💖Bab 10💖

8.4K 282 8
                                    

*Edited Version*

"Kamu tak balik dengan Armand semalam, Ary?" Tanya ibu ketika aku sedang bersarapan.

Rumah kami sudah sepi. Ayah sudah pun berangkat ke mini market-nya di simpang jalan masuk ke kawasan taman perumahan kami. Aqasha pula yang merupakan doktor pelatih tahun ke dua sudah ke hospital kerana perlu melakukan lawatan pagi. Aku pula mendapat shif malam, hari ini.

"Balik dengan Farid semalam, ibu. Kebetulan shif dengan Sofi jadi Farid ajak kami keluar makan-makan dulu." Ujarku, sambil menikmati nasi lemak air tangan ibu yang memang merecik-recik kesedapannya.

"Dah tu, Armand macamana?" Tanya ibu.

Aku mengangkat muka, menatap hairan pada ibu. "Macamana apanya, ibu? Macam itulah! Empat mata, dua kaki, dua tangan, satu.."

"Hish, kamu ni! Ibu tanya ni, jawablah betul-betul..!"

"Laa.. Dah jawab betul-betullah ni, ibu.."

"Kamu tu kan sepatutnya balik dijemput Armand. Kalau kamu keluar dengan Farid dan Sofi, Armand tu pulak macamana? Tak ajak dia ikut sekali?"

Aku mengerut kening. "Ibu.. Nak ajak dia ikut buat apa? Kacau aje kalau dia ada! Lagipun, awal-awal lagi Ary dah bagitahu dia tak payah datang jemput.."

"Aii.. Boleh macam tu?!" Ibu buat muka pelik.

"Kenapalah pulak tak bolehnya, ibu?! Tentulah boleh!"

"Tapi, dia tu kan.."

"Sampai hati ibu, kan? Suruh anak teruna orang jadi driver anak dara kiut miut ibu ni? Kesianlah dia, ibu. Mana tahu nanti mengganggu urusan dan kerja dia."

"Tak ada apalah. Armand tu bukan ke bakal suami kamu. Dah semestinyalah dia kena menjaga kamu. Lagi satu, dia tu kan kerja pensyarah. Kerjanya siang, bukan malam! Mengganggu urusan apanya pulak?!" Ibu tidak mahu kalah.

Aku menjeling sekilas pada ibu. "Ibu ni, macam confirm aje dia akan menjadi dengan Ary.." Cebikku. Seriously, aku sendiri pun tidak yakin.

Bagaimana hendak yakin kalau calon suamiku itu masih muda belia?! Kalau dikira dari segi usialah! Hendak ke dia menikah dengan aku yang jelas-jelas lebih tua tiga tahun darinya ini?!

Farid yang sebaya denganku dan Sofi juga belum ada tanda-tanda ingin menikah. Walaupun kerap kali aku melihat dia bermain mata dengan ramai gadis.

Dan Dr. Faishal, doktor kacak dan bergaya di hospital itu pun, umur dah mencecah awal 30-an tapi masih tetap single juga. Langsung tidak tersentuh dan terjejas walaupun hampir separuh jururawat dan doktor wanita yang masih single and available berusaha keras memikatnya, termasuklah aku dan Sofi!

Hahaha! Okay, just kidding! Aku memang tidak berminat langsung dengan lelaki yang kerjayanya sealiran denganku, walau sekacak dan sebaik apa pun dia!

"Confirm-lah! Feeling ibu ni.."

"Alaa.. Ibu tu, dari dulu pun asyik feeling, feeling! Tapi sampai sekarang satu pun tak menjadi jugak!" Ujarku menyelesaikan suapan terakhir, kemudian membawa pinggan dan cawan ke sinki lalu mencucinya.

"Yang dulu-dulu tu tak menjadi sebab kamu yang tak nak!"

"Dah ibu kasi yang macam apa-apa entah.."

"Tapi yang ini, kamu tak tolak, kan?!" Soal ibu, separuh mengusik.

Aku terdiam. Selesai mencuci, aku mencapai pisau kecil dan menghampiri ibu, ingin membantunya mengupas bawang dan memotong sayur.

"Armand tu baik orangnya. Sopan dan kacak pulak lagi. Ibu berkenan sangat!"

Betul! Tapi tetap saja dia itu berpangkat adik-adik pada Ary-lah, ibu!! Hatiku separuh menjerit.

"Entah dia hendak ke tidak pada anak ibu ni?! Dia tu muda lagi, masa depan masih panjang. Mana ada lelaki nak pikul tanggungjawab jadi ketua keluarga di umur sebegitu muda, ibu.." Aku bersuara ragu-ragu. Tidak mahu ibuku berharap terlalu tinggi.

"Iya! Memang umurnya masih muda, lebih muda tiga tahun dari kamu. Tapi sikap dan pembawaan dirinya tu lebih matang berbanding kamu. Tahu tak?" Kata ibu penuh semangat.

Aku mengerut kening. "Ibu ni, bersemangat betul nak bermenantukan si Armand tu, ya? Bukan main back up dan puji melambung-lambung tinggi lagi.."

Ibu mengangguk yakin. "Haruslah! Lelaki baik dan kacak macam tu rugi kalau terlepas! Lagipun, dapatlah ibu berbesan dengan aunty Sarah kamu tu. Dulu-dulu kami pernah bergurau, kalau ada anak, nak dinikahkan, biar dapat berbesan. Agar hubungan persahabatan kami kekal selamanya.." Kata ibu dengan senyuman meleret.

"Takkanlah sebab janji-janji dulu tu, ibu sampai sanggup nak korbankan anak sendiri.."

Ibu menatap mataku, tajam. "Dah tu, takkan ibu nak korbankan anak jiran pulak?! Aii.. Bertuahlah anak jiran tu kalau ibu korbankan dia dan bagi lelaki macam Armand tu pada dia..!"

"Qash kan ada, suruh dia saja yang nikah dengan Aila, adik Armand tu.." Aku masih berusaha mematahkan semangat ibu.

"Heh.. Aila tu pulak baru sekolah tingkatan 3.. Mana boleh, gadis bawah umur tu!"

Aduh.. Ibu, ibu..! Mati kutu aku dibuatnya! Ada saja jawapannya.

"Lagipun, ibu tengok, kamu dengan Armand tu, sepadan dan serasi sangat.."

Aku mengernyit hidung. Iya ke? Boleh percaya ke ibu ni?!

"Kalaulah dibuatnya Armand tu tak sudi dengan Ary, macamana?" Pancingku.

Well.. Ada kemungkinan juga, kan? Lagipun, selama ini, setiap kali bertemu, Armand biasa-biasa saja denganku. Tidak ada layanan istimewa atau tanda-tanda yang dia tertarik padaku atau pada rancangan perjodohan kami ini. Call atau Whatsapp pun cuma sekali sekala. Itu pun kalau perlu sahaja. Ber-video call? Lagilah jauh sekali. 

"Harap-harap, dia sudilah dengan kamu. Aamiin.." Ujar ibu penuh harap sambil mengaminkan doanya sendiri.

Aku sekadar angkat bahu, meneruskan kerja memotong sayur.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now