💖Bab 4💖

9.7K 345 23
                                    

*Edited Version*

"Kamu ni dah kenapa, Ary? Berkeras sangat tak nak dijodohkan dengan Armand tu?" Soal ibu, tiba-tiba sudah duduk di sampingku, yang kini sedang menonton televisyen di ruang rehat rumah kami.

"Ibu.. Please..! Takkan ibu sanggup nak jodohkan Ary dengan budak kecik tu? Tak sesuailah!" Kataku.

"Budak kecik, kamu kata?! Maksud kamu, Armand tu budak kecik yang dah boleh diajak buat budak kecik yang lain, macam tu? Banyaklah kamu punya budak kecik, Ary! Armand tu dah dewasa, dah 24 tahun. Dah boleh jadi bapak budak kecik dah!" Ujar ibu ketus.

"Alaa.. Ibu ni. Qash tu pun umur dah 24 tahun. Ibu tengok sendirilah manja dia macamana, kan? Cukuplah ada adik yang seorang tu. Takkan nak tambah 'adik' seorang lagi?!" Kataku sebal.

"Hish.. Kamu jangan nak bandingkan adik kamu dengan Armand tu! Aqasha tu baru habis belajar. Armand tu pulak dah bekerja, dah tahu bertanggungjawab. Dia sekarang dah jadi pensyarah universiti, lulusan dari Amerika lagi. Dan yang paling-paling penting, dia tu berasal dari keluarga baik-baik dan yang boleh dipercayai. Comel pulak lagi!"

Aku mengerut kening. "Eh, ibu ni! Iya.. Betul dulu dia memang comel. Chubby dan comel. Tapi dengan umurnya sekarang, kalau dia masih gemuk gedempol macam dulu, masih comel lagi ke..?!" Aku bergidik ngeri.

"Tak mungkinlah! Armand tu dulu comel sangat. Mesti sekarang dia dah bertambah handsome!"

"Tahu-tahu ajelah ibu ni. Macamlah ibu pernah jumpa dia.."

"Tentulah pernah!"

"Bila?!" Soalku bersungguh.

"Dulu. Masa dia bersunat tu!"

Eeii.. Ibu ni, main-main betullah! Orang tengah serius ni, boleh dia melawak pulak! Kalau waktu itu, aku pun jumpa! Aku mendengus kesal. Ish.. Susahlah bercakap dengan ibu ni!

"Tak naklah, ibu. Takkan Ary nak nikah dengan budak muda belia tu. Nanti, apa kata orang? Macam makcik-makcik yang gersang, yang haus kasih sayang pucuk muda!" Aku mempamerkan riak wajah ngeri.

Geli geleman pun ada! Dan lagi, tidak dapat aku bayangkan aku bersanding dengannya di pelamin. Aku berbadan kecil, sedangkan dia?! Gemuk gedempol! Erkk..!

"Haa.. Mengaku pun kamu tu dah masuk fasa makcik-makcik. Dah tu, kenapa liat sangat nak kahwin?!"

"Nikah, ibu! Nikah! Bukan kahwin!"

"Alah.. Sama ajelah tu. Lepas dah sah nikah, bolehlah kahwin!" Tukas ibu, sama naik tidak mahu kalah denganku. Betullah cakap ayah, aku dan ibu memang 'like mother, like daughter'!  Copy paste sungguh. Hahaha!!

"Ibu ni kan, pelik betullah! Dulu, masa Ary beria-ia nak nikah ibu tak kasi, tak izinkan. Sekarang, Ary tak rasa nak nikah, ibu paksa-paksa pulak!" Kataku, sengaja mahu memancing reaksinya.

Ibu sedikit mengeluh. "Macamana ibu nak izinkan kalau pilihan kamu tu mat rempit. Lagipun, masa tu result SPM pun tak keluar lagi. Memang taklah ibu dan ayah nak izinkan!"

Aku hanya tersenyum mengingat kenangan zaman remajaku. Aku pernah menyatakan hasrat ingin menikah dengan Aizad, pakwe zaman sekolah menengahku.

Aizad memang termasuk dalam kategori pelajar lelaki kacak dan ramai peminat. Malah dia merupakan kapten pasukan bolasepak sekolah ketika itu.

Tapi setelah result SPM keluar, kami putus hubungan kerana ayah dan ibu memintaku menyambung pelajaran. Aizad ke mana pun aku tidak tahu.

Aku pula mengambil keputusan untuk mengikuti kursus jururawat, kerjaya yang sangat kuminati walaupun aku mabuk dengan darah dan meskipun keputusan SPM-ku layak untuk memohon ke universiti.

"Kamu ni susah sungguhlah. Diberi yang tua, tak nak. Diberi yang muda pun tak nak jugak. Kamu nak yang macamana sebenarnya ni?!" Ibu mulai bosan. "Atau.. Jangan-jangan kamu masih mengharap pada Hafizul? Masih nak menunggu dia?!"

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hafizul adalah anak jiran selang satu blok dari kami, merupakan ex-pakweku. Sebenarnya kami sudah saling meminati sejak aku tamat tingkatan 5 lagi tapi itulah. Bla bla bla.. Akhirnya kami baru merasmikan cinta ketika aku di tahun akhir kursus jururawat.

Hafizul merupakan seorang guru yang kini bertugas di Perak. Berusia 5 tahun di atasku. Matang dan rupa parasnya boleh tahan. Berbanding dengan Aizad yang badboy, Hafizul pula dari versi good boy. Pendek kata, memang suami-able-lah! Tetapi masuk bulan ke 6 bercinta, kami putus kerana terhalang restu orang tua.

Tidak pasti kenapa, tetapi ibu sangat tidak suka pada emak Hafizul. Memang kulihat emaknya agak kepoh dan busy body, ala-ala ahli majlis mesyuarat tingkap! Dan dia juga terang-terangan tidak mahu menerimaku sebagai pendamping anak lelaki tunggalnya itu.

Ya, cinta memang cinta, tapi jika menyangkut soal restu ayah dan ibu, aku tidak berani engkar. Apalagi aku juga sebenarnya tidak mahu mendapat emak mertua seperti emak Hafizul itu! Simpang malaikat 44. Ngeri!!

Akhirnya, kami rasmi berpisah dan 2 bulan kemudian, Hafizul menikahi gadis pilihan emaknya yang merupakan saudara jauh mereka. Aku menghadiri majlis menyambut menantu isterinya kerana bagiku kami tetap berkawan.

Rasanya memang sayang sangat pada hubungan cinta kami yang manis dan indah itu tapi.. Ya, sudahlah! Tidak perlu diingat-ingat lagilah. Dan setelah itu, aku tidak lagi terlibat dalam kisah cinta dengan mana-mana lelaki. Malas.. Atau sudah penat, mungkin!

"Apa ibu ni, cakap Ary macam tu?! Ary dengan Zul dah tak ada apa-apalah. Kan dia dah beristeri. Mungkin sekarang dah ada anak agaknya. Lagipun, dulu siapa yang menjadi punca kami putus?" Aku melirik ibu. Bukan bermaksud ingin menyalahkannya, cuma sekadar mahu mengusiknya saja.

Dan benar telahanku, raut wajah ibu serta merta berubah kelat.

"Ibu tak suka emaknya. Dan ibu tahu, emaknya juga tak sukakan anak ibu! Ibu tak nak anak ibu didera emak mertua!" Kata ibu perlahan.

Aku merasa ingin ketawa melihat riak sedih di wajah ibu.

"Iyalah, ibu. Ary tak pernah salahkan ibu pun. Dah tak ada jodoh, kan?! Sebenarnya, kan, ibu.. Ary pun tak naklah jadi anak dara tahap kronik abadi macam yang ibu cakap tu..!"

"Jadi, kamu nak dengan siapa? Johan? Atau Armand?!" Laju saja ibu menyoal, memotong bicaraku.

Aku menjelingnya sekilas. "FAHRIN AHMAD!" Jawabku spontan.

"Eh.. Kan dia dah nikah? Dah ada anak dah pun. Comel aje anaknya, putih macam bini dia. Lagipun, kalau dia bujang pun, bukannya dia nakkan kamu!" Cebik ibu.

"Ibu.. Dahlah, ya? Kenapa ibu nak sangat Ary nikah cepat-cepat? Ary tak puas lagi bermanja dengan ibu dan ayah. Ary belum teringin lagi nak bermanja dengan suami." Kataku, memeluk lengan ibu sambil meletak kepala di bahunya.

"Iya. Ibu tahu. Ibu dan ayah pun tak nak kamu ke mana-mana. Tapi kamu kena ingat jugak umur tu. Takkan selamanya nak berkepit dengan ayah dan ibu. Kami pun teringin nak timang cucu. Lagipun, ibu sedih bila dengar emak Hafizul tu bercerita dan berbangga-bangga dengan anak menantunya. Sedangkan kamu masih sendiri." Suara ibu terdengar sayu, membuat aku terharu.

"Ibu janganlah sedih macam ni, Ary bukan sendirilah. Ary kan ada ibu dan ayah yang sangat-sangat penyayang dan begitu memahami. Dan Aqasha, adik yang.. Hmm.. Menyebalkan?!" Kataku sambil tersenyum meleret.

Ibu ketawa sambil menarik hidungku. Aku tersenyum kecil. Senang hatiku melihat ibu kembali ketawa.

"Tadi aunty Sarah kamu telefon ibu. Katanya, esok anaknya nak berjumpa kamu.." Ibu kembali serius.

Seriuslah?! Aku ternganga.

"Aunty Sarah dan uncle Hamid kamu tak dapat ikut sekali sebab pagi-pagi esok dah nak balik Terengganu. Ibu dah bagitahu yang kamu habis shif esok pukul 2.30 petang, jadi dalam pukul 3.30 bolehlah kamu berdua berjumpa.."

Aku menatap ibu yang merenungku penuh harapan. Dan aku mengangguk perlahan. Apa salahnya jika aku menuruti kemahuannya kali ini, meskipun calon-calon pilihan ibu sebelum ini yang hado-hado belaka!

Lagipun, calonnya kali ini adalah Armand, anak aunty Sarah, sahabat lama ibu. Kalau pun kami gagal menjadi pasangan seperti yang mereka harapkan, sekurang-kurangnya kami mungkin boleh bersahabat seperti emak-emak kami.

Dan kulihat ibu tersenyum bahagia melihat anggukanku.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now