💖Bab 11💖

7.9K 316 38
                                    

*Edited Version*

"Aku nak nikah! AKU.NAK.NIKAH!! Nak nikah! Nak nikah!"

Kata-kata itu meluncur begitu saja dari bibir Sofi ketika kami shif bersama malam ini, di saat kami sedang menikmati roti bakar dan kopi 'o' di kantin hospital. Dia menepuk-nepuk meja, kuat.

Aku mengerut kening, menatapnya hairan. "Kenapa?" Tanyaku. Jarang kulihat si cantik ini naik angin begini. Pasti ada sesuatu yang sangat-sangat mengganggu hatinya.

"Aku nak pindah rumah sewa!"

"Eii.. Apa ni?! Tadi cakap nak nikah. Ni cakap nak pindah rumah pulak! Mana satu kau ni?!"

Sofi menggigit bibirnya.

"Sebenarnya kau ni nak nikah ke nak pindah?" Aku menyoal setelah lama Sofi mendiamkan diri.

"HAH?!"

"Kau ni kan, kalau nak cerita tu, ceritalah betul-betul. Ni tak, lompat sana lompat sini. Dah macam ahli politik lompat partilah pulak!" Kataku geram.

Sofi menatapku, masih dengan riak marah namun kemudian perlahan-lahan dia mulai tenang.

"Ada apa sebenarnya ni? Cuba cerita elok-elok.." Kataku akhirnya.

Sofi menarik nafas panjang sambil mengeluh berat. "Jiran baru aku, katanya suami isteri. Tiap-tiap malam memekak, mengerang-ngerang. Benci! Aku gelilah dengar suara mereka merengek-rengek. Aku sampai terpaksa alih katil aku ke ruang depan sebab tak nak dengar suara mereka tengah.." Sofi memuncung-muncungkan bibirnya, seperti mengisyaratkan sesuatu.

Aku merasa ingin ketawa melihat gelagat Sofi yang merah padam mukanya bercerita. Tapi aku berusaha sedaya upaya menahan agar tawaku tidak meletus dan supaya marahnya mereda.

"Dah tu, apa kaitannya dengan kau nak nikah pulak? Kau pun teringin nak.." Aku turut memuncung-muncungkan bibirku sebagai tanda aku memahami maksud isyaratnya tadi.

"Ya! Nanti dah nikah, aku nak buat yang lebih bising, lebih kuat dan hebat dari mereka! Biar mereka tension dan serik!" Ujar Sofi berapi-api.

Dan akhirnya tawa yang kutahan sedari tadi pecah juga. Takkanlah nak nikah semata-mata sebab nak berlawan siapa paling bising buat projek mengawan?! Hadush..

"Haa.. Ketawalah! Ketawa puas-puas! Kalau kau ada kat tempat aku, baru kau tahu rasa!" Geram Sofi.

"Kuat sangat ke suara mereka projek tu?! Takkanlah kot.." Kataku setelah ketawa mulai mereda, walaupun sisa-sisanya masih ada.

Gila! Teruk sangat pe'elnya kalau sampai jiran-jiran mendengar suara 'projek mengawan mega' mereka. Tak ada kemaluan ke? Oopss.. Maksudku.. Tak ada perasaan malu ke?!

"Kau tahu kan, bilik aku tu dinding kayu aje. Memang clear-lah dengar suara mengawan, tu. Aku pun hairanlah, entah dari manalah mak Piah jumpa mereka tu, dah tu siap boleh sewakan rumah tu pada orang gila seks macam tu!"

Ya, setahu aku rumah sewa Sofi itu memang dibuat dari kayu. Bilik yang dibina di luar rumah utama itu disewa oleh Sofi, manakala rumah utamanya didiami oleh tuan rumah iaitu mak Piah dan pak Ali.

Namun, selepas pak Ali diserang angin ahmar beberapa bulan lalu, mereka suami isteri terus tinggal di rumah anak mereka di Sungai Buluh.

"Helleh.. Cakap sajalah orang di sana tu memang teringin kan..?!" Usikku.

"Yes! Memang orang di sini teringin! Teringin nak balas dendam! Menyebalkan betul! Sudahlah siang malam memekak buat projek mengawan, kalau kat luar rumah pulak mak aiihh.. Suka pulak menunjuk-nunjuk mesra. Tu tak kira lagi si bini yang berkemban dan si laki yang berseluar pendek 24 jam! Perangai tak semenggah langsung. Macam pelakon lucah!" Kata Sofi. Geram  benar nampaknya dia.

"Biarlah, namanya pun suami isteri, kan..? Kita bersangka baik sudahlah..!" Pujukku.

"Elleh..! Entah ya, entah tak! Cakap je kot laki bini, padahal..?!"

"Hish..! Jangan buruk sangka macam tu. Dosa!"

"Dah tu, betullah! Biasanya orang kalau suka acah-acah romantik dan loving-loving gitu, pakwe dan makwe aje! Tapi, kalau iya pun dah nikah, dah sah, tak payahlah nak menunjuk-nunjuk sangat. Simpan sendiri sudahlah. Ni tak, macam dia aje yang berlaki bini!"

"Dah memang pe'elnya macam tu kot. Kau ni pun, emo sangat.."

"Tak kira! I don't give a damn care! Whatever it is, aku tetap nak nikah! Lagi cepat lagi bagus! Aku pun nak tunjuk-tunjuk kat mereka berdua tu. Kalau mereka boleh peluk-peluk, cium-cium depan aku, aku pulak nak meramas-ramas, beromen-romen padu punya depan mereka!" Wajah Sofi memerah menahan emosi.

Pantas aku menekup mulut Sofi dengan tapak tangan. Memang sudah perangai minah seorang ni, jarang marah. Tapi bila angin beremosinya datang, dia akan bercakap sebarangan tanpa tapisan.

"Pervert!" Kataku, seakan memberi amaran.

"Biarlah! Mereka tu lagi pervert!" Sahut Sofi, acuh tak acuh.

"Okey.. Okey.. Kalau betul kau nak nikah, kau nak nikah dengan siapa?" Soalku untuk memastikan.

Sofi terdiam sejenak, seakan berfikir. Keningnya berkerut.

"Eh, shif malam jugak ke?" Satu suara memecah bicara kami. Seorang lelaki ber-jeans hitam dan berkemeja ungu berjalur dibaluti jubah putih labuh tersenyum ramah.

"Dr. Faishal.." Sahutku tersenyum sehabis manis. Berdepan dengan doktor handsome bujang trang tang tang begini, senyuman semestinyalah perlu manis plus-plus..!

"Boleh join?" Tanya Dr. Faishal perlahan.

"Ehh.. Boleh.. Boleh sangat-sangat! Apa salahnya, silakan duduk, doktor.." Ucapku.

Sofi pula seakan masih hanyut dalam khayalannya sendiri.

"Berapa orang yang shif dalam wad awak malam ni?" Tanya Dr. Faishal sekadar berbasa basi.

"Enam orang termasuk kami, doktor.."

Doktor handsome berkulit sawo matang itu tersenyum. "Eh, cik Sofi.. Kenapa senyap tiba-tiba ni? Tadi bukan main rancak lagi saya tengok bercerita..?!" Dr. Faishal menatap Sofi yang masih termangu-mangu.

"Dr. Faishal dah ada girlfriend?" Tiba-tiba tanpa sebarang amaran, Sofi bertanya. Membuat aku dan doktor handsome itu kaget serta merta.

Mata Dr. Faishal membulat. Nampak ketara benar dia terkejut dan kebingungan menerima soalan cepu emas itu. Dia agak kaku dan menatap penuh tanda tanya padaku. Dan aku hanya mampu mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

"Ehhemm..!" Dr. Faishal nampak salah tingkah namun akhirnya dia bersuara. "Belum ada, cik Sofi. Hmm.. Kenapa tanya?!"

"Ada niat nak nikah dalam masa terdekat?"

HAH?! Sofi.. Kau jangan buat gila kat sini..!

"Hmm.. Macamana nak jawab tu, ya?" Dr. Faishal sedikit tergamam sambil mengusap-usap lehernya, namun tetap menjawab. "Ada. Niat tu memang ada. Tapi.."

"Dah ada calon?"

Dr. Faishal nampak sangat-sangat terkejut, seolah-olah sedang melihat hantu. Tapi dia segera menggeleng.

"Nak nikah dengan cik Aryana?"

"HAAH..?!" Kali ini suaraku dan suara Dr. Faishal pecah serentak. Sah! Memang sah! Sofi sudah disampuk hantu nikah!

"Oo.. Doktor tak nak dengan cik Aryana, ya?" Soal Sofi masih dengan muka selamba rock dan nada tidak bersalahnya. "Kalau dengan saya, doktor nak tak?!"

Ya ALLAH! Aku sudah tidak sanggup lagi!! Aku tidak tahu bagaimana riak dan reaksi Dr. Faishal selanjutnya. Yang pasti aku sudah angkat kaki dan berlalu meninggalkan Sofi yang tetap tersengih oyster!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now