💖Bab 40💖

8.1K 246 6
                                    

*Edited Version*

"Saya rasa, lantai laman rumah kita ni kena ditinggikan lagilah, abang.." Kataku ketika kami duduk bersantai di buaian kayu di beranda luar setelah selesai makan malam. "Takkan jalanraya lebih tinggi dari laman kita, kan?" Sambungku.

Sebenarnya begini, 3 minggu lalu ada dilakukan pembaikian jalanraya di kawasan perumahan kami. Aku baru perasan dan merasa pelik apabila melihat lantai garaj dan laman kami menjadi lebih rendah dari jalanraya yang dibaiki itu.

Tidaklah terlalu ketara rendahnya, mungkin dalam 2 atau 3 sentimeter begitu, sebab aku pun bukannya mahir sangat dalam hal ukur mengukur begini tapi memang nampaklah perbezaan rendahnya.

"Iya ke?" Armand membetul-betulkan cermin matanya.

"Iyalah, abang! Nanti kalau hujan, air dari jalanraya akan mengalir turun ke laman kita dan bertakung di sini. Banjirlah garaj kita nanti.."

"Ish, takkanlah! Sayang rileks, okay! Area sini tak pernah banjirlah.." Sangkal Armand, bersungguh.

Hish, dia ni! Kita cakap, dia tak nak percaya pulak!

"Iya.. Saya tahu area sini mungkin tak pernah banjir. Tapi kalau lantai garaj dan laman kita ni lebih rendah dari jalan, memang sah-sahlah air akan bertakung di laman kita ni!"

Kulihat Armand mengerutkan kening, seakan tidak yakin. Itu membuatku sedikit geram. Pasti dia tidak percaya pada kata-kataku tadi.

"Okey, kita tengok ajelah nanti, kalau hujan lebat..!" Ucapku dalam nada malas kemudian melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh.. Eh.. Sayang nak ke mana tu?" Soal Armand.

"Masuk bilik, nak solat.."

"Jom kita masuk bilik dan solat Isyak sama-sama. Lepas tu, bolehlah kita.." Armand menggantung ayatnya sambil berlari anak mengikut langkahku dengan senyum simpul penuh makna.

Aku menggigit bibir mendengar ayat terakhirnya yang tergantung di udara itu. Hmm.. Dah faham dah. 'Itu' sajalah yang ada dalam fikirannya..

💖💖💖

"Ya ALLAH! Abang, tengok ni!" Aku separuh menjerit kepada Armand yang berada di dalam rumah.

Selesai solat Subuh, aku ingin keluar untuk membuang sampah ke dalam tong sampah di luar gate dan mendapati garaj dan laman kami telah pun dipenuhi air.

Selipar basahan kami kelihatan berenang-renang ria. Mujur juga air tidak masuk ke dalam rumah kerana lantai rumah memang dibina lebih tinggi dengan empat anak tangga. Dan semalam pula, hujan memang agak lebat.

"Kenapa ni, sayang?" Armand menghampiriku dan mulutnya ternganga. "Hah?!" Armand menggaru-garu kepalanya.

Aku menatapnya tajam. Hah, hah, hah apa?! Orang cakap semalam, tak nak percaya!! Ni ada hati nak hah, hah kan kita pulak?!

"Okey.. Okey.. Sayang rilex, okay! Janganlah pandang abang macam tu.. Seramlah, sayang! Sayang masuk dulu, siapkan sarapan ke, apa-apa ke, biar abang yang bersihkan, ya!" Dia tersengih, merasa tidak enak dengan tatapanku, pastinya.

"Tak apalah! Saya tolong abang bersihkan, biar cepat settle!" Jawabku dalam nada ketus.

Dan pagi itu, kami mulakan hari dengan kerja-kerja membersihkan garaj dan laman. Setelah selesai, barulah Armand bergegas ke universiti. Mujur juga kelasnya bermula agak lewat hari ini. Dan aku pula mendapat shif malam.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now