▼ 35 ; Unexpected Guest?

1K 167 19
                                    

Aries memberi isyarat kepada semua anggota Daredevils untuk menurunkan senjata. Matanya tertancap pada Hyuk yang tiba-tiba muncul di tempat ini.

"Dua puluh dua tahun dah berlalu, hyung. " Kwon Hyuk mendirikan tubuhnya semula. Aries tersengih sinis.

Lelaki itu memberi isyarat kepada seluruh anggota untuk bersurai sebelum dia menghampiri Hyuk. Wajah Aries nampak kurang senang.

"Apa yang kau fikirkan? Boleh saja aku hantar orang untuk jemput kau di portal. Yang kau datang sendiri dah kenapa? " Aries menepuk bahu Hyuk dengan agak kuat.

"Sesuatu perlu dibuat sukar supaya hasilnya lebih kita hargai. " ucap Hyuk. Matanya seakan-akan tersenyum. Lelaki bermata violet itu tersenyum senget.

Sekali kedua-dua belah tangannya bertepuk. Kemudian tangan kanannya memeluk bahu Hyuk. "Kau mesti penat. Marilah aku bawa kau ke bilik. "

Hyuk kembali berdiri atas bantuan Aries. Langkah mereka berdua menjadi perhatian ramai. Jungkook sengaja berjalan lambat supaya dia dapat lihat Hyuk.

"Apa lagi yang kau nak, Hyuk? " getus hati geram Jungkook.

Seperti yang dikatakan tadi, Hyuk dibawa ke bilik yang bakal dia diami nanti. Naik beberapa tingkat ke atas, mereka berdua bergerak ke bilik Aries yang berada di aras lima.

Pintu bilik dikuak luas. Hyuk yang membawa beg galas bersaiz sederhana itu melangkah masuk. Ini seperti sebuah pejabat, Hyuk meneliti persekitarannya.

Aries kemudiannya beransur ke sebuah pintu di sudut bilik. Tombol pintu bilik itu dipulas habis dan pintu itu dibiarkan terbuka.

"Masuklah, " pelawa Aries. Mata violet lelaki itu menjadi cerah. Hyuk pula tersenyum manis.

Hyuk menerima pelawaannya. Sebaik sahaja dia masuk, ternyata bilik Aries lebih luas daripada yang dia sangkakan.

Bilik itu menempatkan sebuah ruang latihan dan alatan senaman. Beberapa senjata juga ditempatkan di ruang khas. Terdapat sebuah katil bujang dan sebuah almari pakaian. Kamar Aries biasa sahaja, cuma ia kelihatan amat luas.

"Nanti aku angkutkan katil sebuah lagi. " ujar Aries sambil dia menepuk bahu adiknya itu. Hyuk meletakkan beg galasnya di atas katil lalu dia duduk di birai katil tersebut.

"Jadi.. Apa tujuan kau datang ke sini? " tanya Areis.

"Saja.. Aku nak juga berehat daripada kerja. Tiba-tiba pulak teringat pada kau. Alang-alang tu datanglah sini. Aku pun nak tahu perkembangan Daredevils. " jawab Hyuk, lancar. Bagai dia sudah hafal jawapannya itu.

"Tapi tempat ni bahaya untuk orang penting macam kau. "

"Dah tu? At least aku dapat jumpa kau yang dah lebih 20 tahun tak jumpa. Last time aku jumpa kau, muka noob lagi tau. Tak sangka dah semakin dewasa ni semakin... "

"Ha apa? " ayat Hyuk yang tergantung menghadirkan saspen.

"Huduh, " tawa besar keluar dari mulut Hyuk.

Hubungan Hyuk dan Aries terkenal dengan sikap mereka yang suka menyakat sesama sendiri. Itu saja cara untuk mereka merapatkan hubungan semasa kecil dek minat mereka betul-betul berbeza.

"Mengaku sajalah yang aku lebih kacak. "

Mereka berdua ketawa besar. Perasaan itu tidak hadir lebih 20 tahun. Ditakdirkan pada saat itu, ia muncul secara tiba-tiba.

Hyuk bangun dari birai katil lalu melangkah ke serata bilik. Sebuah pintu yang berada di hujung membuat Hyuk diselubungi rasa ingin tahu.

"Ni bilik ap.. "

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now