💖Bab 6💖

8.1K 326 28
                                    

*Edited Version*

Aku melangkah masuk ke kafe bergaya simple dan santai namun elegant yang baru kali pertama aku masuk ini. Kafe 'Nour Qaseh'. Sweet namanya. Hmm.. Macam kena saja emak-emak kami mengaturkan pertemuan di sini.

Masing-masing seakan mengharapkan anak-anak mereka bakal bertemu cahaya kasih di sini. Hahaha.. Melankolik! Blahlah kau, Aryana. Cahaya kasihlah sangat!

Untuk pertemuan-pertemuan sebelum ini, aku selalu ber-blind date di restoran 'Family First'. Memang aku selalu memilih restoran itu sehinggakan beberapa pelayan di sana mengecam wajahku. Memang agak memalukan. Entah apa yang difikirkan mereka tentangku. Hmm..

Tapi kali ini aunty Sarah beritahu yang Armand sendiri memilih tempat ini sebagai tempat bertemu. Aku menuju ke sebuah meja bujur comel berwarna kuning yang diberi hiasan lukisan bunga matahari mekar berkerusi dua berbentuk tangan yang ditunjukkan pelayan, terletak di satu sudut kafe.

Terasa seram pula hendak duduk di atas kerusi tangan itu. Bimbang diraba. Yucks..!

Kulihat pelanggan tidak terlalu ramai waktu ini. Mungkin kerana telah melewati waktu makan tengahari.

Cuma ada beberapa meja yang dipenuhi pengunjung berpakaian formal dengan I-pad dan laptop di atas meja.

Mungkin sedang berdiskusi dengan client. Jelas kafe ini menjadi pilihan untuk golongan high class menjalankan aktiviti bisnes, bukan tempat untuk orang sebarangan sepertiku melepak.

Kulirik jam yang melingkari pergelangan tangan kiriku. Pukul 3.15 petang. Masih ada 15 minit lagi dari waktu pertemuan yang telah dijanjikan.

Tidak mengapalah. Aku akan menunggu sambil mencuba menu di sini. Kalau sedap dan menepati citarasa, boleh juga sekali sekala aku ke mari dengan dua bff-ku, Sofi dan Farid. Dan semestinya Faridlah yang akan belanja. Hehehe..

Sementara menunggu pesananku tiba, aku mula membayangkan seperti apa rupa Armand sekarang? Adakah masih gemuk dan bulat seperti dulu?

Teringat pula aku pada pipinya yang bulat dan tembam kemerahan seperti buah tomato ranum itu.

Dan yang paling kuingati dengan ketara ialah kedua-dua hujung bibirnya yang melengkung ke atas, yang menampakkan dia seolah-olah sentiasa tersenyum walaupun sedang menutup rapat bibirnya.

Dan apa khabar pula adiknya, Aila, yang comel seperti anak patung Barbie itu. Yang sewaktu kutemui dulu baru berusia setahun.

Pesananku akhirnya tiba, memutuskan lamunanku. Setelah pelayan berlalu, aku menyentuhkan straw ke bibir.. Dan..

"Assalamualaikum. Kak Aryana, kan?" Teguran satu suara maskulin membuatku mendongak. Betul-betul mendongak kerana di depanku kini berdiri seorang lelaki yang sangat-sangat tinggi, tegap sasa dan berkulit putih cerah. Rambut hitam coklatnya kemas tersikat melingkari wajahnya.

Bibir tipisnya dihiasi senyuman yang ehh.. Subhanallah! Senyumannya itu. Walaupun bibirnya tercantum rapat namun dia kelihatan seperti sedang tersenyum.

Mak aii.. Matanya yang tajam dilindungi cermin mata putih nipis. Hidungnya mancung. Bibirnya.. Ohh..

Aduh.. Duh.. Duh..! Siapa gerangan si dia?! Suaranya yang berat dan maskulin, terdengar sangat sepadan dengan ukuran tubuhnya yang.. Ohh..

Ya ALLAH! Kenapa makhluk ciptaan-Mu yang berada di depanku ini kelihatan sangat-sangat sempurna di mataku?!

Terngiang-ngiang di telingaku lagu nyanyian Mulan Jameela. 'Kamulah makhluk Tuhan yang paling seksi lalala..'

"Hmm.. Sorry?! Betul ini kak Aryana, kan?" Tanya lelaki itu lagi, menyentakkan lamunanku.

Pantas aku menutup mulut yang ternganga tanpa sengaja. Ohh.. Aku melamun rupanya tadi!

Segera aku bingkas bangun dari kerusi dan tetap juga aku harus mendongak untuk menatap wajahnya. Dia terlalu tinggi.. Atau aku yang terlalu.. Pendek..?! Hmm..

"I.. Iya.. Sa-saya Aryana..! Ini.. Siapa, ya?!" Ujarku gugup. Mungkin dia adalah salah seorang dari kenalan adikku, Aqasha.

"Saya Nik Armand! Dah lama tunggu?" Ucapnya santai, masih mempamerkan senyum lalu dengan selesanya dia duduk di kerusi di depanku.

"Haa..? Haah..?!" Mulutku ternganga lagi. Dan tanpa sedar aku sedikit menjerit terkejut sehingga menarik perhatian pengunjung-pengunjung kafe yang lain.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now