▼ 52 ; Hybrid

813 110 34
                                    

"Aku, kan? Formula itu adalah aku. " Jungkook menyuarakan kata hati tadi. Semakin lama lelaki tua itu bercerita, semakin dia tahu tentang dirinya.

Dan semakin dia tidak percaya dirinya sendiri.

"Bukan. Kau ialah hasil formula itu. "

"The most greatest mutant - human hybrid. Yang boleh hidup di dunia manusia dan mutant dengan normal. Itulah kau, Jungkook. "

"That's why Wanton wujudkan tempat kau orang belajar dan beri biasiswa percuma kepada anak-anak muda. Jalankan eksperimen entah apa-apa. Dan hakikatnya mereka cuma nak cari kewujudan kau. "

Setiap daripada mereka tercengang habis. Termasuk yang asyik tersenyum-senyum tadi.

"Prof tak cerita tentang ni tadi? " Taehyung mengangkat tangan. Aduh, ingat ada dalam sekolah ke? Seokjij perlahan-lahan menarik tangannya jatuh semula.

"Ohh... Ye ke? Biasalah orang tua nyanyuk sikit. " Professor Kwon mengusap belakang tengkuk dengan rasa bersalah.

Wanton sebenarnya cari aku.

"Formula yang CLYD tinggalkan ialah perubahan genetik sebanyak tiga atau empat kali dalam badan manusia. Maksudnya, setiap keturunan CLYD akan ada genetik mutant tersebut, dan untuk genetik itu seimbang dengan badan manusia, perlu empat kali perubahan. "

"Maksudnya empat kali keturunan? " Jungkook menebak selamba. Dia sudah malas mendengar. Lagi-lagi dalam keadaan dia digari seperti pemangsa di dalam sel besi.

"Ya, kau boleh simpulkan yang CLYD ialah moyang kau. Dan fizikal dia sama dengan kau. "

Anak mata Jungkook akhirnya jatuh ke bawah. Lantai sejuk itu dipandang sepi. Bukan sebab dia tak mampu menerima hakikat. Tetapi,

"Jadi semua Daredevils yang mati sebelum ni... semata-mata cari hasil mutant yang bodoh. " sengih kelat timbul di bibir Jungkook.

Segenap mereka terdiam. Keadaan hening membina kaca kesunyian. Wajah Jungkook yang pucat tadi kembali normal, malah bertambah berkerut. Matanya terpejam lemah.

"Kook. Jangan fikir macam tu. " satu suara sayu masuk ke dalam telinga. Dia tidak tahu dari siapa.

"Boleh tak... aku nak masa sendirian? " mata lelaki itu terbuka tiada maya. Kepala direhatkan di atas bahu. Masing-masing tidak memberi respon terus. Kemudian, mereka beransur-ansur beredar dari situ.

Sendirian. Jungkook memandang sepasang tangannya yang bergari. Melihat balutan yang membelit lukanya sudah bertukar baru. Hidung menghirup lebih banyak udara. Terasa lebih bersih berbanding di luar sana. Lebih lama dia kekal pegun, tubuhnya menggali lebih banyak kudrat untuk bergerak.

Jungkook mengeraskan lengannya. Timbul urat-urat lengan yang selama ini bersembunyi. Tiba-tiba, terdapat satu kejutan dalam anggota itu. Sekilas sahaja, kristal tadi muncul. Kemudian pecah serta merta.

Sia sia. Tenaga yang digali sebelum itu kering terus. Dada Jungkook kembali berombak. Bibirnya mengerang perit.

Tok tok! Tulang belulang tangan mengetuk besi pintuJungkook melihat ke arahnya. Sepasang mata melihat dia dari situ.

"Hyung. " Jungkook tersenyum kecil. Seokjin membawa sebiji bantal dan selimut dengan wajah yang tenang.  Dia berjalan lalu duduk di hadapan sel besi lelaki itu.

"Feeling better? " Seokjin memulakan bicara. Jungkook sekadar mengangkat bahu.

"Aku dah tak ingat macam mana rasanya jadi normal." balasnya malas. Jungkook membetulkan duduknya. Kakinya dilipat ke dalam menjadi sebuah sila.

"Dengar, Jungkook. Apa yang aku nak cakap ni mungkin akan sakitkan perasaan kau. Tapi kita perlu tamatkan semua benda ni. " Seokjin kelihatan serius. Turut mendebarkan Jungkook. Lelaki itu merenung ke dalam wajah Seokjin.

Berita buruk.

"Kami berbincang dengan Professor Kwon tadi. "

Kata Seokjin terhenti seketika.

"Dia kata CLYD hanya lebih kurang macam kau. " Seokjin memandang Jungkook dengan wajah yang berharap.

Jungkook yang bingung mula membuat kesimpulan sendiri. "Jadi kau orang nak serahkan aku pada Wanton? Instead of cari CLYD iti sendiri? "

"Bukan macam tu! Aku tak habis cakap lagi. "

Lantas, Jungkook memberi ruang untuk dia menerang lebih lanjut.

"Dari segi kebolehan, rupa fizikal dan mental, hampir boleh dikatakan dia sebiji macam kau. "

Atau aku yang sebiji macam dia.

"Jadi, kami rancang tadi. Kau perlu... bertarung dengan CLYD. Dia kalah, kita serahkan dia kepada Wanton. Dan kita takkan beritahu siapa kau sebenarnya. "

" Bukan Hyuk dah jadi Ketua baru? Kita balik sajalah. Bukannya bapak dia kisah. " Jungkook merengus tidak setuju.

"Ketua Son masih ada kuasa mutlak di Wanton. Selagi dia belum mati, dia yang berkuasa. Walaupun pangkat Ketua sudah diberi kepada Hyuk. "

"Itu sahaja yang kita perlu buat. Kemudian, Ketua akan hentikan semua benda mengarut ni. Daredevils akan dimansuhkan buat selama-lamanya. " Seokjin menoktahkan katanya di situ. Wajahnya menyinarkan harapan, respon yang positif daripada Jungkook.

Namun, apa yang dia buat hanyalah merenung kosong.

"Jadi, mutant yang ada di sini? Mereka pun dulunya manusia kan? Takkan kita nak biarkan sahaja mereka." Jungkook mengorek persoalan lain. Seokjin bisu seribu bahasa.

"Itu aku yang akan uruskan bila kita balik nanti. " Hyuk melangkah masuk ke dalam bilik tanpa sebarang amaran atau tanda. Dia yakin sekali katakan sedemikian.

"Dah tak ada alasan untuk kau berdalih lagi. " Hyuk duduk bercangkung di sisi Seokjin seperti orang kanannya. Dua dua sedang tekad menarik Jungkook untuk bangkit semula.

"Semua benda sudah dirancang. Hanya tunggu kau sahaja. Profesor Kwon setuju untuk latih kau gunakan kebolehan yang kau ada untuk lawan CLYD."

"Jadi rancangannya, kita tewaskan CLYD dan pulang ke Wanton? " Jungkook mengangkat wajah kembali.

"Kau tewaskan CLYD dan kita semua pulang ke Wanton. " Hyuk menghulur tangannya ke dalam sel. Jungkook pandang dengan sengihan.

"Kau tahu kan tangan aku masih bergari? "

"Ya tak ya juga. " Hyuk bangun lalu membuka sel yang mengurung sahabatnya. Gari yang memegun sepasang tangan Jungkook dibuka. Lantas, Jungkook memeriksa keadaan tangan miliknya.

"Kook. Aku tahu kau masih boleh lawan. " Hyuk menepuk lembut bahu Jungkook. Lelaki itu tersentak laju.

"Kita dah sampai di sini. Hanya satu langkah untuk pulang. " kata-kata Hyuk menyuntik sesuatu ke dalam Jungkook. Sesuatu yang dia rasakan sebelum kematian Shen lagi.

Semangat.

Satu langkah lagi sebelum pulang.

Semua ini akan berakhir,

CLYD.

HELLO SEMUAA!!  RINDU TAKK HEHEHHE 😂 MAAFLAH SAYA DISAHKAN POSITIF NYANYUKVIRUS SAMPAI TAK INGAT NAK UPDATE AHAHA. OKAY CUTI CUTI NI AKU AKAN CUBA JADI LEBIH AKTIF YAA 😉 SAYANG KORANG SEMUA MUAH MUAH ❤❤❤

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsМесто, где живут истории. Откройте их для себя