💖Bab 25💖

7.1K 232 7
                                    

*Edited Version*

"Ibu, katalah kalau di hari nikah esok, Ary lari. Macamana?" Tanyaku.

Aku sudah pun mula bercuti hari ini dan ketika ini, suasana di rumahku disibukkan dengan pelbagai persiapan untuk majlis pernikahanku esok.

Beberapa kaum keluarga kami telah tiba dan keadaan menjadi riuh rendah dengan suara keluarga besar kami.

"Haa, nak lari, larilah! Kalau rasa nak malukan ibu dan ayah serta keluarga kita. Nanti kalau kena azab ALLAH, ibu tak nak tolong!" Sahut ibu sambil membelek-belek jemari tanganku yang dihiasi ukiran inai.

Aku bergidik ngeri. "Ibu ni.. Tanya pun tak boleh!"

"Assalamualaikum.." Satu suara sapaan lembut mengalihkan perhatian kami.

"Waalaikumussalam.." Aku dan ibu menjawab serentak.

"Ucu..!" Aku bersuara riang, memeluk ibu saudaraku, adik bangsu ayah.

Sejak kecil hingga sekarang, kami memang sangat rapat kerana sebaya usia. Malah kami lebih seperti pasangan kembar daripada hubungan ibu dan anak saudara.

Ucuku kini sedang sarat hamil anak kedua dan tinggal di Singapura mengikut suaminya yang bertugas di sana.

"Awal sampainya, Suria. Kak alang ingat sampai malam ni.." Kata ibu.

"Mulanya memang plan macam tu, kak alang, sebab abang Adam nak drive aje dari Singapore ke sini. Tapi Ria rasa tak sedap badan sikit. Alhamdulillah, abang Adam dapat book tiket flight last minute, jadi kami fly ajelah ke sini." Kata ucu.

"Hmm, yelah. Kamu tu tengah sarat, kena banyak berehat, kesihatan tu kena jaga baik-baik. Yang di dalam ni pulak berdua. Hah, korang bersembanglah dulu, kak alang nak keluar. Adam dan Rania mana?"

"Di luar. Kak long dan kak teh ajak abang Adam makan tadi. Rania pulak biasalah, dah bertemu kawan, kan.."

"Haa, yelah. Kak alang keluar dulu, ya?" Ibu melangkah keluar dari bilikku tanpa menutup rapat pintu.

Ucu duduk di birai katilku.

"Wah, dah besar rupanya anak buah ucu ni, ya? Dah nak nikah pun. Alhamdulillah.."

"Ala, ucu ni, Ary kan dah tua. Ibu selalu cakap macam tu!" Aduku.

Ucu ketawa mendengar jawapanku. "Eh, ceritalah! Tiba-tiba aje nak nikah. Padahal baru beberapa bulan lepas Ary cerita pasal Hafizul dan calon-calon blind date yang tak menjadi tu!"

Aku tersengih lebar pada ucu. Meskipun kami jarang bertemu muka tetapi kami sering saling berhubung melalui telefon dan media sosial.

"Biasalah ibu tu. Macamlah ucu tak tahu pe'el kak alang ucu tu. Seboleh-boleh ibu tak nak Ary fikir-fikir pasal Hafizul. Tu yang ramai calon dicarinya tu!"

Ucu ketawa lagi. Faham dan arif benar dengan sifat mulut laser namun sangat penyayang kakak iparnya itu.

"Tapi, niat ibu tu kan baik. So, inilah hasilnya?"

Aku jungkit bahu. Ucu tersenyum lagi, dia menggenggam jemariku yang berhias inai cantik.

"Macamana calonnya? Ary suka tak?"

Aku membalas senyumannya, tipis. Suka? Tak suka? Entahlah, aku tidak pasti!

"Ary rasa belum jatuh cinta pada dia, ya?" Soal ucu, seolah-olah memahami suara hatiku.

"Maybe.." Perlahan dan lambat-lambat aku angguk.

Armand juga mungkin belum jatuh cinta padaku. Malah kami berdua sudah sepakat untuk membiarkan perasaan cinta itu hadir dengan sendirinya setelah kami sah diijab qabulkan nanti.

"Cinta bukan satu-satunya alasan untuk menikah, Ary.." Ujar ucu perlahan.

Ya, aku tahu dan akui hakikat itu. "Cinta kerana terbiasa, kan, ucu?" Aku senyum. "Nanti dah nikah, dah duduk serumah, pasti lama-lama akan jatuh cinta, kan?"

Ucu angguk. "Kalau dah jodoh, pasti ALLAH akan menyusupkan rasa tu dalam hati kita, tak kiralah sekeras mana pun kita cuba menolaknya."

"Macam tu ke, ucu?"

Ucu mengangguk mantap. "Ary dah istikharah?"

"Dah. Tapi.." Aku menggigit bibir. "..nampaknya macam tak ada jawapan dan petunjuk yang pasti." Sambungku serius.

Ini memang hakikat. Sejak mula Armand mengatakan aku ini bakal isterinya, aku sudah beristikharah, meminta petunjuk dari-Nya tapi rasanya aku sama sekali tidak mendapat jawapan, baik melalui mimpi atau kemantapan hati. Hakikatnya, aku sendiri sudah mati akal!

Ucu mengerut kening. "Maksud Ary?!"

Aku angkat bahu.

"Ary ragu-ragu?"

Aku menarik nafas dan melepas perlahan. "Entahlah, ucu. Sampai sekarang pun Ary masih terawang-awang. Tak tahu samada nak berpijak di bumi atau melayang di udara."

Ucu menepuk-nepuk tanganku yang digenggamnya. "Okey, macam nilah. Selama perjalanan menuju pernikahan ni, ada tak halangan-halangan yang benar-benar mengganggu hubungan Ary dan dia?"

Aku menggeleng. "Cuma adiknya kurang setuju. Tapi katanya, dia akan terima Ary sebagai isteri abangnya kalau kami berikan dia anak buah yang comel-comel.."

Ucu ketawa. "Haa.. Itu bermakna adiknya tu nak Ary dan abangnya menikah. Kalau tak nikah, nak datang dari mana anak buah comel-comel yang dia minta tu? Nak petik atas pokok..?!"

Aku garu kepala yang tidak bertudung. "Ha'ah, ekk.. Betul jugak tu.."

"Lain-lain? Ada lagi?!"

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now