💖Bab 43💖

7.4K 245 11
                                    

*Edited Version*

Selama dalam perjalanan pulang, masing-masing antara aku dan Armand mendiamkan diri. Larut dalam fikiran sendiri.

"Ehhem..!" Aku akhirnya berdehem, memecah keheningan di antara kami. "Siapa tadi tu, abang?" Tanyaku.

"Elisya Luciana."

Hish.. Tahulah namanya Elisya Luciana a.k.a Lulu. Tapi, statusnya?!

"Maksud saya tadi, dia tu siapa dengan abang?!"

"Kawan lama masa sekolah menengah."

Nah.. Betulkan mereka memang saling mengenali. And the status of the relationship, please..?! Tak mungkin sekadar kawan lama aje, kan?!

"Cantik kan, dia tu? Muda, jelita, seksi. Macam artis!"

"She's a model.."

"Mo.. Model?! How do you know?!"

"She's my first ex, actually!"

Oh, okey..! Rupa-rupanya inilah dia.. Oh..

"Oh, first ex..! Patutlah mesra dan manja semacam..! Apa dia panggil abang tadi? Nicky darling..?!" Ujarku sengaja menggunakan nada sebal. Tetapi tiada respond dari Armand.

Ahh, menyebalkan betul! Dia seakan tiada inisiatif untuk menjelaskan apa-apa padaku.

Iya, betul! Lulu itu cuma ex-nya, tapi takkanlah dia tidak boleh faham yang hati aku tengah panas mendidih sekarang kerana mendapat saingan yang superhot begitu!

Sudahlah cantik jelita, muda, seksi pula lagi! Dan.. Dan.. Dadanya..?! Lagi-lagi aku terus memikirkan saiz ukuran dada Lulu yang besar dan mantap itu.. Ahh.. Hatiku seakan-akan dicarik-carik. Armand memang tidak peka!

Sekurang-kurangnya, berilah pujukan ke, kata-kata cinta ke, apa-apa ajelah! Ini..?!

Ya ALLAH! Armand ni memang tidak faham atau buat-buat tidak faham?! Sudahnya, aku terus mendiamkan diri sehinggalah kami tiba di rumah. Aku terus bergegas naik ke bilik tidur.

Aku sangat geram! Ya, sangat-sangatlah geram! Dan aku ingin merajuk! Rasanya sejak menikah, belum pernah lagi aku merajuk. Jujurnya, aku bukan hendak merajuk sangat pun cuma hatiku sekarang tengah panas dan geram!

Bagaimana Armand boleh bersikap begitu tenang dan selamba setelah aku bertemu mata dengan ex-super duper hot-nya itu?!

Padahal aku sendiri terpaksa menjelaskan dengan panjang lebar tentang Nazri yang hanya kusebut namanya saja, yang jelas-jelas cuma teman biasa!

Aku menatap jam di meja sisi, masih ada sekitar satu jam setengah lagi sebelum masuk waktu solat Asar. Setelah menukar pakaianku tadi dengan t-shirt labuh paras atas lutut, aku naik ke katil. Ingin tidur lagi, sambil meneruskan niatku ingin merajuk.

Tidak lama kemudian, sliding door bilik tidur terbuka. Dan Armand masuk. Aku berpura-pura tidur dan sesaat kemudian, kurasakan Armand turut naik ke katil kami dan berbaring di sebelahku.

Aduh.. Nak apa pulak laki aku ni?!

Aku yang masih rapat memejam mata, terkesiap kaget ketika dia memelukku dari belakang dan berbisik mesra di telingaku.

"Sayang.. Sayang nak tidur lagi, ke?"

Aduh.. Duh.. Duh..! Nafas Armand terasa hangat dan bibirnya beralih ke leherku. Hmm.. Love bite lagi. Dan kemudian dia mengulum lembut daun telingaku. Geli!

Hah, sudah! Teruk ni! Ini signal yang menunjukkan dia sedang menginginkan habuannya! Maklumlah sudah 3 malam berturut-turut aku tinggalkan dia kerana mendapat shif malam.

Habislah aku! Tapi, kan aku tengah merajuk sekarang ni? Bukannya dia nak pujuk, malahan dia meminta habuannya pula?!

Kalau ditolak nanti, berdosalah pulak! Alahai.. Serba salahnya..

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now