▼ 7 : Weakless

1.1K 185 44
                                    

Kerja tamat. Ya, hari ni memang memenatkan tak ubah seperti hari-hari lain. Kwon Hyuk membuka kot hitamn yang dipakainya lalu menyangkut kot tersebut pada kerusi pejabatnya. Seorang pembantunya masih berada bersama Hyuk.

"Tuan, esok tuan perlu semak lebih kurang 60 cadangan biochemical weapon dari Science Lab Department. Dan esok tuan akan -- "

Hyuk tak mendengar apa yang diperkatakan kepadanya. Fikirannya melayang entah ke mana. Mungkin penat atau serabut dengan kerjanya pada hari itu.

Semua sangkaan adalah salah. Dia berfikir tentang Jungkook.

"Tuan, tuan dengar tak? " soal pembantu tersebut. Segar Hyuk dari termenung jauhnya.

"Dapatkan aku fail pelatih dari Combat School yang kita jumpa petang tadi. " arah Hyuk.

"Ya? " dia seperti terkebil-kebil mendengar arahan tersebut.

"Hantarkan pada aku esok, sebelum mulakan kerja. " sambung Hyuk lagi. Pembantu tersebut terpaksa mengakur atas arahan ketuanya.

Lalu dia meminta diri untuk keluar dari situ.

Jungkook.. Jeon Jungkook.

Minso menekan-nekan kelenjar jarinya, membuat bunyi patah berkali-kali. Jungkook hanya mampu berdiri dan menelan air liur.

"Kau, budak lemah, Jungkook. Tiada apa yang kau boleh buat? Kau masih tak tahu tujuan kau dihantar ke sini? Oh, mungkin Tyler tersalah maklumat. Patutnya kau dihantar ke tempat lain, bukan kat sini? "

"Betulkan apa yang kau dah buat, Kook. Walaupun aku tahu, diri kau yang lemah ni tak mampu buat apa-apa. " perkataan lemah sengaja ditinggikan oleh Minso, hanya untuk membuat Jungkook naik angin.

"Kau nak mulakan pergaduhan lagi? " Yena bersuara bagi pihak Jungkook.

"Ya! Aku mulakan pergaduhan! Aku sengaja buli dia selama ni! Aku masih tak puas hati dengan apa yang dia dah lakukan pagi tadi. Jadi kau, jangan terlibat kalau tiada urusan dengan aku. "

"Baiklah! " Jungkook menarik semua perhatian ahli pasukannya. "Aku akan betulkan apa yang aku dah lakukan. Beri aku masa, dan aku akan fikirkan sesuatu. "

"Inilah semangat yang aku nak. " bisik Minso tapi masih dapat didengari Jungkook.

"Pastikan ranking kita naik macam yang dulu. Bukan, lebih tinggi daripada yang dulu. "

Minso mengundur diri dari berdiri terlalu dekat dengan Jungkook. Kemudian, dia melangkah ke bilik air. Jungkook pula duduk di atas katilnya. Ya, dia terasa beban tinggal di sini. Bermacam-macam dia kena buat. Dia juga tak lupa yang dia nyaris mati pagi tadi. Tempat ni memang dasyat ya ampun.

"Jadi, apa rancangan kau? " Shen memandang ke arah Jungkook yang duduk di katil bawahnya.

"Untuk betulkan apa yang aku dah buat, belum lagi. Untuk kagumkan Minso, rasanya ada kot. " jawab Jungkook dengan perasaan kurang pasti.

"Good luck kagumkan Minso. " Miya menarik selimut di atas katilnya dan terus melitupi tubuhnya untuk tidur.

"Shen, macam mana kau kagumkan Minso? " Jungkook tiba-tiba menyoal. Shen hampir tergelak apabila mendengar soalan yang membuat dia mengimbau kenangan pahit dulu.

"Aku jadi orang gila masa menjalani War Simulation dulu. Masa tu, markah aku jauh lebih tinggi dari Minso. Masa tu lah, aku kagumkan dia. " Shen tertawa kecil dan menggeleng kepalanya. Jungkook, Eunseong dan Yena turut tertawa.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now