💖Bab 45💖

7.6K 239 11
                                    

*Edited Version*

Kekecohan ini bermula pada awal pagi Isnin. Aku mendapat shif pagi dan Armand pula harus ke kelas awal. Mulai dari kekecohan kemeja Armand yang tersalah aku iron, beras di rice cooker yang masih berupa beras kembang kerana terlupa di on-kan, dan kami akhirnya bersarapan super cepat dengan oat, roti dan susu. Belum lagi dikira dengan kesesakan lalu lintas di pagi Isnin yang sangat menyesakkan.

Hari ini aku tidak berskuter sendiri ke hospital kerana aku dan Armand sudah sepakat, tamat saja shifku petang nanti, aku akan pulang bersama Sofi untuk ke rumah ibu kerana ingin menjenguk jiran kami, makcik Munah yang mendapat cucu baru.

Menantunya, kak Fatin selamat melahirkan sepasang bayi kembar. Jadi, aku sudah berjanji dengan ibu ingin berziarah bersamanya.

Dan Armand akan menjemputku di rumah ibu setelah segala urusan dan tugasnya selesai. Setelah menghantarku ke hospital, Armand langsung bergegas ke universiti.

Petang itu, Armand tiba di rumah ibu tepat sebelum azan Maghrib berkumandang. Disambut dengan bebelan ibu yang sebenarnya ditujukan pada Aqasha yang sudah pun berangkat ke Gunung Tahan untuk aktiviti mendakinya.

Armand yang mendengar cuma tersenyun tipis, menghirup kopi pekat kegemarannya dengan raut wajah penat. Aku memandang ibu yang masih membebelkan Aqasha sedangkan manusia yang dibebelkannya itu tiada di depannya. Tidak semena-mena, sudahnya suamiku pula yang menjadi sasarannya.

"Ibu, dahlah tu! Qash tu kan dah besar. Tahulah dia jaga diri. Bukan dia tak biasa mendaki. Lagipun, ini saja cara dia nak rilekskan otak. Ibu kan tahu, nak jadi doktor ni bukan senang!" Kataku, cuba menghentikan bebelan ibu.

"Iya, itu ibu tahu! Tapi Gunung Tahan tu dah berapa kali didakinya. Nak daki buat apa lagi?!"

"Aduh, ibu! Kan Qash dah cakap, dia nak release and rilex. Nak jadi doktor ni tak boleh stress, ibu!"

"Iyalah tu, Ary..!"

"Lagi satu, yang ibu berbunyi depan abang Armand ni kenapa?"

"Laa.. Ibu nak mengadu nasib ibu dengan menantu ibu pun tak boleh ke? Kedekut betul suami dia!" Ibu menatap Armand kemudian kepadaku lalu bangun menuju ke dapur sambil tersengih-sengih.

Ibu.. Ibu.. Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil melirik Armand yang tersenyum kelat. Wajahnya nampak sangat keletihan. Dia meneguk kopinya kemudian mengeluarkan handphone dari beg kerjanya.

Haa.. Aku baru teringat, seharian ini dia langsung tidak menghubungiku. Whatsapp dariku tidak dibaca, apalagi dibalas. Dan panggilanku pula tidak dijawab.

Aduh.. Tiba-tiba aku merasa sedikit sakit hati. Kebiasaannya, walau sesibuk mana pun, dia pasti akan membalas pesananku atau menelefon kembali.

"Busy sangat ke abang hari ni? Whatsapp tak reply, call pun tak jawab!" Ujarku ketus.

Tiga bulan menjadi isterinya membuat aku mula memahami, kalau hendak marah atau ada rasa tidak puas hati, lebih baik berterus terang saja!

Tidak perlu hendak merajuk-rajuk atau berdiam diri seribu bahasa kerana itu hanya akan menambah geram dan sakit hati sendiri sahaja.

"Oh, ya ke, sayang? Sorry, abang lupa nak tukar mode phone. Pagi tadi ada urgent meeting sampai ke lunch hour. So, abang mute-kan. Petang pulak kelas penuh jadi abang tak sempat nak belek phone. Lepas solat Asar, abang terus menghadap laptop untuk final check assignment student.."

Aku melepaskan nafas berat. Aduh, sedap saja dia menjawab terlupa! Kita di rumah ini sampai tidak senang duduk memikirkan dia dan menunggu khabar darinya. Hendak dileter begitu, terasa kasihan pula!

Tapi, takkan tiada masa langsung walau seminit?! Mahu saja aku menyoal begitu tapi kutahankan. Nanti entah apa pula jawapannya, aku juga yang makan hati.

Dan yang paling menyebalkan dan bakal membuatku semakin makan hati kalau dia sekadar menatapku sambil tersenyum saja. Arrgh..!

Kemudian, azan Maghrib berkumandang, menghentikan perbualan kami.

"Solat dulu, ya, sayang? Lepas solat kita terus balik, abang nak mandi di rumah." Ujar Armand lalu terus masuk ke bilik.

Aku mengikut langkahnya. "Nanti kita beli makanan sekali, ya, abang? Saya rasa nak makan sate arnab dan mi udanglah.." Kataku.

Armand angguk. Kami solat Maghrib berjemaah. Selesai solat dan berdoa ringkas, Armand bergerak ke pintu bilik, hendak keluar.

"Oh ya, sayang.. Tadi mama ada Whatsapp abang, tapi abang tak sempat baca dan reply. Sayang tolong call mama, ya? Phone abang ada atas meja tu.." Pesannya sebelum keluar.

Tengoklah tu, nampaknya bukan aku saja yang diabaikannya seharian ini, rupanya mamanya juga menerima nasib yang sama! Hmm.. Bertuah sungguh!

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now