💖Bab 13💖

7.8K 317 42
                                    

*Edited version*

Penyakitku datang lagi. Bingung, berfikir dan melamun membuatku selalu lupa akan keberadaanku. Sedar-sedar kini aku sudah pun berada di depan rumahku. Bersama Armand, tentunya.

Bermakna sejak kejadian di restoran dan di sepanjang perjalanan pulang tadi, aku berada di dalam keadaan separuh sedar kerana sibuk berfikir dalam kebingungan?!

Okey, mari kita sama-sama imbas semula adegan drama sebabak tadi:-

Lokasi:- Restoran
Babak:- Aku dan Armand sedang menikmati dinner, tiba-tiba muncul satu makhluk di meja kami, merapati Armand dengan penuh gediknya dan memanggilku aunty, aunty, aunty..!

Dan, dialog terakhir yang keluar dari bibir Armand berhasil membuatku sampai ke tahap ini. Dan makhluk tadi pula, menangis tidak percaya. Armand sendiri dengan gaya santai terus mengajakku pulang.

Dan di sepanjang perjalanan pulang, aku terfikir tentang pengakuan Armand secara tiba-tiba tadi. Kenapa dia dengan beraninya meng-claim aku sebagai his beloved future wife..?!

Jangankan datang melamar, mengucapkan 'I Love You' pun belum! Takkanlah belum ada apa-apa tanda, dah berani nak declare aku jadi bakal isteri? Tak mungkinlah dalam diam-diam dia meminatiku, kan?! What's that suppose to mean, really?!

Kemungkinan terakhir yang membuat aku merasa sedikit tertekan dan terkilan ialah Armand sengaja melakukan itu untuk membuat gadis tadi cemburu. Atau mungkin dia sekadar menjadikan aku alibi untuk menghindarkan diri darinya..?! Boleh jadi juga, kan?!

"Armand, wait..!" Panggilku setelah dia berbalik ke SUV-nya.

Armand menghentikan gerakan tangannya yang ingin membuka pintu kereta, lalu menoleh dan menatapku.

"Awak tak boleh pergi macam tu aje! We have to talk about this, now!" Kataku perlahan.

Armand mengerut kening dan berbalik menghadapku. "Saya dah menunggu lebih dari 30 minit tadi untuk berbincang, tapi awak yang.."

Dah 30 minit, ehh?! Tak sedar pun, hehe! "What do you mean by claiming me as your beloved future wife?!" Soalku tegas.

Kening Armand berkerut lagi namun sesaat kemudian dia kembali tersenyum manis. Dan senyuman itu berjaya membuat jantungku kembali berlompatan ria. Dia bersandar di depan kereta dengan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh.

"Encik Nik Armand, awak dengar sini baik-baik, ya! Saya tak nak masuk campur dalam urusan awak dengan gadis tadi. Kalau awak berniat nak buat dia cemburu atau awak nak lari dari dia, ini bukan caranya. Claim saya sebagai bakal isteri?! Wow! Dia akan salah faham.. Dan saya.. Saya.." Kata-kataku putus ketika merasakan jari-jarinya yang kasar dan besar memegang lembut tangan kananku.


Aku membulatkan mata, terkejut lalu pantas menarik tanganku dari pegangannya.

"Kita bukan mahramlah!"

"Sorry, tak sengaja. Refleks..!" Ujarnya serba salah. "But, you are my future wife, for sure!"

"Since when?!" Aku membulatkan mata dan dia boleh ketawa pula dengan reaksiku. Entah apa yang kelakar, aku sendiri pun tidak tahu.

"Since mama bagitahu saya yang kita akan dijodohkan!"

HAH?! Mulutku ternganga. Like seriously?! Perjodohan ini hanya main-main saja, kan? Ia tidak akan benar-benar terjadi, kan? Atau memang akan benar-benar terjadi..?!

"Kita akan dijodohkan? Like seriously?! Sekejap.. Wait seminit! Ini salah faham saja, kan?" Aku sudah mulai gabra.

"Mama nak sangat awak jadi menantunya, Aryana. Tak boleh tidak!" Armand senyum.

Aku menahan nafas. Aunty Sarah. Ehh.. Tunggu sekejap! Kenapa Armand sekarang menyebut namaku? Kenapa dia tidak lagi memanggilku dengan panggilan 'kakak' seperti biasanya?!

Aku melarikan mata dari terus menatapnya. Rasa segan tiba-tiba datang menjengah.

"Aunty Sarah.. I mean, mama awak yang nak. Tak semestinya awak kena setuju, kan?!"

Amboii.. Sesedap rasa hati dia saja, berniat menikahi aku hanya kerana akur dengan permintaan mamanya?! Mana boleh! Akur pada kehendak orang tua itu memang wajib. Tapi menikah tanpa cinta?! Sorry naik lori, aku tidak setuju langsung! No way!

"Of course saya setuju! Saya terima gadis pilihan mama dengan hati terbuka. And.. I really want you to be my wife!"

Okey.. Okey.. Hari ini Armand memang aneh! Atau entah-entah lelaki di depanku ini bukan Armand tetapi kembar seirasnya. Tapi, ehh.. Setahu aku dia tiada saudara kembar! Hishhh!

Ya, Armand memang aneh dan lain macam malam ini. Mula-mula dia dengan confident-nya meng-claim aku sebagai bakal isterinya, kemudian dia memanggilku Aryana, bukan kakak seperti kebiasaaanya.

Dan sekarang dia membahasakan 'saya-awak' pula bila bercakap denganku. Oh, apakah maknanya semua ini..?! Arrghh..! Stress..!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now