💖Bab 48💖

7.1K 222 15
                                    

*Edited Version*

Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang, lebih memilih menatap pemandangan malam di luar cermin kereta.

"Nak beli sate arnab dan mi udang di mana ni, sayang?" Tanya Armand, menatapku sekilas sebelum kembali memandang ke depan.

"Tak tahu!" Kataku ketus, masih marah.

"Laa.. Tak tahu pulak."

Aku membisu.

"Nak beli ke tak nak ni..?"

"Tak tahu!"

"Tadi sayang cakap nak makan, kan.."

"Tadi memang nak.. Sekarang, tak tahu!"

"Dah, tak tahu sudah! Tak payah beli!" Suara Armand yang tadinya tenang mula berubah nada, sedikit marah mendengar jawapanku yang mungkin menyakitkan hatinya.

Aku memuncungkan bibir. Walaupun dalam hatiku begitu menginginkan kedua-dua makanan itu tetapi kerana sakit hati, aku memilih mendiamkan diri.

Kami kembali diam. Bayangan-bayangan buruk tentang kecurangan dan pengkhianatan menari-nari di depan mataku. Tapi saat ini aku malas hendak beradu mulut, apalagi kami sedang berada di jalanraya, malam-malam begini pula.

Pertama, kerana aku tidak mahu ada adegan ala-ala drama Melayu yang biasa terjadi di televisyen dengan dialog seperti 'Turunkan saya di sini!'

Tidak mungkinlah aku akan meminta Armand meninggalkan aku di tepi jalan malam-malam begini, kan? Walaupun aku yakin Armand tidak mungkin akan melakukan itu padaku. Atau, mungkinkah dia akan melakukannya? Minta simpang jauh-jauh!

Kedua, merbahaya untuk keselamatan nyawa kalau aku membiarkan Armand memandu dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Jadi, aku harus tetap menjaga emosi Armand agar kami dapat tiba di rumah dengan selamat.

Dan, Alhamdulillah! Kami akhirnya tiba di rumah dengan selamatnya walaupun dengan raut wajah yang sama-sama kusut!

"Sayang ni dah kenapa..?" Soalnya setelah kami sama-sama masuk ke bilik tidur.

Hah?! Masih nak tanya kenapa? Ya ALLAH! Suamiku ini tidak peka atau pura-pura tidak tahu?!

"Abang masih nak tanya saya, kenapa? Abang masih belum jelaskan siapa Natasha tu!" Aku mencapai tuala lalu kuhulurkan padanya.

"Kan abang dah cakap, abang tak tahu!" Sahutnya sambil menanggalkan pakaiannya lalu mencapai huluran tuala dari tanganku.

Aku duduk di sofa bilik, menanggalkan tudung. "Tak tahu tapi boleh ber-Whatsapp bagai! Kalau abang tak tahu dia siapa, tak kenal dia, macamana dia boleh ada nombor phone abang?"

"Manalah abang tahu dari mana dia dapat?!"

Aku mendengus. Senang saja dia menjawab tidak tahu. Dah tu nak marah-marah pulak. Padahal akulah yang menjadi mangsa di sini dan akulah yang patut berasa marah!

"Sebenarnya Natasha tu siapa? Takkan langsung tak pernah jumpa, tak kenal, terus tiba-tiba boleh mesej-mesej macam tu?"

Armand terdiam sejenak, seperti mengingat-ingat sesuatu. "Entahlah! Mungkin cousin Adam, salah seorang lecturer di universiti. Kami pernah berjumpa sekali last week, itu pun secara tak sengaja Adam yang kenalkan.."

Hah, tu?! Aku mendengus lagi.

"Dia tak tahu ke abang ni dah ada isteri? Masih nak bermesej manja-manja macam tu? Siap ada emoticon kiss-lah, love-lah! Siap nak temankan kalau lonely-lah! Of course-lah saya sentap. Obvious sangat yang dia minat pada abang!"

"Tapi sayang, abang tak berminat pun pada dia! Langsung tak berminat. Abang tak layan, tak reply pun Whatsapp dia!" Armand masih mencuba mengawal suaranya.

"Oh, really? So, kalau abang berminat, abang reply dan layanlah, ya? Macam tu?!"

"Apa yang sayang mengarut ni? Sayang dah tengok chat, kan? Abang tak reply pun mesej dia. So, what's the problem?!"

"That's the problem! Kenapa abang tak reply? At least, bagitahu dia yang abang dah ada saya!"

"Tak penting pun, nak reply buat apa? Kalau dah penat nanti, dia berhentilah!"

"Kalau dia berhenti! Kalau tak berhenti jugak?" Tukasku tidak sabar.

Armand menarik nafas. "Okay, you tell me! What do you want me to do right now?!" Soalnya malas.

"Just tell her the truth! Terus terang yang abang dah ada saya, supaya dia tak terus mengharap pada abang!" Kataku.

"And, kalau lepas abang berterus terang pun tapi dia tetap tak berhenti, macamana?" Sahutnya.

"So, abang nak biarkan aje? Berharap agar dia teruskan?!" Aku menggigit bibir.

"Dan apa jaminannya yang dia akan berhenti lepas tahu hal sebenar? Kalau dia nak buat, dia tetap akan buat juga, kan?!" Armand menatapku tajam. Wajahnya menunjukkan riak marah dan bosan.

Aku membalas tatapannya.

"Ikut suka sayanglah nak fikir apa pun. Yang penting, abang tak buat apa yang sayang fikirkan!" Putus Armand akhirnya.

Dengan wajah masam, dia melangkah ke bilik air. Mandi. Dan setelah itu, dia mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar cotton longgar.

"Abang solat Isyak di masjid.." Katanya malas lalu keluar meninggalkanku.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now