💖Bab 29💖

7.5K 260 18
                                    

*Edited Version*

"Aii, kau masih nak tanya kenapa, Ary? Okay, fine! Nak aku explain the details one by one macamana proses terjadinya aktiviti yang membuat couples, especially pengantin baru macam kita ni wajib mandi walaupun di tengah-tengah malam?!"

Mulutku ternganga setelah otakku berjaya mencerna maksud kata-kata Sofi tadi.

"Tak.. Tak payah!" Sahutku sedikit kuat.

"Very good! Okay now, just get ready! Korang berdua tentu dah selesai solat Isyak, kan? So, sekarang dah malam, better kau off-kan phone kau ni, sekarang jugak! This is the time to work! Be.ker.ja!" Kata Sofi serius.

"Kerja?!" Aku kebingungan. Aku tengah bercuti kahwin kot sekarang. Nak kerja apanya?!

"Yes, kerja! Kerja.keras! Bekerja untuk menghasilkan yang keras dan yang keras itu akan memulakan kerjanya!"

Kerja? Keras? Apa yang kau mengarut malam-malam ni, minah Sofi oii..?! Aku garu kepala.

"Oh ya, Ary! Ingat, kau kena tahan sakit tu! Kalau tak tahan sangat, kau cakar-cakar aje badan Armand tu! Jangan menjerit atau menangis pulak. Nampak pada fizikal Armand tu, hmm.. Boleh tahan ganas jugak.

"Kalau Farhan ni pun aku dah seharian tak boleh jalan, kalau Armand tu, kau tahu-tahu sendirilah nanti! Pasrah dan menyerah ajelah, ya!" Sofi ketawa kuat. Bahagia sangat agaknya dia kerana dapat mengenakanku.

Dan tanpa menunggu jawapanku, Sofi segera mematikan panggilan. Kurang asam betullah minah seorang ni! Bulu romaku kembali meremang.

"Dah habis berbual dah?" Soal Armand, membuatku terlonjak kaget.

Laa.. Tak tidur lagi ke mamat ni? Aduhhh.. Nak kena tunggu aku jugak ke? Tak reti penat dan mengantuk ke apa dia ni?!

"Eh.. Iya.. Iya.. Sudah..!" Dengan gugup, kuletakkan telefon ke atas meja sisi katil setelah disetkan ke mode 'Don't Disturb'.

Aduh, macamana ni?! Gelagat dan tatapan mata Armand sekarang membuatku merasa kekok. Tentu saja, sebagai lelaki normal, aku faham yang Armand pasti ingin mengambil haknya di malam pertama pernikahan kami, kan?

Tapi, masalahnya aku yang tidak normal! Eh, maksudku, tentu saja aku juga wanita normal dan inginkan hakku sebagai isteri. Cuma saja sekarang ini, aku belum bersedia!

Dan aku malu untuk mengatakan pada Armand bahawa aku takut dan belum bersedia untuk memenuhi keinginan lelakinya yang satu itu.

Ya ALLAH! Astaghfirullahal 'azimm.. Aku beristighfar di dalam hati. Aku sudah pun berusia 27 tahun, sudah pun sah bergelar isteri orang tapi takut untuk ber'nananina' dengan suami sendiri?! Aduh, malunya! Mahu letak di mana wajahku yang ayu menawan ini?!

"Ada apa-apa lagi ke?" Armand masih menatapku tajam.

Ada! Nak lari tidur dalam bilik lain, boleh?!

Armand beringsut dari hujung katil sebelah kanan tempat dia berbaring tadi lalu menghampiriku yang duduk di hujung katil sebelah kiri.

"Eh.. Eh.. Kenapa ni?!" Tanyaku, mulai panik. Sumpah, saat ini aku langsung tak berani meliriknya, apalagi untuk menoleh ke belakang dan menghadap wajahnya.

"Abang tengok sayang masih duduk-duduk. Mana tahu kalau-kalau sayang ada nak buat apa-apa lagi.." Dia meramas-ramas lembut jemariku yang berhias inai. Tubuhnya semakin dirapatkan ke sisi tubuhku.

Aku pula sekadar menggeleng perlahan. Kaku dengan sentuhannya.

"Okey, kalau tak ada apa-apa lagi yang sayang nak buat, kenapa sayang tak tutup lampu lagi dan tidur?"

Tubuhku mengeras. Hembusan nafas hangatnya panas menyentuh leher dan telingaku.

"Atau.. Sayang rasa tak selesa sebab abang ada sebilik dengan sayang?" Dia tiba-tiba melepaskan tanganku dan bergerak sedikit menjauhi.

Aku pantas membalikkan tubuh, menatap wajahnya sambil menggelengkan kepala. "Eh.. Tak adalah..!"

Aku tidak tahu kenapa mulutku spontan menjawab begitu. Entahlah, aku cuma tidak ingin dia tersinggung. Dan pasti satu rumah akan kecoh dan haru biru jadinya kalau dia sampai memilih tidur di luar, di malam pertama pernikahan kami!

Armand kembali membelai rambutku dan menciumnya. "Sayang.. Nervous, ya?"

"Taklah!" Sahut mulutku. Ya, jawab hatiku.

Armand tersenyum lembut. Matanya yang tidak dilapisi cermin mata seperti biasanya kelihatan bercahaya, menatapku penuh makna. Membuatku lebih memilih untuk menunduk dari membalas tatapannya.

Tangannya naik dan menyentuh daguku, mengangkatnya agar mata kami saling bertatapan.

"If that so, can we proceed this in the right way?"

Proceed in the right way?! Aku meneguk liur.

Wajah Armand mula mendekat, membuat jantungku kembali berdegup dalam irama tidak menentu. Dia kemudian membacakan sepotong doa sebelum mencium kedua-dua keningku.

Ada rasa terharu yang menyemarak di dasar hatiku sebelum akhirnya aku kembali tersedar dalam kebingungan disertai debaran kencang ketika Armand perlahan-lahan mengucup dan mengulum bibirku.

Alarm di otakku serta merta berdering nyaring, membuatku langsung berdiri, melepaskan tautan bibir kami.

"Ehhem..!" Aku berdehem sambil mengulum bibirku sendiri. "Sekejap, ya! Saya rasa.. Macam lain macamlah!" Ujarku, gugup. Sumpah, dalam keadaan kalut begini, tempo ucapanku benar-benar kacau bilau.

"Rasa lain macam, macamana tu?" Armand menyoal hairan. Keningnya bertaut.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now