💖Bab 17💖

7.4K 286 10
                                    

*Edited Version*

Dalam tempoh 72 jam ini, telah terjadi dua kejutan untukku.

Pertama, Sofi menikah! Ya, SOFI ME.NI.KAH! Aku sendiri terkejut. Bayangkan, tidak sampai dua hari setelah aku bercerita tentang hubungan aku dengan Armand, Sofi pula yang menikah!

Walaupun terkejut, namun aku tetap menghadiri jemputan ke majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran kecil-kecilan di rumah bapa saudara Sofi, memandangkan dia sudah kematian kedua orang tuanya.

Nak tahu siapa suaminya?! Ya, dia menikah dengan abang Farid, Farhan, lelaki yang dilamarnya di dalam kereta Farid, yang disangkanya Farid tapi rupa-rupanya bukan Farid. Dia tersalah orang!

Dan Farid sendiri turut terkejut dan sedikit kebingungan. Tidak ada angin, tidak ada ribut, abangnya tiba-tiba memberitahu ingin menikah dengan gadis yang melamarnya dan rasminya kini, Sofi sudah pun menjadi kakak iparnya.

Tapi kami tetap mendoakan yang terbaik untuk sahabat kesayangan kami itu. Dan kelihatannya, ibu bapa mertua Sofi dan seluruh keluarga di pihak lelaki sangat-sangat menyenangi kehadiran Sofi di dalam keluarga mereka. Maklumlah Sofi merupakan menantu sulung dalam keluarga itu.

Farhan merupakan anak sulung dalam keluarga, Farid anak kedua, manakala si bongsu pula, Farisha adalah anak perempuan tunggal.

Alhamdulillah. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi Sofi. Dan aku turut berdoa agar aku segera menyusuli jejaknya, secepatnya. Sesungguhnya urusan jodoh memang tidak pernah terjangka dan terduga hadirnya.

Siapa sangka, Sofi yang baru beberapa minggu lalu begitu kecoh ingin menikah, tup-tup malam tadi dia sudah pun selamat bergelar isteri orang. Sementara aku yang teringin sangat-sangat hendak menikah, belum juga sampai-sampai serunya!

Dan kejutan kedua pula, tidak dapat dikatakan kejutan juga sebenarnya, namun tetap memberi kesan kejutan padaku. Budak muda belia itu, Armand maksudku, benar-benar datang membawa rombongannya untuk meminangku, secara rasmi.

Aku dapat melihat sinar bahagia di wajah ayah dan ibu, juga uncle Hamid dan aunty Sarah. Dan melihat senyuman-senyuman penuh kebahagiaan itu membuat hatiku menghangat, turut merasakan bahagia walaupun secuit rasa keraguan masih jelas meliputi hatiku.

Aku dan Armand baru beberapa kali bertemu, itu pun dia lebih banyak diam. Apakah kerana sikap pendiamnya itu yang membuat aku merasa ragu? Atau ada sebab lain?

Usia? Entahlah! Aku cuma mampu berdoa kepada ALLAH semoga keputusan ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak. Mudah-mudahan. Aamiin..

"Oh.. Jadi inilah Aila, ya? Comelnya.." Ucapku ketika aunty Sarah mengenalkan aku pada anak gadisnya.

Gadis berusia 15 tahun itu menatapku tanpa minat. Aila adalah adik kandung Armand. Comel orangnya tapi kenapa dia menatapku dengan tatapan tidak mesra begitu, saat ini?

Aku menyapanya dengan senyuman ramah tetapi wajahnya sama sekali tidak dapat menyembunyikan ketidaksukaannya padaku.

"Hmm.." Aila memeluk tubuhnya, sambil mengangkat bahu.

"Mama masuk dulu, ya? Ary borak-boraklah dengan adik.." Aunty Sarah, yang kini ingin aku memanggilnya mama, menatapku ceria.

"Baik, mama.." Sahutku.

Aila terlihat tidak peduli padaku dan lebih berminat pada bunga-bunga pelbagai jenis yang tersusun cantik di taman mini ibu. Aku menelan ludah.

Nampaknya gadis ini jelas tidak menyukaiku. Aku fikir segalanya sudah selesai setelah mama dan papa Armand sudi menerimaku, namun ternyata ada seseorang yang aku terlepas pandang!

Kalau bersama abangnya, aku dibuat mati kata, adiknya pula membuatku mati kutu! Berbual dengan Armand seperti bercakap dengan robot. Bersama adiknya ini pula seperti bersama dengan kucing hendak beranak.

Berbual dengan mama Sarah yang terlebih peramah itu seperti ditemubual wartawan gossip, bercakap dengan papa Hamid pula seperti berhadapan dengan jeneral tentera. Korang bayangkanlah sendiri bercakap dengan jeneral tentera tu macamana. Tak pandailah aku nak describe!

"How could it be..?!" Suara Aila bergema akhirnya.

"And.. What was that?" Tanyaku cepat. Tidak faham.

"How could it be, abang boleh terpikat pada kakak?!"

"Hah?!"

"How could it be, abang boleh terpikat pada kakak? Sampai bertunang and nak nikah lagi dua bulan?! Obviously, kakak ni jauh dari taste abang.."

Laa.. Kan yang meminang aku itu abangnya, abang kesayangannya! Dan bukankah sebaiknya soalan itu dia tanyakan pada abang, mama dan papanya?! Bukan pada aku!

Okay.. Okay.. Calm down, Aryana! She's just a kid, okay?!

Aku tersenyum tenang mendengar kata-kata Aila. And obviously, abang di sana juga bukan taste di sini, okay!! Ahaks..

"Kakak guna-gunakan abang, ya? Pakai bomoh?!" Aila menatapku tanpa rasa berdosa. Hmm.. Comel tapi sadis!

"Astaghfirullah hal 'azim.." Aku mengurut dada. Gila!

"Adik tanya aje. Kalau tak buat, tak apalah. Mana tahu, kan? Sebab memang obvious sangat yang kakak ni bukan taste abang.."

Taste abang.. Taste abang..! Hebat sangat ke taste abangnya tu? Eh.. Tentulah hebat, kan? Sebab abangnya pilih aku! Haha!!

"Adik, kalau kakak nak berbomoh, baik kakak bomohkan Fahrin!"

"Fahrin? Fahrin mana pulak ni?!" Mata Aila membulat padaku.

"Fahrin Ahmad! Handsome, macho, sado.."

"Apa kakak ni? Kakak dah jadi tunang abang, bakal isteri abang, tapi masih ada hati nak pikat lelaki lain? And FYI, abang pun handsome, macho, sado. Ramai girls yang tergila-gilakan dia, tahu?!" Suara Aila sedikit meninggi, membela abangnya. Hamboii..

Ya ALLAH! Aku kan sekadar memberi gambaran, bukan berniat pun hendak curang pada abang kesayangannya itu. And FYI too, mungkin ramai girls di luar sana yang tergila-gilakan abang di sana tu tapi.. Ada tapinya, tahu?! Sekarang ni, abang di sana hanya tergila-gilakan di sini saja, tahuuu?!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now