💖Bab 22💖

6.7K 239 17
                                    

*Edited Version*

"Rasa dia kan, Ary.. Ohhh... Sakittt sangattt..!!" Suara Sofi tertahan-tahan, seperti mengalami kesakitan yang teramat-amat sakit, diikuti oleh ekspresi wajahnya yang benar-benar mempamerkan kesakitan di tahap 10.

Aku menggigit bibir kuat demgan kening mengerut. Sa.kit sa.ngat..?! Aku memperhatikan setiap details riak wajah kesakitan yang dipamerkan Sofi. Ya ALLAH! Setahu aku Sofi ini orangnya pemberani dan paling tahan sakit.

Tidak seperti aku yang penakut. Tapi melihat pada riak Sofi saat ini, rasanya mustahil kalau dia hanya sakit sedikit. Pasti dia benar-benar kesakitan!

"Sa.. Sakit sangat ke, Sofi..?!" Aku meneguk liur, takut-takut.

"Of course-lah sakit, Ary! First time, kan? Pedih, perit, senak, terkoyak..!" Dia menatapku serius.

Aku merasakan wajahku sekarang sudah pucat lesi seperti mayat dengan hanya membayangkan kesakitan yang dialami Sofi.

"Kau tahu tak, Ary? Aku ni sampai terpaksa berpegangan pada kepala katil sebab tak tahan sakit!" Cerita Sofi bersungguh-sungguh.

"Eh.. Eh.. Sofi.. Hmm.. Dahlah! Jom kita balik wad!" Aku berusaha menghentikan cerita Sofi dan cara kerja otakku yang mula membayangkan rasa sakit yang benar-benar sakit.

Aku bingkas dari kerusi tapi dengan pantas Sofi menarikku duduk kembali.

"Ishh, nantilah dulu! Aku tak habis cerita lagi ni.."

"Eh.. Hmm.. Aku mengantuklah. Huwargh!" Aku buat-buat menguap untuk meyakinkan Sofi bahawa aku benar-benar mengantuk.

Sebenarnya, aku sudah merasa ngeri dan ketakutan dengan cerita Sofi tadi. Niat awalku hanyalah ingin mengusiknya kerana aku menyangkakan dia pasti akan malu-malu dan menolak untuk bercerita. Tapi sebaliknya kini, aku pula yang ketakutan setengah nyawa!

"Kau mengantuk?!" Sofi melirik cawan kopiku yang sudah kosong. "Tadi kau jugak yang beria-ia sangat nak dengar cerita. Ni cerita baru start, belum klimaks, kau dah mengantuk pulak?! Tak apa.. Tak apa.. Aku order kopi lagi, ya?!"

Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengangguk. "Haa.. Apa laginya yang belum habis?"

"Ada lagi.."

"Okey! Tadi kau dah perang, lepas tu kau sakit, tu kira dah habislah tu! Jom balik wad!" Aku kembali berusaha untuk bangun namun lagi-lagi Sofi menarikku memaksa duduk.

Kulihat dia tersenyum penuh makna. Haa, sudah! Pasti dia sudah tahu yang aku sedang ketakutan sekarang. Cerita 'perang malam pertama' Sofi benar-benar menyeramkan!

"No! Aku tak nak dengar apa-apa lagi!" Ujarku sambil menutup telinga dengan kedua-dua tapak tangan. Aduh.. Tadinya aku hanya sekadar ingin mengenakan Sofi tapi sekarang terbalik pula. Dia pula yang mengenakanku habis-habisan.

Sofi ketawa besar melihatku sambil menarik tanganku lepas dari telinga.

"Ary, dengar sini..!"

"No! Tak nak!"

"Yes, you have to! Sebab, tak lama lagi kau pun nak nikah, kan..?!"

Dan kata-kata Sofi itu berhasil membuatku meneguk liur.

"Ary.. Rasanya sakit sangat-sangat. Tak boleh nak diucap dengan kata-kata." Sofi menyambung kata, penuh perasaan. "Dan kau tahu tak, apa yang lebih menyeksakan?" Sofi menatapku dengan mata menyipit, penuh misteri.

Aku menggeleng lemah antara rela dan tidak.

"Bila suami mintak tambah lagi! Kau bayangkanlah! Sudahlah kita masih sakit dan letih tapi dia malahan mintak tambah 2, 3 round lagi!" Dia mengangguk-angguk perlahan, penuh misteri.

"Sudah, stop it! Aku dah tak sanggup nak dengar lagi! Please-lah.." Aku separuh merayu. Rasanya ingin saja aku segera lari tapi kakiku terasa lemah. Dan Sofi pula seakan-akan tidak menghiraukan suara rayuanku.

"Tapi, iyalah, kita kan isteri. Tak boleh menolak kalau suami nakkan haknya. Bagi sajalah walaupun rasanya nak aje lari dari diserang lagi.." Katanya dalam nada pasrah.

Ya, lari! Aku pun dah rasa nak lari ni!

"Tapi, kan, Ary.. Dalam sakit-sakit tu, ada jugak sedap dan nikmatnya, tahu? Hmm..!" Sofi tersengih gatal.

"Sofi..!" Suaraku semakin melemah.

"Well, sudahnya, esok hari aku dah tak boleh berjalan normal!"

Aduh, kepalaku tiba-tiba berputar ligat! Perkataan sakit, pedih, nikmat, minta tambah dan tidak boleh berjalan yang diucapkan Sofi tadi bercampur baur di benakku.

Terbayang-bayang di mataku ekspresi wajah Sofi dalam situasi-situasi tersebut. Aduh, ibu! Ary tak nak nikah..!

Sofi mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum padaku. "Haa.. Tak lama lagi kau pun nak nikah, kan..?!"

Gulp! Eh.. Ehh.. Iyalah! Terlupa pula aku yang tarikh pernikahan aku dan Armand hanya tinggal sebulan saja lagi. Mengingatkan itu, aku tiba-tiba menjadi panik. Apalagi bila melihat senyuman Sofi yang menyeramkan, hatiku mula merasa tidak enak.

"Hahaha!" Sofi ketawa puas. "Maknanya, tak lama lagi, kau pun akan rasa sakit yang sama macam aku.." Sofi merapatkan wajahnya padaku. "..de.ngan Ar.mand..!" Bisiknya dalam nada mengerikan.

Aku membulatkan mata. Tiba-tiba saja bayangan wajah Armand muncul dengan senyuman manis memukaunya yang kemudian berubah menjadi seringai menakutkan. Ibu..!

"Kau akan disentuh, disentuh dan disentuh.." Sofi sengaja menggantung ayatnya sebelum menyambung. "Hmm.. Melihat pada fizikal Armand yang tinggi besar dan sado dado tu, mesti 'ehem-ehem' dia pun boleh tahan saiz dan kuat tenaga daya tahannya!"

Sofi menatapku lagi. "Habislah kau, Ary! Kalau Farhan yang kurus tu pun aku dah sakit sampai tak boleh berjalan seharian.. Kalau Armand tu, hmm.. Harus kau rasa lebih sakit lagi. Silap-silap seminggu kau tak bangun dari katil!"

"SOFI..!!"

"Tambah-tambah dia tu muda, belajar kat oversea lagi, mesti banyak fantasi-fantasinya yang.." Sekali lagi Sofi menggantungkan ayatnya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya.

Aku menutup telinga dengan tangan. Dan malam itu, tumpuanku pada kerja hilang melayang entah ke mana. Berkali-kali aku menepuk-nepuk kepala, berusaha menghilangkan bayangan-bayangan mengerikan tentang 'perang malam pertama' versi Sofi!

Arrgghh.. Serammmm!!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now