💖Bab 32💖

7.4K 250 20
                                    

*Edited Version*

Kulirik jam di dinding bilik tidur setelah mataku terbuka sempurna. Pukul 9.25 pagi. Selepas solat Subuh berdua tadi, aku dan Armand kembali menyambung tidur.

Mulanya kami ingin bersama-sama ahli keluarga yang lain yang sibuk berkemas-kemas tapi ibu melarang dan menyuruh kami balik ke bilik untuk menyambung rehat.

Dan ini menjadi kesempatan baik untuk aku dan Armand sendiri kerana sejujurmya, kami masih sangat mengantuk dan keletihan. Majlis seharian semalam dan tidur lewat malam tadi membuat kami seakan kehabisan tenaga.

Kulihat Armand masih lena, mengenakan t-shirt dan berkain pelikat yang dipakainya untuk bersolat Subuh tadi.

Aii.. Takkan macam ni je kot? Tak teringin ke nak peluk isteri abang ni?!

Aku menarik nafas dan melepasnya perlahan, bangun dari katil dan berdiri di depan meja solek, ingin mengikat rambut. Dan begitu rambutku sudah terikat, mulutku ternganga.

Eh.. Eh.. Eh.. Wait seminit! Apa kebendanya ni?! Aku menatap cermin dekat-dekat. Dan mulutku ternganga. Hah..?! Tanganku segera menekup mulut.

Beberapa tanda merah yang sudah sedikit membiru melekat di sekitar leher dan atas dadaku.

What the..?! Aku menjeling Armand dengan mata membulat. Eii.. Dia ni kan, memang nak kena ni!

Terdengar ketukan perlahan di luar pintu bilik. Pantas aku mencapai tuala, menutupi kepala dan leherku yang bercetak cop print hasil lakaran bibir seksi Armand semalam.

Aku membuka pintu bilik dan mendapati ibu berdiri di situ dengan sebuah dulang di tangan. Ibu menatapku dengan tatapan bersinar bahagia.

"Kamu berdua mesti lapar, kan? Ni, ibu bawakan sarapan. Makan aje dalam bilik dengan Armand. Lepas makan nanti, letak aje dulang di luar pintu bilik ni. Tak payah keluar." Ibu menghulur dulang itu padaku sambil tersenyum simpul penuh makna.

Dan setelah dulang bertukar tangan, ibu mengepal tangannya seakan memberiku semangat lalu menutup pintu bilik. Aku kebingungan.

Breakfast in bedroom? Dah macam dalam wad isolation-lah pulak!

"Ada apa sayang?" Tanya Armand dalam suara serak menahan kantuk. Dia kelihatan seperti masih enggan bangun dari tidurnya.

Matanya mengerjap-ngerjap melawan sinar matahari pagi yang masuk melalui celah langsir tingkap kaca.

"Ibu hantarkan breakfast. Dia suruh kita breakfast di bilik. Macam tak nak kasi kita keluar bilik dah!" Jawabku, meletakkan dulang berisi nasi goreng berserta telur mata dan dua cawan kopi 'o' di atas meja kecil di kaki katil. Tuala yang tadinya menutupi kepala, kusidai kembali di rak jemuran kayu.

"Ibu ni sporting-lah, sayang. Saja nak suruh kita honeymoon dalam bilik puas-puas.." Armand menyahut selamba.

Kulihat Armand tersenyum. Matanya tertancap pada leherku kemudian jatuh ke bahagian bawah tubuhku.

"Ke.. Kenapa?" Kedua-dua tanganku spontan menutup leher dan mataku menurun, mengikut arah tatapannya. Argh..! Pasti dia sengaja mengusikku kerana love bite di leherku dan tragedi terlondeh seluar semalam.

Armand mengulum senyum. "Nothing, it's just sayang nampak comel sangat bila ikat rambut tinggi messy macam tu. Mengundang je leher dan telinga sayang tu. Rasa nak ngap-ngap aje!" Dia kembali memeluk bantal peluk sampai meringkuk.

Amboi.. Kuatnya peluk bantal. Balas dendam, nampak! Nak ngap-ngap konon! Ni, tanda-tanda merah semua ni bukan sebab dah kena ngap ke semalam?!

"Sayang makanlah dulu kalau lapar. Abang mengantuk lagi ni. Tapi, kalau sayang nak baring-baring dengan abang atas katil ni, abang okey aje. Bolehlah kita.." Kata Armand sambil memuncung-muncungkan sedikit bibirnya seperti gaya bercium.

Aku meneguk liur melihat aksinya begitu. Huarggh, ibu! Tengoklah menantu pilihan ibu yang tersayang ni. Jahatnya dia! Arrgghh.. Tidurlah sana sorang-sorang sampai hilang ingatan!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now