▼ 21 ; Begging

1.1K 194 14
                                    

"Jungkook.. " Eunseong memegang bahu Jungkook. Mata Jungkook tak berpaling dari melihat Minso yang terbaring di atas katil melalui dinding kaca.

"Aku risaukan Minso.. " kata Jungkook dengan nada yang sedikit sebak. Jika hendak diikutkan hati, sedikitpun dia tidak mahu berganjak dari tempat dia menjejakkan kaki.

Eunseong memandang Shen dan Miya yang sedang berjalan ke arah mereka. Kehadiran mereka akhirnya mengalihkan perhatian Jungkook dari melihat Minso dari jauh.

"Doktor cakap dia sebenarnya ada masalah peparu. Dan dia terlalu lama terdedah kepada gas asing dengan keadaan peparu yang lemah. " terang Shen, sebiji seperti yang doktor katakan tadi. Copy and paste.

"Masalah peparu? Kenapa dia tak pernah beritahu kita? " Yena yang turut bersama Eunseong dan Jungkook bertanya. Shen sekadar mengeluh berat. Pandangannya dialihkan ke arah katil Minso.

"Mungkin dia tak mahu kita tahu. Lagipun, dia ketua pasukan. Tak mungkin dia nak tunjuk yang dia lemah kepada ahli pasukan yang lain. " semua pandangan dialihkan ke arah Minso.

"Tapi, sebab dia.. Kita menang tadi. " renungan mata Jungkook masih tak beralih. Masih ditatap dari luar.

"Kita sepatutnya rehatkan diri. Marilah, balik ke bilik. Kita datang semula malam ni. " ajak Miya. Dia mula menyusuri jalan, diikut oleh pasukannya.

Setelah beberapa jam melenakan diri di atas katil, masing-masing mula tersedar. Hari sudah petang, bermaksud masa rehat sudah tamat. Kini, tiba waktu berlatih pula.

"Hari ni kita berlatih mana? " Eunseong menolak pintu bilik air lalu tampil ke katilnya dengan tuala basah.

"Combat Hall.. Tyler nak kita berlatih dengan senjata api pula. " mendatar saja nada Shen yang menjawab.

"Kau rasa Tyler dah tahu tentang Minso? " Yena dari tadi duduk di birai katil sambil merenung lantai, bersuara. Dia kini berdiri tegak dan bersandar pada katil.

"Mungkin.. "

"Boleh tak kita berhenti bercakap tentang Minso untuk sementara? Korang asyik buat aku gelisah. " Shen seperti menahan marah. Marah dan takut. Dia takut jika perkara yang tak baik berlaku pada Minso.

Selesai bersiap, mereka berangkat ke tempat latihan mereka. Nampaknya, Tyler memang sudah berada di situ. Menunggu kehadiran mereka. Wajah Tyler, menunjukkan angin yang tak berapa baik.

"Mulanya, aku ucapkan tahniah sebab berjaya ke semi final esok. Kamu semua dah buat yang terbaik. " Tyler bertepuk tangan seorang diri, selamba. Sedangkan tiada seorang pun yang rasa bangga dengan kejayaan tersebut.

"Dan tentang keadaan Minso, " ayat permulaan Tyler membuat semua orang mengangkat wajah, mengharapkan penjelasan yang lebih lanjut.

"Dia tak apa-apa, aku yakin. Pihak WMC sedang rawat Minso dengan baik sekali. Tapi, Minso tidak akan bertanding dalam semi final OSP esok. Ini arahan ketua. " sambung Tyler. Keputusan yang tidak dijangka, mereka menggigit bibir. Nampak gaya seperti impian Minso untuk pergi ke Omnus tak akan menjadi nyata.

"Bergerak ke Weapon Room, sekarang. Latihan akan bermula lagi sepuluh minit. " Tyler beredar lalu masuk ke Control Room.

Mereka menamatkan latihan tepat pada waktu malam. Mereka terus bergerak ke Wanton Medical Centre dari Combat Hall walaupun jarak antara kedua-dua tempat itu sangat jauh. Mereka perlu turun ke tingkat bawah dan keluar dari Combat School, melalui Centre of Wanton di mana titik pertemuan setiap jabatan dan institusi. Mereka perlu memasuki Wanton Medical Centre yang terletak di bahagian selatan.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsKde žijí příběhy. Začni objevovat