💖Bab 14💖

7.4K 314 17
                                    

*Edited Version*

Dan jawapan Armand yang penuh yakin tentang penerimaannya itu juga membuat debaran jantungku semakin laju dan..

"Why?" Tanyaku perlahan.

"Sorry?!"

"Kenapa awak perlu terima?" Tanyaku inginkan kepastian.

"Sebab mama.." Kalimat Armand terputus ketika aku tiba-tiba mendongak menatapnya, tajam.

"So, awak terima semata-mata kerana mama awak?!" Aku memotong bicaranya, sedikit kesal kerana itu bukanlah jawapan yang kuinginkan, sebenarnya.

Nasib badan! Bila sudah ada lelaki yang berkenan dan mengajak nikah, justeru bukan kerana cinta tapi kerana akur dengan permintaan orang tua!

Yes, of course-lah! Mana ada lelaki muda dan kacak macam Armand ni yang rela-rela hati hendakkan kakak-kakak seperti aku ini.. Hampeh!

"Saya terima sebab mama kata awak sesuai untuk saya. And for sure, saya sendiri juga rasa selesa dengan awak.." Katanya jujur, menghabiskan ayatnya yang tergantung tadi tanpa melepaskan sedikit pun tatapan mata kami.

Aku menghela nafas, kembali menunduk. Segan dengan kejujuran dalam luahannya tadi. Malu juga sebenarnya sebab tiba-tiba saja aku memotong kata-katanya tanpa menunggu dia habis berbicara.

"Tapi, itu tetap tak bermakna awak boleh claim saya sesuka hati sebagai bakal isteri awak, kan? And else.. Kita belum berbincang lagi pun pasal ni.."

"Awak tak setuju?!" Armand kembali menatap mataku. Dia masih berdiri dengan santai bersandar pada sisi SUV-nya dengan kaki masih bersilang. Tenang.

"It seems like, definasi pernikahan kita berbeza. Saya tak boleh bernikah hanya sekadar untuk menjaga hati orang tua. Kalau awak nak lakukan itu, silakan awak cari gadis lain. Sebab saya tak sanggup!" Ucapku tegas.

Kalau betullah dia ingin menikahiku hanya kerana mengikut keinginan mamanya, bagaimana pula dengan nasib gadis yang mungkin sedang mencintai dan dicintainya?! Oh.. Sungguh aku tidak mahu dituduh menjadi perampas hak milik orang lain!

"Frankly speaking, actually saya sangat-sangat percaya pada pilihan mama. Dan ini bukan saja kerana mama yang memilih awak, tapi juga sebab saya sendiri percayakan diri saya dan diri awak."

"Hah?! What..?"

"Tapi, saya juga tak suka memaksa. Saya hormati apa saja keputusan awak. Saya tak kisah kalau awak menolak. Mungkin awak rasa tak releven dan agak kolot kalau dijodoh-jodohkan begini, di zaman serba canggih macam sekarang, kan..?" Armand ketawa lucu.

Aku terpaku. "Bu.. Bukan itu. Saya tak maksudkan macam tu. It's just.."

"Hmm.. Aryana, boleh saya tahu apa definasi pernikahan bagi awak?" Tanya Armand.

"Haah..?!"

"Just tell me about your marriage defination. And jika saya berjaya memenuhi kriterianya, so, tak ada alasan lagi untuk awak menolak rombongan peminangan saya hari Sabtu depan, kan?"

Haah..?! Pi.na.ngan..?! Jadi, untuk itukah dia bertanyakan tentang cutiku ketika makan malam, tadi?! Ouch..!! Nak ketawa ke nak menangis ni??

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now