💖Bab 36💖

7.6K 241 17
                                    

*Edited Version*

Jika percubaan kali pertama gagal, maka setidaknya aku perlu berusaha untuk kali yang kedua, kan? Sedikit lebih extreme dan memang agak memalukan, namun aku nekad ingin mencubanya.

Selesai solat Isyak berjemaah dan berdoa ringkas, Armand langsung keluar dari bilik tanpa berkata apa-apa padaku.

Manakala, aku pula segera menanggalkan telekung dan menukar pakaianku dan berdiri mematung di depan cermin solek. Aku meneguk liur.

Rasanya aku sendiri pun tidak sanggup untuk melihat pantulan tubuhku yang kini hanya berbalut lingerie two pieces yang sangat-sangat jarang dan kurang kain ini, lengkap dengan minyak wangi yang kucalitkan di tempat-tempat tertentu tubuhku.

Huwaa.. Demi misi untuk memikat dan menggoda suamiku yang handsome macho itu, aku dengan serelanya memakai 'baju jala ikan' malam ini, Sofi oiii..!

Terbang juga RM350 duit aku untuk membeli jala two pieces merah menyala yang seksi teramat ini!

Hampir 45 minit berlalu, Armand masih belum masuk ke bilik tidur. Entah apa pula yang dilakukannya malam ini? Menonton televisyen, mungkin!

Hish, macamana ni?! Kata Sofi, sebaik saja selepas aku memakai lingerie seksi-seksi begini, aku cuma perlu menunggu Armand di dalam bilik tidur saja.

Kerana jika aku keluar ke tempatnya, maka dikhuatiri signal-ku akan segera on dan kemungkinan besar malam pertama idamanku ini akan terus berlangsung bukan di bilik tidur, di atas katil kami!

Oh, no! Aku mahu melalui pengalaman indah malam pertama itu di tempat peribadi khusus seperti yang seharusnya!

Biasanya waktu-waktu begini Armand sudah masuk ke bilik kecuali jika dia menonton bola sepak atau menyiapkan kerja di bilik kerjanya.

Tetapi, mungkin malam ini tiada lagi perlawanan bola sepak. Bukankah malam kelmarin sudah ada, takkan malam ini ada game lagi? Tidak penat ke setiap malam berlari berkejaran mengejar dan menyepak bola?!

Mahu tidak mahu, aku memilih untuk terus menunggu Armand sambil berbaring di katil. Sengaja aku tidak berselimut agar dia dapat melihat lingerie jala ikan dua kepingku yang seksi teramat ini.

Aku membuka mata lebar. Astaghfirullahal 'azim..! Rupa-rupanya aku tertidur, seorang diri di atas katil! Armand belum masuk ke bilik lagi ke? Dan jam di meja sisi katil sudah pun menunjukkan pukul 3.15 pagi!

Aku pantas menyarung kimono labuh dan bergegas keluar dari bilik. Dari tangga ke tingkat atas, kujenguk ke bawah. Ruang tamu kami gelap, tiada tanda-tanda televisyen masih terpasang.

Keningku berkerut. Ke mana dia? Aku segera pula melangkah menuju ke bilik kerja Armand dan mendapati pintu bilik itu terbuka sedikit. Kutolak pintu perlahan-lahan dan melihat dia sedang tertidur di sofa bed-nya dengan laptop yang masih bernyala!

Hmm.. Mission failed.. Again..!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now