▼ 9 ; Way To The Light

1.2K 204 35
                                    

Log: 0001
Code: 1011

Ini log pertama yang aku buat di Combat School. Shen yang kata aku perlu buat log memandangkan aku officially sebahagian daripada pasukan. Katanya, aku perlu tulis semua pengalaman aku di sini sehingga aku berjaya untuk menyertai pasukan Daredevils di Omnus.

Dah dua minggu berlalu sejak aku diterima dalam pasukan. Dan dua minggu itu jugalah aku masih tertanya akan gerangan Best Gamer. Jimin, si Best Gamer tersebut. Aku tak faham kenapa tak boleh sebut nama dia. Dia salah seorang dari Combat School, bukan? Jadi, apa salahnya?

Oh ya.. Sejak itu juga, aku mula mendapat mimpi pelik. Mimpi dimana aku berada bersama orang yang aku tidak kenali. Lapan orang yang jelas asing bagi aku. Tujuh lelaki, dan seorang gadis.

Jimin.. dia termasuk dalam lapan orang tersebut. Aku panggil dia 'Jimin hyung', begitu juga dengan lelaki yang lain. Aku sendiri yang, panggil, dalam keadaan aku tak tahu apa-apa. Ia keluar dari mulut aku secara spontan. Mimpi tersebut kerap berulang, namun keadaannya berbeza dan masih lagi ada orang yang sama.

Dalam dua minggu ni, aku syak. Aku fikir itu ialah memori aku. Kenapa? Sebab aku datang ke Combat School tanpa ingatan atau memori aku yang sebelum ini. Apa yang aku ingat hanyalah nama aku. Begitu juga dengan semua orang di sini. Aku syak, Wanton telah membuang segala memori aku. Tujuannya aku masih belum pasti. Jika aku dapat semula memori aku, mungkin aku dapat tahu motif mereka.

- JK -

Jungkook menolak pintu lalu melangkah keluar dari sebuah bilik. Bilik khas, hanya untuk menulis log. Mata Jungkook melirik ke kanan, di mana Shen sedang bersandar pada dinding sambil menunggu dia.

"Siap? " soalnya. Jungkook mengangguk sekali lalu mendekati Shen.

"Kau jangan risau. Takde orang akan baca log kau. Tapi kalau kau berjaya sertai Daredevils, baru log kau akan jadi bacaan untuk umum. " ujar Shen kemudian memeluk bahu Jungkook. Shen menarik nafas dalam untuk menerang lebih lanjut.

"Jomlah balik. Latihan kita mula setengah jam lagi. " kata Jungkook seakan-akan dia tak mahu mendengar syarahan Shen. Budak otak geliga, siapa tak kenal.

Sepanjang perjalanan, Jungkook memikirkan hal yang bermain dalam fikirannya. Firasat dia keras mengatakan yang Wanton membuang memorinya.

Jauh pemikirannya pergi, sampai tak perasan dia di mana. Shen membawa Jungkook melalui sebuah tempat yang masih belum dia terokai dalam Combat School. Ia hanya sebuah lorong yang biasa. Di bahagian kanan terdapat dinding kaca yang memaparkan pemandangan Main Hall dari tingkat empat.

Shen langsung tidak mengungkapkan apa-apa sepanjang perjalanan dan hanya memandang ke arah Main Hall. Dia leka memerhatikan orang yang berada di situ sementara Jungkook bosan berjalan tanpa perbualan. Dia memandang sekeliling, lebih membosankan daripada situasinya sekarang. Dinding dan siling putih, bukannya dapat menarik perhatian pun.

Mereka berdua berjalan melepasi mulut sebuah lorong yang agak panjang. Ia berlabel 'MS Room'. Yang ini langsung menarik perhatian Jungkook. Tanpa memberitahu Shen, dia terus masuk ke dalam lorong tersebut. Di akhir laluan tersebut, terdapat sebuah pintu, juga berlabel 'MS Room'.

Jungkook mendekati pintu tersebut dengan pantas. Tangannya cuba memulas tombol pintu, namun ia berkunci. Patut pun berkunci, pintu tersebut dikunci dengan sistem pengaksesan.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now