▼ 2 ; Combat School

1.7K 211 21
                                    

"Jungkook? "

Aku terbangun selepas seseorang memanggil nama aku. Mata aku terbuka luas. Aku sedang memandang siling putih, dan cahaya yang banyak menyilaukan mata aku.

"Baguslah dia dah sedar. Saya ingatkan proses tadi tak lancar. " kata seseorang. Mata aku melirik ke arah orang yang berkata tadi.

Aku meluruskan badan aku. Leher aku rasa sedikit sakit. Tapi paling sakit di bahagian bahu. Apa dah jadi dengan aku? Bahu aku rasa pedih seperti diseret kasar.

Aku memandang seorang wanita di sisi aku dan seorang lelaki berdiri tegak di belakangnya. Mataku melirik ke arah kot makmal yang dipakai wanita itu. Erry namanya.

Aku pula berada di atas katil. Kaki aku diselimuti. Pakaian yang aku pakai serba putih dari atas hingga ke bawah.

"Bagitahu apa yang kau ingat. Apa-apa saja. " kata wanita tersebut. Aku cuba mengingati apa-apa.

"Nama aku Jungkook. " kataku dengan yakin. Wanita itu senyum lalu mengangguk.

"Lagi? " wanita itu nampak seperti ingin tahu sangat. Aku menggigit bibir bawah.

"Itu je yang aku ingat. " jawab aku. Kepala aku berasa kosong. Tiada apa-apa yang aku ingat selain dari nama aku.

"Saya akan ambil alih dari sini, puan. " ujar lelaki di belakang wanita itu. Wanita itu memandang aku semacam. Pandangannya pelik. Aku mengerutkan dahiku.

"Baiklah. Jaga dia elok-elok. Dia pilihan ketua. " pesan wanita itu. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari bilik ini.

Aku melihat keadaan bilik tersebut. Ia nampak macam sebuah makmal berbanding sebuah bilik biasa. Meja makmal, tabung uji, mesin-mesin, wayar-wayar yang bersambung padanya. Papan putih, fail, komputer.

"Jungkook, " dia memanggil aku. Fokus aku hilang. Aku terus menoleh serta merta.

"Aku Tyler, bionic Wanton dan trainer kau mulai sekarang. " ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri memandangkan aku tak tahu apa-apa.

"Trainer? " aku menyoal. Agak keliru sebenarnya. Apa yang aku perlu buat kat sini?

"Aku akan terangkan dulu. Mesti kau confuse dengan keadaan sekarang ni. " kata Tyler. Dia duduk di tempat wanita tadi duduk.

"Kau sekarang berada di Wanton.Organisasi yang sedang berupaya untuk menjadi kuasa terbesar dunia. Tujuan asal wanton ditubuhkan adalah untuk memanipulasikan DNA manusia kepada mutant. Mutant tersebut akan dikaji dan akan dibandingkan dengan manusia biasa dari pelbagai segi. Dan kini, Wanton melangkah bertapak jauhnya dari ekonomi sekarang. Wanton kini mencipta teknologi yang canggih dan berkuasa tinggi. Perkara yang masih ekonomi sekarang belum terokai. Jadi, jangan terkejut kalau kau jumpa benda pelik. " panjang lebar Tyler mengomel. Aku hanya dengar separuh penerangan pertama sahaja. Tyler bercakap begitu lancar sehinggakan aku tak dapat menangkap apa yang dikatanya.

"Tapi, jangan risau. Kau bukan akan dimanipulasi. " Tyler menepuk bahu aku. Tangannya begitu sejuk. Bahu aku terhinjut sedikit.

"Kau akan dihantar ke Wanton Combat School. "

Aku tak tahu kena buat reaksi apa sebab aku pun sebenarnya tak tahu ape tu Combat School.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now