💖Bab 15💖

7.8K 298 13
                                    

*Edited Version*

Armand.. Armand.. Armand..!

Astaghfirullah hal 'azim..! Kenapa lelaki itu berterusan memenuhi benakku? Padahal sejak kejadian malam itu, dia langsung tidak lagi menghubungiku.

Dan ibulah yang paling kecoh! Rupa-rupanya ibu mencuri dengar perbualanku dengan Armand ketika itu dan dia langsung over excited bila mengetahui yang rombongan peminangan dari pihak Armand akan datang seminggu lagi.

Dan sejak itu, fikiran aku asyik menjurus kepada Armand sahaja! Dan satu-satunya cara untuk aku berhenti memikirkan dirinya, agar wajahnya luput dari benakku adalah dengan bekerja!

Ini sudah bahaya tahap merah! Belum apa-apa lagi pun aku sudah sasau dan angau begini! Adoii laa..! Mencabar kesabaran dan menggugat keimanan sungguh!

Aku menatap Sofi di depanku dengan pandangan khuatir. Ini satu lagi masalah. Sejak akhir-akhir ini, best friend forever and ever-ku ini seakan terlalu terdesak untuk menikah.

Sampai sanggup pula dia melamar Dr. Faishal di depanku. Membuat doktor lelaki handsome yang menjadi idaman seantero hospital itu bagaikan masuk ke rumah hantu setiap kali berpapasan dengan kami. Terutama Sofi, tentunya!

Rasa hendak tergelak pun ada, gelihati melihat riak Dr. Faishal yang merah padam mukanya ketika bertemu kami, terutama Sofi.

Sementara Sofi pula tetap dengan wajah selempengnya yang selamba, seolah-olah tidak terjadi apa-apa dari tragedi lamarannya yang mengerikan itu!

"Kau betul-betul desperate nak nikah, ehh?!" Soalku masih dalam nada tidak percaya.

"It's obvious, right?!"

"Very much!"

Sofi mendengus.

"Tapi bukan dengan Dr. Faishal, kan? Kau tengoklah tu, dia sampai jadi seram sejuk bila bertemu kita.."

"I just try my luck, anyway! Kalau diterima, Alhamdulillah. Dan kalau ditolak pun, tak jadi masalah! Alhamdulillah jugak. Dan sepatutnya aku yang malu, ni kenapa dia pulak yang nak kecut perut?!" Selamba badak Sofi menjawab.

"Ala.. Macamlah kau tu tahu malu sangat!"

Sofi mempamerkan sengih kerang busuknya.

"Eh.. Kalau kau dah terdesak sangat, kenapa kau tak pinang aje Farid tu? Kan sama-sama bujang, dah kenal rapat lagi tu. Kira on ajelah!" Ujarku memberi saranan. Sekadar bergurau, tentunya.

Sungguh tidak dapat aku bayangkan kalau Sofi dan Farid benar-benar bernikah, hahaha! Membayangkan hubungan mereka yang sudah seperti adik beradik itu, rasanya itu tidak mungkin akan terjadi!

"Sudah.."

"Hah?! Sudah?! Seriously..?!" Aku menatap tidak percaya. Sofi benar-benar sudah meminang Farid?! Gila! Ini betul-betul gila!

"Tapi tersalah orang!"

"Hah?!" Weh.. Yang ini lagi gila ni!

"Minggu lepas masa aku balik kerja, aku nampak kereta Farid. Kebetulan tingkap kereta dia terbuka, aku terus serbu ajak dia nikah. Tapi, rupa-rupanya yang ada dalam kereta tu bukan Farid, tapi abang dia!" Ujar Sofi dengan wajah tension.

Aku tergelak besar. Ya ALLAH! Sahabatku ini sudah semakin tenat disampuk hantu nikah! Dah out of mind!

"Hahaha! Lepas tu, apa jadi?"

"Apa lagi, aku mintak maaflah! Lepas tu Farid muncul dan bagitahu itu abangnya."

"Handsome tak? Mana tahu kalau ada jodoh, terus melekat dengan abang Farid tu, jadi kakak ipar Faridlah kau nanti! Hahaha!" Usikku tergelak besar.

Sofi menatapku sekilas. "Boleh tahanlah orangnya. Kata Farid, abang dia tu baru bertukar dari Sarawak. Jadi pengurus cawangan syarikatnya di sini."

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now