▼ 40 ; Her

1.1K 148 23
                                    

Hening.

Seluruh makmal masih tertanya-tanya apakah isi kandungan kapsul yang sebesar tapak tangan itu. Kapsul itu diletakkan di dalam sebuah bilik khas untuk langkah keselamatan. Isi kandungannya mungkin berbahaya kepada manusia.

"Jungkook, " dari belakang, nama dipanggil. Aku yang sudah lama pegun di dalam makmal, merenung ke arah bilik khas tersebut terus menoleh.

Taehyung sedang berjalan ke arahku. Wajahnya bersahaja. Masih memakai sut khas Daredevils sejak kami keluar tadi.

"Hyuk cari kau. Ikut aku. " kata yang dititipnya buat aku tersentak. Kwon Hyuk? Apa lagi yamg dia mahu?

Aku mengangkat tubuh lalu menjejak Taehyung dari belakang. Lelaki itu tampak serius benar. Mungkin dia terkesan dengan kebenaran yang dibongkarkan. Sejak malam tadi, semua orang tak banyak cakap. Termasuk Shen dan Minso walaupun mereka tiada kaitan dalam kes ini.

Taehyung membawa aku ke dorm kami. Sementelah melangkah masuk, aku dapati Hyuk sedang berada di meja mesyuarat tang terletak di tengah-tengah bilik. Ahli pasukan juga duduk mengelilinginya.

Mata aku meliar seketika. Riak wajah semua orang tak bagus. Termasuk Seokjin. Adakah ini sambungan topik semalam?

"Maaf kacau kamu semua pada masa yang mendebarkan macam ni. Tapi ini sangat penting. " Hyuk memulakan bicara.  Serta merta wajah aku berubah.

"Apa lagi, Hyuk? " aku mencatas kasar. Sangat kasar sampaikan Hyuk berubah wajah. Dia kelihatan tercabar.

"Kau nak bawa kami semua keluar dari sini? Tapi kau sendiri tiada rancangan. Kau macam sekadar seorang pelawat yang tak ada kena mengena dengan urusan Daredevils. " aku menempelak kenyataan. Semua perhatian teralih kepadaku.

"Jungkook, apa kena dengan kau? " Hyuk membalas. Aku hanya mengulum senyuman sinis sebagai jawapan.

"Duduk, " tak semena-mena Yoongi mengarah. Nadanya juga tidak berpuas hati. Aku tidak memanjangkan masalah lalu terus melabuhkan punggung.

Akhirnya, Hyuk dapat menyambung bicaranya yang terganggu tadi.

"Penemuan kapsul itu dah cukup buat kita risau, betul? Ia bermaksud CLYD menunjukkan kewujudannya setelah sekian lama. Tapi, aku tak jangkakan secepat ini dia akan berbuat demikian. "

"Maksud kau? "

"Kita tak mungkin dapat larikan diri dari tempat ni. " tutur kata Hyuk hampir sahaja buat aku berdiri dengan kemarahan. Kerusi ini hendak sahaja aku baling ke arahnya.

Sebelum ini dia yang beria-ia menyuntik semangat kepada kami bahawa dia akan menyelamatkan kami dari bahaya Omnus.  Dia akan tamatka semua penderitaan dan ketakutan yang kami hadapi. Dia beri kami harapan.

Harapan palsu.

"Satu benda yang aku tahu tentang CLYD. Sekali dia mula bertindak, dia tak akan berhenti. Dan kita akan disibukkan dengan hal ini. Sentiasa diperlukan. Kita tak ada masa untuk hilangkan diri. " tutur Hyuk terhenti sekerat jalan selepas Seokjin menyampuk kata.

"Apa yang kau cuba sampaikan ialah kita perlu kalahkan CLYD terlebih dahulu. Kemudian, kebebasan milik kita. "

"Betul. Dan aku buat keputusan untuk lupuskan Omnus dan Wanton selepas kita kembali. " putus Hyuk. Segera aku angkat wajah. Buat pertama kalinya aku terkejut dengan keputusannya.

"Kau yakin? " bibir aku tak takut untuk mencabar kesabaran Hyuk.

"Aku akan buat apa yang termampu. " masih boleh dia menjawab dengan tenang. Sangat tenang.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now