💖Bab 18💖

8.2K 339 22
                                    

*Edited Version*

"Terpulanglah!" Jawabku, mengalah. Biarlah aku yang lebih tua dan lebih waras otaknya ini mengalah!

"Actually, adik tak nak kakak kahwin dengan abang.." Katanya perlahan namun jelas di telingaku.

"Kakak pun tak nak kahwin dengan abang.."

"So, kenapa kakak terima pinangan ni dan setuju nak bertunang?"

"Untuk menikah!"

"Ahh.. Samalah tu!"

"Mana ada sama! Adik tak suka kakak kahwin dengan abang, kan? Dan kakak pula bertunang dengan abang untuk menikahi bakal suami kakak. Jadi, terpulanglah pada abang tu samada nak kahwin ke tidak dengan kakak lepas kami dah sah dinikahkan nanti!" Ujarku sengaja bermain kata-kata.

Kulihat Aila mengerutkan bibir, seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Aku menatapnya.

"Adik tak suka pada kakak?" Tanyaku lembut. Bukan ingin memujuk atau mengambil hati tapi aku perlu tahu kenapa dia tidak menyukaiku.

"Yes!"

"Can I know, why?"

"First, because kakak lebih tua dari abang. Second, you're not so up to date kind of person!" Aila menatapku atas bawah.

Aku mengikut gerak matanya, menatap tubuhku yang dibaluti dress malam lace labuh berwarna kuning cair dan bertudung dengan corak bunga senada.

"And third, kakak bertudung! Nanti mesti suka ceramahkan adik itu ini. Dan suruh-suruh adik ikut bertudung juga!" Kata Aila lagi.

Mahu tidak mahu, aku menggaru kepala yang tidak gatal lalu ketawa.

"Kenapa kakak ketawa? What's so funny?"

"You are so funny!"

"Why me?!"

"Not exactly you actually, adik! It's just your pemikiran yang kelakar.."

Dia menatapku dengan pandangan tidak puas hati. "And what is wrong with pemikiran adik?!"

"Well, kakak takkan suruh adik bertudung sebab kakak bertudung pun bukan sebab disuruh sesiapa. Ibu dan ayah cuma mengingatkan saja. Yang menyuruh itu ALLAH, kan ada dalam Al-Quran?"

"Haa.. See, kan kakak dah start ceramah?!" Aila mencebik.

Aku ketawa lagi. "Okey.. Okey.. Kakak takkan cakap apa-apa lagi, ya? Sekarang, kakak nak adik terus terang dengan kakak. Selain kakak lebih tua, tak up to date dan bertudung, apa lagi yang buat adik tak suka pada kakak? Sebab, to be honest, untuk tiga perkara tadi, kakak mengaku yang kakak langsung tak boleh nak ubah.."

Aila menatapku tepat di mata, lama. Lalu dia menggelengkan kepalanya perlahan. "I don't know.. It's just, I think.. Kakak bukan taste abang. That's all.."

"Oh, okey.. Kakak faham. So taste abang bukan gadis macam kakak. I mean untuk tiga kategori yang adik sebut tadi. Kakak faham. Then tell me, taste abang tu gadis yang macamana?"

"Dulu, dua kali abang kenalkan girlfriends dia pada kami. Muda, cantik, tinggi dan putih. Macam model. Gaya pakaian so up to date. And yang pasti, mereka tidak bertudung!"

Oh, okey. Jadi, taste Armand adalah gadis muda dan glamour! Dan aku lega kerana ini bermakna bukan peribadiku yang tidak disukai Aila tetapi lebih kepada citarasa abangnya dalam memilih seseorang gadis, kerana penampilanku yang jauh dari ciri-ciri idamannya.

"Okey, beginilah, adik. Terus terang, kakak tak boleh ubah diri kakak menjadi seperti yang orang lain inginkan." Kataku tenang.

"Tapi kalau adik tetap dengan pendirian adik tidak setuju dengan semua ini, kakak rasa elok adik bincang sendiri dengan papa, mama dan abang. Mana tahu, mungkin mereka akan mendengar dan menerima pendapat adik." Sambungku.

Aila menatapku, tidak percaya. Ya, aku juga tidak percaya akan berbicara seperti ini, seolah-olahnya memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk menghancurkan impian pernikahan aku sendiri. Tapi itulah..

"Kenapa kakak cakap macam tu?"

"Sebab kakak tak nak kecewakan orang dan tak nak orang kecewakan kakak. Dan yang paling-paling penting, kakak tak nak kecewakan diri kakak sendiri!" Aku tersenyum padanya.

"Maksud kakak..?!" Aila menatapku dengan mata berkaca.

"Adik.." Panggil satu suara yang sudah begitu familiar di telingaku. Kami serentak menoleh dan melihat lelaki tinggi lampai yang menjadi topik hangat perbincangan kami tadi sudah pun berdiri di belakang.

"Abang.."

"Mama panggil.." Ujar Armand datar.

Aila menoleh padaku sekilas sebelum bergegas masuk ke dalam rumahku.

Armand pula terus menatapku tepat di mata, lalu mendekatiku. Aku menjadi salah tingkah. Aku berharap dia tidak mendengar semua isi perbualanku dengan adiknya tadi.

"Selain dari Aila, ada suara protes lain yang perlu saya dengar tentang pertunangan kita?" Soal Armand tenang namun nadanya terdengar tegas dan tatapannya tajam. Dia duduk santai di sebelahku.

Aku menelan ludah. Ngeri! Pertama kerana nada suaranya yang sangat tegas dan tatapannya yang tajam begitu menusuk dan bagaikan menikamku.

Dan kedua kerana dia duduk begitu rapat di sisiku sehingga bahu kami sedikit bersentuhan, membuat bulu romaku tegak meremang.

Eii.. Bahaya ni, silap-silap malam ni kena nikah terus! Hadeh..

Aku memutar-mutarkan cincin emas berbatu rubi kecil yang baru dua jam lalu menghuni jari manisku. Gugup.

"Ewah-ewah.. Bahagianya awak berdua! Seronok dapat duduk rapat-rapat macam tu, ya?! Ingat sikit, awak berdua tu baru bertunang, anak-anak oii.. Belum bernikah! Jangan duduk berdua rapat-rapat macam tu, karang lain jadinya! Dah, masuk sekarang!"

Jeritan mama Sarah dari ambang pintu, membuat tubuhku segera melonjak bangun, pantas berlari menyelamatkan diri dari tatapan mengerikan milik Armand. Seram..!!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now