▼ 55 ; Red District

978 104 51
                                    

5 days before The Battle

Hyuk menyelinap ke dalam sebuah bilik. Lampu ditekan dan terus menyala terang. Sepasang anak mata fokus pada meja dan ada di sisi kanan dinding. Dia melihat Aries sedang merehatkan kepala di atas meja.

"Kau buat apa sorang-sorang dalam gelap? " Hyuk melepaskan tangan dari suis lalu berjalan menghampiri. Aries mengangkat kepala, malas-malas.

"Tidur. "

Sepanjang beberapa malam, mereka akan berjumpa di dalam bilik tersebut. Memikirkan rancangan yang paling mantap untuk lolos dari Omnus. Aries akan merangka pergerakan mereka, manakala Hyuk pula menjejak kumpulan-kumpulan mutant yang berpotensi untuk di'manusia'kan semula.

Dan dalam tempoh itu, mereka sering bersengkang mata. Aries menggosok kelopak mata yang berat lalu mencapai beberapa helai kertas yang berselerak serata di atas meja.

"Kita nak bawa balik CLYD, tapi aku syak ada beberapa masalah. " kata Aries, melawan kantuk yang membuai.

Hyuk diam sahaja, memberi dia ruang untuk terus berbicara. Manakala, Aries membuka sebuah gulungan kertas. Sebuah peta lama kepunyaan Profesor Kwon.

"Jarak dari Red District ke Portal makan masa lebih kurang separuh hari. Mungkin lebih daripada itu. Jadi, untuk bawa CLYD dalam tempoh itu agak mustahil. " mata bebola pen menunjukkan betapa jauhnya perjalanan yang bakal mereka hadapi.

"Remember. CLYD is 100% mutant and has a very powerful healing process. Sekejap sahaja dia boleh kuat dan lawan semula bila kita dah dapat dia. Dan kita tak boleh harapkan Jungkook sepanjang masa. " Aries memandang ke atas, ke arah Hyuk. Suara Aries kedengaran letih, tetapi tetap mahu bergagah kuat.

"Jadi kita perlu sekat proses itu daripada berlaku untuk... 12 jam?" Hyuk mendapat sebuah idea. Dia yang sedari tadi berdiri akhirnya mengambil tempat duduk di hadapan Aries.

"Ya, tapi itu pun agak mustahil. " Aries menongkat kepalanya. Hyuk meneliti wajah Aries, melihat perubahan kecil yang terjadi padanya. Lingkaran hitam yang masih pudar mendiami bawah matanya. Wajahnya nampak lebih pucat dari sebelum ini.

"Aku tanya Profesor Kwon, kalau kita boleh hentikan healing process. Dia jawab tidak. Healing process CLYD adalah ibarat luka yang semakin menyembuh, cuma dengan sangat pantas. Selagi dia ada tenaga dari gas yang dia serap, selagi itu dia akan memulihkan diri dia." Aries mengambil sebuah fail yang nampak lusuh. Tebal dengan kertas-kertas yang tidak tersusun saiznya. Tangan Aries menyelak helaian dengan pantas sambil menerangkan kepada Hyuk.

Aries berhenti di sebuah muka surat yang memaparkan sebuah carta. Record of CLYD's Healing Rate dicetak dengan dakwat merah. Rekod Kadar penyembuhan CLYD.

Meneliti carta itu, setiap kali dikenakan kerosakan pada tubuh CLYD, walaupun hanya hentakan kecil, tubuhnya akan terus kembali normal. Proses itu bertindak sebelum mata sempat berkelip. Semakin besar kerosakan, masa yang diperlukan juga lebih lama untuk sembuh. Cuma beza beberapa saat.

"Satu-satunya cara untuk hentikan CLYD, hanyalah musnahkan badan dia. " Aries mengeluh dan pandangannya dilempar ke atas lantai.

"Tak... Tak boleh. Kita kena bawa CLYD ke Wanton dalam keadaan dia hidup! Atau sekurang-kurangnya, lengkap anggota badannya. " Hyuk membantah lembut. Aries mengangguk, juga setuju.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now