💖Bab 28💖

7.2K 254 16
                                    

*Edited Version*

Alhamdulillah..

Majlis pernikahan kami berlangsung dengan sangat lancar. Sebaik sahaja selesai solat Zohor berjemaah di masjid taman perumahanku, diadakan majlis akad nikah.

Dan Alhamdulillah juga, dengan izin ALLAH, hanya dengan sekali lafaz, aku selamat bergelar isteri kepada Nik Armand bin Nik Hamid. Senyuman bahagia terukir di wajah kedua-dua pihak keluarga.

Setelah itu, kami kembali ke rumah untuk jamuan makan. Sesi bergambar dan majlis bersanding ringkas diadakan setelah solat Asar bagi memberi laluan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak berkongsi kenangan saat bahagia ini.

Jam di dinding bilikku sudah pun menunjukan pukul 9.45 malam ketika aku keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan tubuh. Kulihat Armand yang sudah mandi terlebih dulu, sedang duduk di birai katil pengantin kami. Dia menatapku atas bawah.

Aku pura-pura tidak menyedarinya lalu segera melangkah ke meja solek.

"Dah solat Isyak?" Tanyaku sambil mengelap rambut yang masih sedikit lembap.

Aduh, Aryana, Aryana! Kau masih nak bertanya lagi? Padahal selepas selesai makan malam tadi, kami telah pun bergilir-gilir menunaikan solat Isyak kerana masih sibuk melayan tetamu dan kaum kerabat.

Tanpa menjawab, Armand bangun dari katil dan mendekatiku. Alamak! Aku mula berwaspada tapi tetap cuba bersikap tenang.

"Abang tak sangka rambut sayang panjang.." Ujarnya, merapatkan tubuh tinggi besarnya pada belakangku. Tangan kanannya mengusap lembut rambutku yang panjang ikal separas pinggang yang kulepas bebas.

Aku meneguk liur. Aduh, berabang-sayang pulak dah dia ni! Kulirik dia dari cermin meja solek. Dia tersenyum simpul sambil mencium rambutku. Mata kami bertembung dalam pantulan cermin.

"Kenapa? Tak suka gadis berambut panjang?" Kujatuhkan tuala kecil dari rambut tanpa mengalihkan tatapan mata kami dari dalam cermin.

Armand melarikan rambutku ke sebelah kiri dan mencium leher kananku sekilas. "Wanginya.. Abang suka.." Bisiknya.

Aku memejam mata. Aduhai, berdebarnya!

"Suka! Abang suka gadis berambut panjang.." Dia memeluk pinggangku dari belakang, menunduk lalu meletakkan dagunya di bahuku, menarikku merapat ke tubuhnya.

Aku sedikit tersentak. Alahai, berdiri bulu roma ni haa! Aku meneguk liur.

"Tapi abang tak suka gadis lain berambut panjang, kecuali sayang.." Katanya, membuat aku terbuai dan memejam mata rapat, menikmati hembusan nafasnya di leherku. "..sebab, biasanya yang berambut panjang ni, pontianak!" Sambungnya.

Ngek! Mataku serta merta terbuka lebar. Pontianak? Seriuslah weii.. Rupa-rupanya dia bukan memujiku! Ada ke patut dia samakan rambut panjangku dengan rambut pontianak?! Ishh.. Tak patut.. Tak patut..

Armand mengetatkan pelukannya sambil membenamkan hidung dan bibirnya ke leher dan telingaku, lalu mencium di situ. Mulanya, ciumannya terasa lembut dan nyaman namun kemudian terasa sedikit kasar. Sakit! Dia.. Menggigit leherku?!

Bulu romaku meremang lagi. Benar-benar meremang. Meremang, semeremang-remangnya! Leher dan telingaku digigit-gigitnya lembut.

No! No! No! Not now, please!

"Ehh, kejap! Kejap, ehh.. Saya.. Hmm.. Handphone! Mana handphone saya, ekk?!" Sepantas kilat aku berusaha untuk lepas dari pelukannya dan mujurlah dia segera melepaskanku.

Aku mundar-mandir di sekitar bilik tidur, melilau-lilau mencari telefon bimbitku. Di atas katil, di bawah bantal, di atas meja sisi dan di bawah katil!

"Sayang, ni handphone sayang!" Armand memanggilku. Aku menoleh dan mendapati telefon bimbitku sudah berada di tangannya.

Aku segera menghampirinya. "Jumpa di mana ni?"

"Di sini!" Dia menunjuk meja solek.

Aku tersengih dan pantas menyambut handphone di tangannya.

"Nak buat apa tu?"

"Sofi! Nak call Sofi kejap!"

"Oh.. Okey." Dia angguk. "Tapi, kan dah malam ni. Tak apa ke?"

"Ish, tak apa! Awal lagi ni. Dia mesti belum tidur lagi ni!" Jawabku yakin. Aku sedikit menjauhi Armand yang masih berdiri di depan meja solek, bersandar memeluk tubuhnya sambil terus menatap tajam padaku.

Aku melangkah ke seberang katil, menekan-nekan nombor Sofi. Aduh, nak cakap apa nanti, ek?!

Sambil menunggu jawapan dari Sofi, kulirik Armand yang sudah mula bergerak naik ke katil bercadar cantik kami. Aku pura-pura tidak melihatnya sambil terus berdoa agar dia segera tidur.

"Hello..?!" Suara lelaki di hujung talian mengejutkanku. Suara Farhan, suami Sofi.

"Ehhem.. Sofi.. Sofi ada?"

"Sofi mandi.."

Hah, mandi?! Malam-malam macam ni?! Tak sejuk ke?! Setahu aku, Sofi paling takut air! Aku menggaru-garu kepala yang tiba-tiba terasa gatal.

"Hmm.. Lama lagi ke dia mandi?" Tanyaku.

Aku benar-benar memerlukan teman berbual sekarang untuk melarikan diri seketika dari Armand. Setidaknya sehingga Armand tertidur. Dan Sofilah orang yang paling tepat kerana disebabkan dialah, aku jadi gabra begini!

"Hello, Ary.." Suara di talian sudah bertukar. "Ada apa kau call aku di malam pertama ni? Nak mintak tunjuk ajar dan khidmat nasihat, eh?" Sofi terus menembakku dengan soalan straight to the point dan bernada miang keladinya sambil membuat bunyi-bunyian ghairah.

Eii.. Sabar ajelah!

"Eh, kau tu dah kenapa? Malam-malam macam ni mandi? Biasanya takut air!" Aku segera menukar topik, sebelum dia mula bercakap perkara-perkara mengarut dan aku pula menjawab yang mengarut-ngarut juga. Dan pastinya aku tidak ingin itu terjadi sekarang. Di depan Armand, pastinya!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now