💖Bab 39💖

8.1K 274 24
                                    

*Edited Version*

"Yang kedua?!" Tanyaku.

"Masa study di US. Kami satu universiti. Putus sebab dia curang." Jawab Armand datar.

"Curang?!" Keningku berkerut tidak percaya. "Aii.. Orang handsome macho macam abang pun girlfriend boleh curang ke?!"

Armand senyum. "Dah bukan jodoh dengan dia, nak buat macamana?"

"Bila kali terakhir abang jatuh cinta?" Soalku lagi, masih cuba mengorek cerita.

Armand membetulkan pembaringannya. Bahuku dirangkul erat. "Few months ago.. And that is my eternal love!" Senyum bahagia mengembang ceria di bibir seksi Armand.

Few months ago?! Sejujurnya aku masih ingin mencari tahu rahsia hubungan Armand dengan gadis bernama Amyra itu. Yang menangis di depan butik pengantin dulu. Kalau baru beberapa bulan lepas, pastinya gadis itulah yang dia maksudkan!

"Hmm.. Sebelum abang dan saya disuruh menikah, ada gadis-gadis lain tak?" Soalku, dengan harapan dia akan membuka rahsia cinta dengan Amyra itu.

"Ada!" Mata Armand bersinar ceria.

Haa, kan betul?! Jadi, memang betullah mereka ada hubungan tersembunyi!

"Is she.. Amyra?!" Tanyaku tidak sabar, dalam nada tidak suka.

"No! Of course not! Not in my list, ever!"

"So?!"

"Kan abang dah cakap dulu, she's just my student.."

"No! I mean, kalau bukan Amyra, siapa dia?!" Nadaku berubah ketus.

Aduh.. Ada lagi yang lain rupanya, ya? Aku terfikir-fikir sendiri, sebenarnya ada berapa ramai gadis yang pernah datang dalam hidup Armand ini?!

Armand tersenyum bahagia. Pelukan di tubuhku semakin diketatkan, menarikku semakin rapat ke tubuhnya. Meresapi kulit kami yang saling bersentuhan tanpa alas.

"She's my first love masa sekolah rendah dulu!" Nada suara Armand berubah riang.

Kulihat wajahnya berseri-seri, sama berserinya seperti ketika saat aku sah menjadi isterinya dan setelah dia berjaya menakluk setiap inci tubuhku sebentar tadi.

Okay, fine! Tiba-tiba saja aku merasa jengkel. Jawapan riang Armand dan raut wajahnya yang ceria bahagia dan berseri-seri itu membuatku merasa cemburu. Padahal awalnya tadi aku yang memintanya agar jangan marah dan terasa hati pada cerita lampauku!

"Well, great!" Aku berpura-pura ikut ceria padahal di dalam hatiku sudah timbul rasa marah dan cemburu. Jadi, Armand memang ada cinta sejati. First love lagi tu! Huwaaa..!

"Jumpa dia di mana? Berapa lama bercinta lepas bertemu semula? Atau tak sempat bercinta sebab kita dah terburu-buru dipaksa menikah?!" Soalku berapi-api.

"Sayang tahu tak, abang jumpa dia first time di hospital. Masa tu abang ziarah adik kawan abang yang sakit.."

"So, abang tegur dia tak?"

Armand menggeleng. "Abang tak tegur dia, just pandang dari jauh aje sebab masa tu abang tak tahu pun yang dia tu adalah dia. Cuma masa tu abang rasa tertarik dan suka tengok cara dia melayan kanak-kanak. Comel, penyayang dan sangat-sangat keibuan! Cute!" Armand bersuara bagaikan terawang-awang.

Aku menggigit bibir. Keliru antara rasa ingin tahu sebanyak mana Armand menaruh perasaan dan perhatian terhadap gadis dalam ceritanya tadi dan rasa cemburu dan marahku yang sudah hampir meletus!

"Terus terang, abang tak sempat nak bercinta dengan dia pun sebab lepas jumpa sayang, bertunang dua bulan, kita terus nikah. Tak sempat nak bercinta."

"Habis tu, macamana abang tahu dia yang abang jumpa di hospital tu adalah dia yang jadi first love abang?" Tanyaku, sengaja menekan perkataan dia sebagai tanda aku sedang marah. "Instinct?!"

"Betul sayang nak tahu?"

Aku angguk. Betullah, takkan main-main pulak!!

"Sayang janji, sayang takkan terkejut dan marah, ya?"

Aku angguk lagi. Berdebar pulak aku!

"Okey! Abang baru tahu yang dia tu adalah dia lepas mama bagitahu nak jodohkan abang dengan anak kawan lamanya. So, satu petang, kami pun ber-blind date di kafe favourite abang. Dia datang dengan uniform nurse-nya and well.. Ternyata dia adalah gadis yang sama!"

Hah?! Eh.. Cop..! Cop..! Cop..!!

"Gadis yang abang suka masa sekolah rendah, gadis yang abang lihat di hospital, gadis yang abang blind date dan gadis yang ada dalam pelukan abang di atas katil abang sekarang, yang sebentar tadi sudah tidak ada gadisnya lagi, adalah orang yang sama! It's you, Dhia Aryana! My beloved beautiful wife!"

Armand mengakhiri cerita panjang lebarnya dengan mencium bibirku, lama.

Aku menatapnya dengan tatapan terkejut dan tidak percaya. Dadaku bergemuruh mendengar pengakuan ikhlas dari Armand, suamiku. Subhanallah, maha suci ALLAH!

"Jadi, perjalanan cinta abang, hmm.. Hanya sayang seorang. Pemilik hatiku, si penghalal cinta!" Armand menggigit sudut bibir seksinya, tersenyum menggoda, membuatku semakin terharu.

Ya ALLAH! Aku tidak menyangka, suamiku yang selama ini bersikap sangat mendatar seperti robot, ternyata adalah seorang pencinta yang setia dan romantik!

"Dan sekarang sayang dah tahu, kan? Abang menikah dengan sayang bukan semata-mata sebab mama yang suruh atau sebab terpaksa. Tapi sebab abang memang cintakan sayang. Sejak dari abang baru lepas bersunat. Dan abang bersyukur sangat-sangat ALLAH dah tentukan yang abang dan sayang memang berjodoh!"

Aku meneguk liur, menatap jauh ke dasar anak matanya. Terharu.

"Hmm.. Dahlah, sayang. Abang dah mengantuk sangat ni. Letih melayan sayang tadi, nakal sangat!" Dia mengenyit mata.

Eh.. Eh.. Eh.. Elleh.. Cakap kita pulak! Padahal dia tu yang over nakal, serata ceruk dan sudut dia nak teroka! Macam-macam mahunya!

"Lagipun, abang ada kelas awal esok.." Sambungnya sambil menguap.

Hish, suamiku ini! Dalam babak-babak romantis begini, sempat lagi dia menyelit iklan mengantuk! Tapi tidak mengapalah. It's okay! Aku sudah cukup terharu dengan pengakuan cinta ikhlas darinya tadi. Aku mencium pipi dan bibirnya sekilas.

"Sayang tak mengantuk ke? Tak letih? Atau.. Sayang nak lagi?!" Dia masih ada hati hendak mengusikku walaupun nada suaranya sudah terdengar sangat mengantuk.

Aku mengembungkan pipi. "Tidurlah. Esok-esok kita sambung yang itu, ya..?"

"Ehh mana boleh esok-esok! Malam esok dan malam-malam seterusnya kita sambung. Abang rugi banyak ni."

Aku menyimpul senyum. "Yelah. I love you, pemilik hatiku!" Aku berbisik di lehernya.

"And I love you more, si penghalal cinta!" Balasnya perlahan sambil memelukku.

Aku menyandarkan kepalaku di dadanya dan mengeratkan pelukan ke tubuhnya. Dia membalas pelukanku dengan kucupan penuh cinta di dahiku.

Tidak lama kemudian, kudengar nafasnya mulai beralun teratur. Aku kembali mencerna cerita cinta Armand sebentar tadi. Aku benar-benar tidak menduga yang Armand sudah mula menyukaiku sejak kali pertama melihatku di majlis khatannya 14 tahun lalu. Dan dia juga sudah melihatku lama sebelum mamanya dan ibuku berpakat menjodohkan kami.

Betapa manis dan indahnya pengakuannya itu meskipun rasanya mungkin akan sedikit lebih berbeza jika dia mengakuinya sebelum kami sah dinikahkan.

Dan kini rasanya lebih manis dan indah, lebih mengharukan dan romantis kerana Armand mengakuinya setelah kami halal, setelah kami melalui malam pertama kami di hari ke 20 pernikahan.

Terima kasih ibu, terima kasih mama. Dan syukur ya ALLAH

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now