💖Bab 30💖

8.1K 267 23
                                    

*Edited Version*

"Rasa.. Rasa macam basah-basahlah pulak.. Haa.. Jangan-jangan saya period, tak?!"

Yes, that's it! Period! Kenapa aku tak terfikirkan tentang itu dari tadi? Padahal dalam 2, 3 hari ini, aku selalu berdoa agar ALLAH memberiku 'cuti' menjelang hari nikah.

Dan siapa tahu kalau malam ini doaku akan termakbul dan aku period akhirnya. Jadi, selamatlah aku untuk tempoh seminggu mendatang!

"What? Period?!" Armand menggigit bibir seksinya dan menatap tidak percaya padaku.

"Iya, period! Tak tahu eh, period tu apa? Tak apalah kalau tak tahu pun, tak jadi hallah! Tak penting pun! Tapi kalau diikutkan pada tarikhnya, macam dah betul ni!" Kataku yakin.

Armand menatapku, bingung. Dia langsung tidak bersuara apabila aku menjauhinya.

"Saya pergi check dululah, ya?" Aku separuh berlari ke bilik air yang terletak di sudut kiri bilik tidurku.

Di dalam bilik air, aku menatap pantulan wajahku di cermin dengan tatapan hampa. Ya, aku tidak period! Cuma mengalami kebasahan normal yang selalu dialami wanita saat disentuh secara intim oleh lelaki. Pasti kerana ciuman dari Armand tadi! Aduh, malunya aku!

Nanti, kalau Armand tanya, apa aku nak jawab? Nak cakap aku kebasahan sebab terangsang dengan sentuhan magic dan ciuman superhot dia tadi?! Ahh.. Memang taklah!!

Dengan ragu-ragu aku membuka pintu bilik air, menghulurkan kepala menjenguk keluar. Kulihat katil kami sudah kosong. Aiikk.. Ke mana pulak mamat ni pergi? Laa.. Takkan merajuk kot sebab tak dapat..?!

Ahha! Idea! Ini kesempatan baik! Segera aku berjalan berjingkit-jingkit menghampiri almari pakaian. Kuambil dua helai t-shirt lengan panjang dan sehelai seluar trek, menyarung kesemuanya secara berlapis-lapis ke tubuhku yang tadinya dibaluti baju tidur tanpa lengan ala cheongsam berbutang di depan dan seluar pendek paras betis, baju tidur paling seksi yang sempat kubeli.

Fuhh.. Panas gila ni! Tapi demi mempertahankan maruah diri, aku rela. Pintu bilik kemudian terbuka dari luar dan Armand masuk, menatapku dengan tatapan terkejut. Sampai melopong mulut comelnya.

"Sayang, kenapa ni?" Soalnya dengan mata melebar. Pasti dia terkejut melihat isterinya ini berpakaian seperti ingin ber-jogging padahal waktu sudah hampir jam 11.30 malam.

"Sejuk! Tiba-tiba rasa sejuk pula.." Sahutku.

"Sejuk?! Biar betul sayang ni." Dia benar-benar nampak terkejut.

"Iya, sejuk sangat ni! Tak rasa sejuk ke?!" Tanyaku lalu berbaring di atas katil di sebelah kiri.

"Taklah! Abang panas ni, sebab tu keluar minum air tadi. Orang lain semua dah tidur dah.." Katanya sambil menekan remote kipas siling ke tahap paling maksimum.

Sebenarnya aku juga turut merasakan bahang panas melingkari tubuhku. Armand mengusap-usap lehernya lalu kemudian turut berbaring di sebelahku yang sudah pun memejam mata.

"Sure sayang tak apa-apa ni?" Tanya Armand dalam nada khuatir sambil menutup lampu bilik, namun cahaya lampu dari luar yang masuk melalui tingkap kaca yang dilapisi langsir, sedikit menerangi ruangan.

"Betullah, saya okey je. Dahlah, tidurlah. Dah lewat ni. Good night!" Ucapku cepat.

Seminit.. Lima minit.. Sepuluh minit..

Aku tak tahan! Panas! Panas! Panas..!

Aku memusingkan tubuh, dari membelakangi Armand, kini aku sudah pun menghadapnya. Aduh, dia dah tidur ke? Dengan perlahan-lahan, aku membuka mata, mengintai untuk memastikan yang Armand sudah tidur atau belum.

Zupp! Aku kembali menutup mata rapat-rapat kerana dalam samar-samar cahaya, kulihat ternyata Armand masih terjaga, dengan matanya tajam memandangku.

Ayah.. Ibu.. Habislah Ary malam ni kena terkam! Sakit, pedih, senak! Tak boleh berjalan keluar bilik seminggu..! Huwaa..!

"Sayang.." Panggilnya perlahan, seakan berbisik.

Aku tidur..! Aku tidur..! Aku tidur..!

"Sorry, ya, sayang.."

Hah? Dah kenapa dia mintak maaf pulak ni?!

"Sorry about just now! Abang tak berniat nak memaksa. Sayang tak selesa, ya?"

Aku membuka mata, menatapnya takut-takut kerana tadi aku sudah membayangkan dia akan menerkamku dengan ganasnya.

Armand tersenyum setelah mataku terbuka sepenuhnya, memandangnya. "Sayang belum ready, ya? Sorry, abang tak terfikir pulak pasal tu. Padahal kita kan baru kenal, tiba-tiba dah tunang dan nikah. Of course-lah sayang rasa tak selesa, kan?"

Aku menatapnya malu-malu. Serius punya malu, bukan buat-buat malu.

"Kita mulakan slow-slow, ya, sayang? Sorry again, kalau abang agak rushing tadi. Sayang mesti terkejut, kan?" Katanya, membuat aku merasa sedikit bersalah.

"Tak.. Hmm.. Abang tak salah.." Spontan aku turut membahasakan dirinya dengan panggilan 'abang'. Kulihat dia tersenyum lembut. Bangga yang teramatlah tu, aku dah terpanggil dia abang!

"Saya tahu, abang berhak terhadap diri saya sekarang. Cumanya saya.." Aku menggigit bibir. "Saya.. Hmm.. Tak berniat nak menolak kehendak abang, cuma saya.." Aku tidak tahu harus bagaimana mengatakannya.

"It's okay, sayang. I understand." Ibu jarinya mengusap pipiku. "Abang akan cuba menunggu sampai sayang ready sepenuhnya. But please, jangan lama-lama sangat, ya? Takut nanti abang tak boleh tahan.." Armand mengenyitkan matanya.

Dan aku mengulum senyum. Malu namun terasa bahagia dan dihargai.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now