💖Bab 31💖

8K 262 12
                                    

*Edited Version*

Armand kembali menyalakan lampu bilik. "Dahlah, sekarang sayang dah boleh tanggalkan baju-baju dan seluar ni semua. Pakai saja baju tidur tadi. Panas ni. Abang yang pakai t-shirt ni pun dah kepanasan.." Dia membantuku turun dari katil dan kami berdiri berhadapan.

"Mari sini, abang tolong sayang.."

"Saya takutlah.."

"Sayang nak takut apa?"

"Takut abang ambil kesempatan.."

Armand ketawa perlahan. "Sayang tak percayakan abang? Abang takkan buat apa-apalah kalau sayang tak izinkan.." Katanya.

Dia tersenyum dan perlahan-lahan membantuku menanggalkan satu persatu pakaian berlapis-lapis yang membaluti tubuhku tanpa melepaskan tatapannya yang memukauku.

Dan aku baru tersedar dari pukauannya setelah dia berjaya membuka dua butang teratas baju tidurku. Sentuhan hujung jarinya terasa panas menelusuri kulit dadaku menuju ke tengah-tengah dada. Dan lidahnya basah menelusuri rahang dan leherku.

"Abang, please..!" Aku menahan tangannya yang masih bergerak, berusaha membuka butang-butang yang seterusnya.

Armand mengangkat kening lalu tersenyum, sedikit malu tapi masih berusaha menggodaku.

"Oopss, sorry! Abang ingat sayang dah izinkan tadi.." Armand menggigit sudut bibir seksinya lalu kemudian melipat t-shirt tadi dan menyimpannya kembali di dalam almari.

"Sayang.." Panggilnya ketika aku masih membelakanginya. "Abang buka baju, boleh tak? Panaslah."

"Iya.. Boleh." Jawabku singkat. Aii.. Nak bukak baju sendiri pun nak bagitahu isteri jugak ke?!

Dan ketika aku membalikkan tubuhku, saat itulah aku melihat pemandangan indah yang tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku. Bagaikan dalam gerakan slow motion, aku melihat setiap detik Armand menanggalkan bajunya.

Ya ALLAH! Armand cuma menanggalkan t-shirt-nya saja, tapi kenapa dia harus terlihat sebegitu seksi..?!

Aku semakin terpukau ketika melihat apa yang ada di sebalik t-shirt-nya tadi. Okey, aku mengakui dari awal memang sudah jelas yang Armand memang memiliki bentuk tubuh yang 'wow', tapi kini setelah melihat kulitnya, aku tidak menduga yang dia akan seseksi ini. Sungguh wow, wow dan wow!

Sekarang baru aku tahu kenapa para gadis sangat-sangat adore pada bentuk tubuh seksi lelaki ber-six pack begini!

Paduan antara bahu lebar, dada bidang, perut rata dengan sedikit bentuk kotak-kotak dan otot-otot lengan yang nampak kukuh dan pejal, ditambah pula dengan warna kulitnya yang cerah coklat kemerahan, fuh..!

Dan.. Dan dia adalah suamiku! Oh hubby, you're so totally sexy!

"Seluar, sayang?!" Suara lemak manis santan kelapa muda milik Armand membuyarkan lamunanku. Dia sudah pun berbaring kembali di katil. Tanpa baju, hanya berseluar panjang cotton bercorak pelikat.

"Haa, apa? Abang nak tanggalkan seluar sekali?" Tanyaku tidak fokus. Aku gugup menatap wajahnya, berusaha mengalihkan tatapanku pada tubuhnya yang nampak sangat seksi dan amat menyelerakan itu.

Ya ALLAH! Aku ni dah kenapa?!

Armand ketawa kecil. "Aii.. Nak suruh abang tanggalkan seluar pulak? Tadi cakap tak ready lagi.." Sahutnya menahan ketawa. "Seluar track sayang tulah, tak tanggal lagi.." Sambungnya dalam nada biasa.

Aku segera menatap ke bawah tubuhku. Oh ya, aku masih belum menanggalkan seluarku yang berlapis tadi. Masih dengan perasaan gugup bercampur debaran setelah menyaksikan pemandangan indah yang terbentang di depan mata ini, aku terburu-buru menarik seluar dan tanpa aku sedar, rupa-rupanya seluar tidurku ikut terlorot sama!

Refleks aku memandang Armand yang menatapku dengan mata terbuka lebar akibat terkejut melihat bahagian bawah tubuhku yang terpampang jelas.

Aku tergamam. Armand kulihat meneguk liur merenung pahaku yang terdedah sempurna hingga ke bawah. Dia menatap bahagian itu tanpa berkelip.

Rasanya, hendak saja aku terjun ke dalam lombong saat ini. Ya ALLAH! Kenapalah sikap cuaiku ini tidak pernah berkurang?

Armand berdehem kuat sebelum akhirnya melarikan wajahnya dari terus memandang ke bahagian bawah tubuhku yang terdedah. Aku pula dengan susah payah berusaha menarik seluar tidurku yang sudah bergulung di dalam seluar track tadi.

"Ehhem.. Abang tidur dululah, ya, sayang? Assalamualaikum!" Ujar Armand lalu terus berpaling membelakangiku.

"Wa.. Waalaikumussalam.." Jawabku tertunduk lesu. Rasanya ingin sahaja aku memenggal kepalaku kerana telah memalukan diri sendiri di depan suami sado dadoku ini. Di malam pertama pernikahan kami pula lagi.

Aku melangkah lesu ke katil sambil menutup lampu. Armand sudah tidak bergerak-gerak. Yang kulihat dalam samar-samar cahaya lampu hanyalah belakang tubuhnya yang tidak berbaju.

Ya ALLAH! Tadi Armand nampak apa?! Entah apalah yang difikirkannya sekarang? Entah-entah dia berfantasi sendirian. Hadeh..!

Padahal intro-nya tadi sudah teramat sweet dan romantis. Namun tragedi terlondeh seluar itu ternyata sudah merosakkan segalanya, membuat kami tidur saling membelakangi begini.

Aduh! Aku kan cuma belum bersedia untuk ber'nananina' dengan Armand di malam pertama kami ini tapi kenapa ia harus berakhir setragik ini?! Tidur saling membelakangi?

Padahal rasanya pasti lebih nikmat kalau dapat tidur saling berpelukan. Dapatlah aku bersandar pada dada bidangnya itu. Dapatlah juga kami melakukan aktiviti ringan-ringan seperti berpelukan, meraba dan berci..

Oops, Aryana! Just forget about it!

Tidur.. Tidur.. Tidur..

Esok Armand hilang ingatan...!
Esok Armand hilang ingatan..!
Esok Armand hilang..!
Esok Armand..!
Esok..!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now