💖Bab 7💖

8.6K 340 8
                                    

*Edited Version*

Okey.. Okey.. Fuhh.. Aku menarik nafas perlahan, berusaha mengawal perasaan.

Kenapa 'dia' Armand?! Maksud aku, kenapa Armand boleh membesar menjadi lelaki seperti ini? Di mana Armand yang gemuk dan tembam dulu? Yang selalu membuat aku teringin mencubit-cubit pipi chubby-nya dan yang ingin aku jadikan adik angkat itu?!

Kenapa Armand yang sekarang ini, yang sedang berada di depanku ini justeru kelihatan teramat sangat menggoda naluri wanitaku untuk menikmati bahunya yang lebar dan dadanya yang bidang itu?

Ahh.. No! No! No! Aku pasti sedang mabuk kepayang. Gila bayang!

"Dah lama kak Aryana tunggu? Sorry. Kelas habis lambat sikit hari ni. Ada group discussion.."

Kak?! KAKAK?! Dia panggil aku kakak?! Seriously?! Oh.. Okey.. Okey.. Jangan lupa bahawa dia tetap lelaki berusia 24 tahun, tetap adik-adik padaku, walau bagaimana menggoda sekali pun dia!

Ingat tu, Aryana! Dia.lebih.muda!!

"Tak.. Tak juga. Tapi, macamana awak tahu ini saya?" Aku menyoal, terasa ragu-ragu hendak membahasakan diri sendiri sebagai kakak. Dan 'saya-awak' rasanya lebih selamat.

Dia tersenyum manis. Dan jantung aku pass out seketika!

"Hmm.. Maybe it's because my memory is still good in function. Walaupun dah 14 tahun berlalu..!" Dia tersengih comel, mempamerkan deretan giginya yang putih dan tersusun rapi.

Okey.. Faham. Dan aku pula punya ingatan yang buruk terhadap wajah seseorang..?! Termasuk wajahnya yang dulu bulat dan tembam macam tomato ranum itu?!

Ahh.. Manalah aku tahu kalau sekarang si tomato merah ranum itu sudah berubah menjadi lelaki kacak, dewasa dan penuh daya tarikan begini? Oohh..

"Mama bagitahu, kak Aryana ni, nurse.." Dia menatap tubuhku yang dibaluti uniform ditutupi cardigan. "Jadi, kalau macam ni lebih mudah untuk dikenali, kan..?"

"Oh.. Ya.. Ya..!" Aku menyahut dengan gugup, menyedari yang dia seakan sedang membaca fikiranku.

Kemudian, kami terdiam lagi. Dan inilah yang paling aku benci. Mati kata! Aku selalu gagal membuka bicara dengan orang yang baru aku kenali, apalagi yang berjantina lelaki dan berstatus teman blind date pula!

Tambah-tambah lagi, ini Armand, lelaki yang berusia tiga tahun lebih muda dariku, yang berjaya membuat aku gugup setengah nyawa!

Aku merenung pesananku yang terhidang di atas meja berbentuk bujur berwarna kuning dengan corak bunga matahari ini.

Sejujurnya saat ini, aku lebih tertarik dengan mochacino float dan blueberry cheese cake yang kupesan tadi, dari mendiamkan diri seribu bahasa begini.

Aku meneguk liur berkali-kali. Well, lupakan soal menjaga standard atau whatever-lah! Yang aku tahu dengan pasti sekarang ini, saat ini, tika ini, aku cuma menginginkan dua benda ini sahaja! Yess..!

Aku menyedut mochacino float dan terus menikmati kek yang sudah sejak tadi begitu menggoda nafsu makanku. Malah, aku seakan terlupa ada manusia lain di depanku ketika ini.

Dan aku juga tidak ingat, lebih tepatnya, langsung tidak menyedari bila masanya dia membuat pesanan kerana sedar-sedar, waitress kafe sudah pun datang menghantar makanan dan minumannya.

Ternyata, lelaki bernama Armand ini amat pendiam orangnya. Dia bahkan langsung tidak bersuara ketika aku terus tenggelam dalam lamunanku sambil mengunyah kek.

Seketika aku mengangkat mata, menatapnya. Dan dia tersenyum lagi. Walaupun hanya sekadar menarik ke atas kedua-dua hujung bibirnya, namun tetap saja senyumannya itu nampak manis dan mendebarkan.

Oh.. Betapa manisnya.. Manisnya senyumanmu.. Lalala.. Nyanyi lagu ELITE lah pulak sekejap..!

Aku melihat Armand mengunyah spiral oleo oglio-nya dengan penuh tertib dan adab. Cara dia menyuap makanannya nampak begitu penuh berseni. Aku tiba-tiba tersengih, malu sendiri kerana seakan terlihat seperti gadis yang sedang kelaparan.

Ahh.. Kenapalah spiral oleo aglio-nya itu terlihat begitu menggoda, sama menggodanya seperti orang yang sedang memakannya ini?! Aduhai..

"Nak ke? Saya dah biasa makan di sini. Actually, owner kafe ni ex-classmate saya di universiti dulu. Dia namakan kafe ni sempena nama isterinya. And so far, makanannya memang menepati taste saya.

Dan ini antara favourite menu saya, dengan white choc float ni. Biasanya saya tak payah order sebab mereka dah tahu, everyday menu saya akan bertukar." Panjang lebar pula Armand bercerita.

Mulut aku ternganga lagi, mendengar bicara panjang lebarnya. Aku segera menggeleng lalu menundukkan kepala. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran aku?! Dan kalau aku menjawab 'ya', dia nak suapkan ke?

"Kalau nak, saya boleh suapkan!" Dia mengulum senyum. Bukan untuk menggoda tetapi entahlah. Lagi-lagi dia dapat membaca fikiranku!

Aku menggeleng laju dan kami terdiam lagi. Larut dalam fikiran masing-masing sambil menghabiskan sisa-sisa makanan kami.

Sepanjang mengikuti aktiviti blind date, inilah baru kali pertama aku menemui lelaki sepasif dia. Kerjanya mudah, cuma angguk, senyum kemudian diam! Bercakap pun bila perlu sahaja.

Aku terfikir dia akan acah-acah cerewet atau acah-acah sweet. Atau mungkin dia memang cerewet?! Cerewet di dalam hati. Makan dalam. Hmm.. Boleh jadi juga, kan?!

Malah, aku menjadi ragu-ragu dengan kerjayanya sebagai pensyarah di sebuah universiti awam ternama. Hmm.. Macamanalah agaknya keadaan dia ketika mengajar di kelasnya dan menghadapi para pelajarnya jika dia pendiam begini?!

Hmm..! Mungkin para pelajarnya memahami bicara hati ke hati! Menggunakan kaedah bahasa dalam hati! Bukankah Armand ini pintar dalam membaca fikiran orang?! Buktinya, dua kali dia membaca fikiranku tadi!

Aku segera menghapuskan bayangan-bayangan songsang itu dari menguasai otak dan fikiranku. Bimbang kalau-kalau dia akan membaca fikiranku sekali lagi. Cukuplah 2 kali. Jangan ada yang ketiga, please!

"Oh, ya.. Adik awak apa khabar? Apa namanya, ya?" Soal aku sekadar untuk memecah kesunyian. Ahh.. Boleh pengsan aku kalau berpuasa bercakap lama-lama, kalau tidak dapat mengeluarkan suara merduku ini. Haha..

"Aila.."

"Ha'ah.. Aila! Form berapa dia sekarang?"

"Three." Pendek saja jawapan Armand.

"Oh.. Cepatnya masa berlalu, ya.. Dulu, masa jumpa, umurnya baru setahun.." Aku cuba menceriakan suasana, terutama suasana hatiku yang agak terganggu ketika ini, tentunya.

Dan Armand? Lagi-lagi dia tersenyum tipis.

Ya ALLAH! Rasanya hendak saja aku cekik-cekik leher manusia di depanku ini. Mungkinkah pita suaranya sedang tersekat di skala 6 kerongkongnya sehingga mengganggu kelancaran dia bersuara?

Atau mungkinkah suaranya menggunakan arus elektrik hingga membuat dia perlu berjimat cermat menggunakannya, supaya bilnya tidak melonjak tinggi?! Kalau iya, aku rela mensubsidikan suaraku ini.

Atau sebaiknya aku on-kan saja hotspot suaraku sekarang supaya dia dapat connect dan boleh berbicara lebih banyak bila bersamaku?

"Kak Aryana..?"

"Ya?!" Pantas aku menyahut. Hmm.. Mungkin dia sudah connect dengan aliran hotspot-ku.

"Jom balik.." Katanya, sambil memberikan senyuman yang membuat jantungku berdegup 3 kali ganda lebih cepat dari biasa.

Hmm.. Mungkin selepas ini aku kena buat appointment dengan Dr. Chin, salah seorang pakar jantung di hospital tempat kerjaku kalau setiap hari dihadiahkan senyuman super sweet dan hot begini..! Hmm..

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now