ke bilik, aku tidak tahu kerana kulihat dia sudah pun ada di dalam bilik tidur, sedang mengelap rambutnya yang masih sedikit basah ketika aku keluar dari bilik mandi.

Aku pula masih dalam keadaan menggigil kesejukan kerana tubuhku cuma dibaluti tuala dari paras dada ke lutut. Tuala kecil kugunakan untuk membungkus rambut panjangku.

Dan ketika mata kami bertemu di pantulan cermin solek, barulah aku tersedar, inilah kali pertama aku berkeadaan 95% seksi begini di hadapan Armand. Apalagi disaat ini, aku masih dalam mood ingin memberi signal padanya!

Tetapi, dengan rambut basah dan tubuh hanya berkemban dibaluti tuala begini.. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk menggoda dan digoda, kan? Atau, sebaliknya?!

"Abang nak saya buatkan teh panas?" Soalku cuba bersikap biasa padanya yang masih menatap tajam padaku.

Tanpa menjawab, dia menghampiriku dan memeluk tubuhku dari belakang. Aku segera menghentikan gerakan tanganku yang hendak mengelap rambut.

"Tak.. Tak perlu.." Bisik Armand dengan nada berat, tepat di telingaku. Membuat bulu romaku meremang.

Aku menatap matanya dari dalam pantulan cermin solek.

"Sayang.." Suara Armand kudengar berbisik di telingaku dengan nada berat dan nafas tertahan-tahan.

Aku segera memusingkan tubuhku untuk menghadapnya. Jangan-jangan Armand sakit kerana terkena hujan tadi!

"Abang rasa nak demam ke?" Tanyaku panik.

Dia menggeleng lalu memelukku, erat. Tatapannya menusuk ke anak mataku, mengingatkanku pada tatapan matanya di malam terakhir kami di rumah keluarganya.

Tatapan menginginkan! Dan itu membuatku sedikit gugup dan gementar.

"Abang.." Armand menggantungkan ayatnya.

Sungguh, jantungku saat ini berdegup lebih kencang ketika menyedari nafas Armand semakin memberat dan renungannya semakin tajam, seolah-olah ingin menerkamku.

Armand tunduk menatapku dan aku pula mendongak menatapnya.

"Sayang.. Boleh abang.. Minta hak abang malam ni?!"

Tuala kecil di tanganku terlepas ke lantai. Aku meneguk liur tanpa memutuskan tatapan mata kami.

"Sorry, sayang.. Abang tak berniat nak memaksa. Abang cuma.. I just can't hold it anymore! But please believe me, I promise! Abang takkan buat sayang sakit.. I'll do it gentle and we'll enjoy it.. I promise.."

Armand menarik nafas panjang sebelum mengulum bibirku dengan sedikit terburu-buru. Beberapa saat kemudian, dia melepaskan pautan bibir kami.

Sedar-sedar kini kami sudah pun berubah posisi. Dari berciuman dalam posisi berdiri tadi, kini aku sudah pun berbaring di atas katil dengan Armand separuh menindihku.

Armand menatapku penuh harap. Nafas kami tercungap-cungap. Aku membalas tatapan matanya dalam keadaan tubuh besarnya berada di atas tubuhku yang cuma berbalut tuala. Tanganku naik membelai pipinya, lembut.

"Abang.. Mari kita lakukan apa yang sewajibnya kita lakukan. Dan maaf, sebab saya buat abang terpaksa menunggu lama.." Ujarku dengan bibir bergetar.

"20 hari, sayang.." Armand tersenyum. Dia kemudian memimpinku berdoa bersamanya sebelum akhirnya dia menenggelamkanku dalam satu pusaran rasa yang akhirnya dapat kami realisasikan dengan sempurna.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now