💖Bab 38💖

8.1K 251 10
                                    

*Edited Version*

"Abang.. Janganlah tidur dulu..!" Kataku ketika melihat Armand mulai memejam mata. Padahal baru beberapa saat tadi aku mengatakan yang aku tidak mahu terus ditinggal tidur setelah sesi 'nananina' kali pertama kami selesai.

Meskipun aku tahu, secara teorinya, aktiviti yang baru sebentar tadi kami lakukan memang memacu pengeluaran hormon yang membuat pelakunya menjadi rileks dan keletihan lalu akhirnya mengantuk.

"Ya, sayang.. Abang tak tidurlah.." Sahutnya sambil mengetatkan pelukan ke tubuhku.

Aku menarik selimut, menutupi dadaku yang terdedah, yang hanya menutupi sebatas perut Armand yang rata dan pejal, mendedahkan bahagian atas tubuhnya.

"Cerita-cerita, jom!" Kataku, memainkan jari telunjukku di dada bidangnya.

"Nak cerita apa?" Tanyanya, membuka mata sedikit. Meskipun sudah berkali-kali menguap, namun aku gembira dia melayani keinginanku.

"Apa-apa ajelah! Tentang perjalanan cinta kita dulu-dulu, contohnya! Kita tak sempat bercerita tentang tu lagi, kan?" Sahutku.

Sebenarnya, rasa ingin tahuku tentang ex-girlfriend-nya yang diceritakan Aila dululah yang memberiku idea mengarut ini.

Armand mengerut kening. "Such as..?!"

"Hmm.. Okey, macam ni. Saya cerita dulu tapi abang kena janji jangan terasa hati atau marah, ya? Itu semua cerita lama, tak ada kaitan dengan masa sekarang dah!" Ujarku.

"Ya, sayang! Abang janji takkan marah.." Armand mengangguk sambil menggenggam tanganku yang berada di atas dadanya.

"Saya dah lupa, bila tepatnya kali pertama saya jatuh cinta tapi rasanya di awal sekolah menengah. Saya minat pada anak jiran kami.." Kataku.

Seboleh mungkin aku cuba menahan meskipun rasanya aku ingin sahaja tersenyum panjang ketika mengingatkan detik kali pertama aku meminati Hafizul.

"Lepas tu, yang lain-lain tu cuma kawan-kawan biasa saja. Akhir form 4 baru saya bercinta semula sampailah habis SPM.."

"And..?!" Suara Armand terdengar tenang namun aku dapat mengagak ada rasa ingin tahu di dalam nada suaranya.

"Putus! Sebab ibu dan ayah tak bagi nikah dengan dia!"

"Sampai nak nikah?!" Armand angkat kening.

"Plan aje. Masa tu result SPM pun belum keluar lagi. Then, masa lepas 3 tahun kerja baru saya bercinta semula. Tapi tak sampai setahun bercinta, kami putus. Sebab ibu dan mak dia tak setuju. Then, tak lama lepas tu, dia nikah dengan gadis lain."

Armand angguk. "Bila tu?"

"Lebih kurang dua tahun lepas. Sejak tu, saya decide tak nak bercinta-cinta lagi. Penat, asyik frust aje. Ada saja halangan. Dosa pulak lagi. Sampailah ibu mula carikan jodoh untuk saya. Tapi yang bertahan.. Ya, cuma abang.."

Armand ketawa perlahan. "Ya ke?!"

Aku angguk penuh semangat. "Iya! Ibu cari macam-macam calon. Yang sebaya ada, yang playboy ada, macam pakcik-pakcik ada, duda empat kali cerai pun ada! Belum dikira lagi duda anak tiga!" Aku angkat bahu.

Armand ketawa berdekah-dekah. "Tapi yang ketat melekat, yang usianya tiga tahun lebih muda, kan?" Usik Armand.

"Abang..!" Aku mencubit perutnya.

"Muda-muda pun, abang tetap mampu puaskan sayang, kan?" Armand mengusap rambutku yang sedikit kusut akibat perlakuannya tadi. Dia mencium kepalaku.

"Abang...." Rengekku.

"Boleh tahan ramai juga calon sayang sebelum abang, ya?"

"Well.. Isteri abang ni kan cute, comel!" Kataku selamba. "Haa.. Sekarang turn abang pulak yang cerita!"

"Abang?!" Armand seperti berfikir-fikir. "Abang tak pandai ceritalah, sayang.."

"Eh, mana aci! Tadi kan abang dah janji!"

"Okey.. Okey.. Macam inilah.. Sayang tanya, abang jawab. Aci tak macam tu?!"

Aku angguk. "Acilah tu, dari tak cerita terus, kan?! Okey.. Bila first time abang jatuh cinta?"

"Masa sekolah rendah.."

Hah?! Mak aiihh, awalnya! Boleh tahan kasanova jugak laki aku ni! "Dengan..?!"

"Anak kawan mama."

"Berapa kali pengalaman bercinta?"

"Yang minat kat abang ramailah jugak, tapi abang layan just macam kawan biasa saja. Tapi yang abang betul-betul rapat, dua orang!"

Hmm.. Okey.. "Bila dan kenapa putus?"

"First, masa sekolah menengah, lepas SPM. Putus sebab dia nak jadi model.."

Mo.. Model..?! Tiba-tiba aku rasa hendak pitam. Ternyata benar apa yang dikatakan oleh Aila dulu. Pastinya gadis model itu cantik dan muda jelita.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now