💖Bab 5💖

8.8K 319 32
                                    

*Edited Version*

Aku menatap lesu blouse labuh bersama palazo dan tudung bawal floral yang kuletak di dalam paperbag.

"Ehh.. Tak nak tukar baju ke?" Tanya Sofi, bff-ku yang bertugas bersamaku dalam shif hari ini.

Aku meliriknya yang berwajah mirip pelakon Nora Danish itu. Sofi kulihat sudah siap menyapu bedak dan memoles lipstick di bibir nipisnya.

"Malaslah!" Kataku. Tapi, takkan nak blind date pakai uniform?!

Blind date..?! Ahh, malasnya! Kulirik jam di tangan kiri, kurang dari 45 minit lagi aku akan bertemu Armand buat pertama kalinya setelah 14 tahun! Pertemuan yang diaturkan emak-emak kami, tentunya.

Blind date, again..?! Huuh...!!

Aku menghembus nafas berat, berkira-kira termasuk kali ini entah sudah berapa kali aku ber-blind date. Dan setakat ini, memang semuanya failed!

Aku senyum sendiri. Kadangkala timbul juga rasa kasihan kepada ibu yang telah bersusah payah dan berusaha keras mencarikan jodoh untukku.

Tetapi, sekalipun sedang dikejar deadline nikah, aku tidak boleh juga sebarangan memilih lelaki, kan?

Bagiku, wanita memang tidak seperti lelaki yang bebas memilih wanita mana yang mereka ingini. Tetapi, wanita juga tetap ada hak untuk menerima atau menolak lamaran si lelaki yang dirasakan tidak sesuai, kan?

Dan bercakap tentang lamaran, setakat ini belum ada lagi lelaki yang datang melamarku dalam erti kata yang benar-benar melamarku, pada ayah dan ibu.

Blind date yang kuikuti juga tidak ada yang membuahkan hasil, tidak ada satu pun yang benar-benar berlanjutan. Baru sekali bertemu, aku sudah down. Paling-paling lama pun 2 kali bertemu. Dan selepas itu..? Hmm.. Hai hai bye bye..!

Nasib.. Nasib.. Umur sudah 27 tahun pun, masih belum ada lagi yang datang meminang. Kesian kau, Aryana!

Tetapi Armand, budak muda belia itu?! Si tembam chubby itu padaku lebih berpotensi untuk menjadi adik yang penurut dan patuh. Untuk dijadikan suami?! Oh no.. Aku tidak yakin! Langsung tidak yakin!

Ahh, sudahlah! Banyak-banyak fikir pun tidak berguna juga, jumpa sajalah. At least, dapat juga menyambung tali silaturahim, kan?

Sudah lama tidak bertemu. Agaknya, macamanalah rupa Armand sekarang, ya? Masih gemuk dan tembam macam dulukah?

Paperbag tadi kuletakkan kembali ke dalam loker, enggan menukar pakaian. Kucapai cardigan pink polkadot lalu kusarung ke tubuh, menutupi uniform-ku, lantas menggamit Sofi keluar.

"Laa.. Dah bawak baju tak nak tukar pulak!" Kata Sofi.

"Malaslah. Macam ni pun dah okey!"

"Nak balik terus?"

Aku terdiam seketika. Takkan nak bagitahu Sofi tentang blind date-ku hari ini, dengan budak muda belia pulak tu! Nanti tidak pasal-pasal diejek habis-habisan oleh cik Sofi ini.

Lagipun, dia sudah mengetahui tentang blind date-ku dengan si duda Johan itu semalam. Takkanlah hari ini ada blind date lagi.

Nampak sangat aku ni terlebih laku, sampai hari-hari nak blind date.. Atau mungkin.. Terlalu terdesak..?! Hmm..!!

"Heh.. Melamun pulak dia!" Sofi menepuk lenganku. "By the way, macamana blind date, semalam?"

Aku hanya mengangkat bahu.

"Jangan nak angkat-angkat bahu macam tu. Jawab je, o-kay ke kay-o?!"

Aku menggeleng. Dan Sofi menghembus nafas.

"Failed lagi? Kali ni kenapa pulak?"

"Duda anak tiga. Dah tua. Macam pakcik-pakcik.."

"Hahaha! Macamlah kau tu bukan makcik-makcik.." Sofi bantai ketawa.

Hmm.. Sofi memang 2 kali 5 dengan ibu. Patutlah ibu sayang sangat pada dia!

"At least, bagilah pakcik-pakcik yang sado dado macam Fahrin Ahmad. Ni? Yang hado?!"

Sofi ketawa, sedia maklum dengan 'keminat-gilaan' aku pada hero 'tua' yang satu itu.

"Kalau Fahrin Ahmad, tak payah panggil pakcik. Panggil uncle sayang terus!" Sofi mengusik sambil terus ketawa.

Aku hanya mencebik. Fikiran tengah berserabut. Tiada mood untuk bergurau saat ini, walaupun tentang Fahrin Ahmad!

Kami kemudian berpisah di tempat parkir. Aku dengan Honda Beat-ku. Sofi pula dengan Myvi kuningnya.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now