▼ 50 ; The Person from The Past

764 103 21
                                    

"Aku tak berani cakap darah ni dah lama kering. " Namjoon meneliti calitan merah dan biru di dinding konkrit tingkat atas. Dia mencekak pinggang lalu mendengus lembut.

"Jadi kita betul-betul ada dekat dengan CLYD? " Hyuk turut sama memerhati calitan tersebut. Baunya yang agak segar memualkan tekak.

"Yup. Dan dia mungkin tak kembali ke sini. Jadi... "

"Kita kena kejar dia. " Sua menyampuk pantas. Sepasang kakinya berlari turun ke tingkat bawah.

"Aku nak kata kita selamat dekat sini. Tapi, betul jugak tu kita kena kejar dia. " Namjoon mencekak pinggang. Kembali memerhatikan cacat cela pada dinding tersebut.

"Dekat luar tu tengah nak ribut, kan? Kau tak payah nak degil sangatlah! " tegas Aries. Serta merta langkah gadis itu mati. Dia biarkan lagi dirinya dikawal oleh lelaki itu.

Sua tukar ritma langkahnya. Dia menyertai ahli pasukan yang lain di bawah sana. Angin yang lebih sejuk menyapa kulit yang menegang itu. Gadis itu duduk bersandar pada dinding.

Jungkook. Matanya tersinggah pada lelaki itu bersama Yoongi yang terlena di sisinya. Dia baring mengiring ke kiri. Nafasnya serba sedikit tempias ke anggota badan yang lain.

Beberapa ketika kemudian, tubuh Jungkook tertolak sendiri dan kini terlentang. Jimin yang ada di sekitar terus datang meluru. Mata membulat melihat sahabatnya itu.

"Kook? " Jimin menampar lembut pipi lelaki itu. Sepasang mata ternganga lemah seperti mahu terpejam semula.

Seruan Jimin mematikan lamunan semua orang. Jungkook sedar, akhirnya. Dia hidup kembali setelah episod jahanam yang entah dia ingat atau tidak.

Tapak tangan Jungkook diangkat ke dadanya. Darah dari luka tusukan kristal dari dalam badannya kering di situ. Jari-jemari bergerak seperti biasa. Macam tak ada apa-apa pernah terjadi.

Jungkook merasa kepalanya diputar-putar. Dia merengkok ke tepi. Seluruh tubuh badannya rasa lenguh.

"Aries... " gumam Jungkook dengan senyap. Imej yang terbentuk pada mata belum terang. Dia hanya dapat lihat beberapa tompok hitam yang memandang tepat ke arahnya.

Kabur mata mampus kala Jungkook memalingkan kepala ke kiri. Jimin ada melutut di situ.

Aku masih hidup. Fikirnya.

"Jungkook, kau ingat tak apa yang jadi? "

"Apa kau ni? Patutnya tanyalah dia okay ke tak! "

"Cepat! Cepat! Sini! "

Sahutan demi sahutan menggeser gegendang telinga. Tangan darat di kepala, memunahkan rasa pening yang mencucuk-cucuk. Jungkook angkat torsonya dari lantai.

Wajah kerisauan terus terpapar di setiap muka mereka. Namun Jungkook tetap mencari seseorang yang spesifik.

Aries.

"Kau okay tak? " Segenap anggota badan bangkit dari lantai. Mereka tergamam besar. Soalan yang diaju itu hanya dibalas dengan satu renungan dingin.

Aries berpaling. "Kau ingat apa yang jadi? "

"Tak. Tapi... Aku tahu aku serang kau. " kata-kata Jungkook bersulam rasa bersalah. Tangan yang bercat darah sendiri ditatap dengan bingung. Apa sebenarnya yang terjadi?

"Kau bertukar agresif lepas duduk terlalu dekat dengan tasik tadi. Kristal biru keluar dari tangan kau. Kau cuba bunuh aku. Dan aku tarik kau keluar dari kawasan toksik tu. Then, you're back to normal. "

"Aku... Mutant? " mata Jungkook membulat besar saat mendengar penjelasan Aries.

Aries menjeling dengan satu keluhan berat. Kemudian dia pantas mengangguk.

Jungkook dapat rasa sesuatu yang berbeza dengan tubuhnya. Seperti ada cecair ganjil yang mengalir seiring dengan darahnya. Aneh. Sekali pun dalam seumur hidup, dia langsung tidak pernah mengalami rasa begini.

Seperti satu tenaga disuntik masuk dengan dos yang berlebihan.

"Tak. Tak. " Jungkook menyata lagi.

"Aku lahir sebagai manusia. Tak mungkin aku boleh tiba-tiba jadi mutant! " Jungkook melangkah ke hadapan. Soalan itu bukan diutarakan pada Aries. Sebaliknya pada diri sendiri.

"Calm down. Nasib kau tak mati tadi. " Aries menambah lagi.

"Sua kata kau adalah CLYD. Dan kau kata kau adalah manusia. " Tangan Aries menyambar tangan Jungkook yang berbalut kemas. Tompokan darah kering mengotori kain putih itu.

"Aku percaya dua-dua. Sampai kita dapat jawapan yang sebenarnya. Jadi kau jangan nak anti dengan aku. Seluruh Daredevils dah musnah. Hanya kita yang ada. Aku tak nak benda lain lagi yang musnah. "

Suara Aries kedengaran yakin dan sayu. Garau suara itu bergema di dalam bangunan menjana kuasa tersebut. Wajah Jungkook dari bingung bertukar tenang. Sekarang dia sedar, Aries tidak pernah benci dia.

Aries tak pernah benci mereka semua.

Jungkook menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Terasa janggal apabila semua orang bertenggek di sekitar mereka.

Lidah kelu tidak terkata. Aries juga turut sama. Bunyi deruan angin liar di luar sahaja yang membising.

"Lepas ribut reda, kita bertolak. "

"WAAAAAARGHHH!!! "

"WAAAAAARGHHH!!! "

"WAAAAAARGHHH!!! "

Dari hening menjadi haru. Nyenyak mereka terganggu saat teriakan itu membuak keluar dari mulut Jungkook. Jimin yang berada paling dekat dengannya terus mendapatkan lelaki itu.

Wajah Jungkook berpeluh-peluh dan berkerut menahan sesuatu yang menghentam tubuhnya secara batin. Dia seperti diseksa. Namun, tiada apa yang menyakiti dia.

Jungkook mengerang lagi. Kali ini lebih kuat. Jeritan itu bergetar sehingga ke dalam dada. Seram, Jungkook seakan-akan hilang kawalan.

"Tahan dia! Jangan bagi dia bangun! " Aries menitahkan arahan deras. Seokjin dan Taehyung bertindak sepantas kilat.

Mereka semua mengerumuni Jungkook. Cuba mencari apa yang tidak kena dalam keadaan panik. Sehinggakan, Aries sendiri tak dapat berfikir rasional dalam keadaan ini.

"Jungkook! Kau sedar ke tidak?! " Hyuk menjerit ke telinga sahabat itu. Tiada respon dilontar kembali. Jungkook terus menerus merintih sakit yang perit.

Wajah lelaki itu mula memerah dan memucat dalam masa yang sama. Tubuhnya terasa keras dan panas. Pada tahap ini, Jungkook sendiri tidak dapat mengawal apa yang dia alami ketika itu. Segenap tubuhnya seolah-olah ditusuk jarum-jarum panas. Permukaan di bawah kulit menegang ketat, tahapnya sehingga hampir terkoyak.

"Siapa kau orang semua?! " Teriakan dari sebelah belakang mereka mengacau haru tadi. Gerangan seorang manusia memakai sut khas yang tidak dikenali. Bukan Daredevils. Helmet oksigen yang dipakai juga nampak keruh dan usang. Dia mengacukan senapang yang Daredevils biasa gunakan.

" KAU-- " Yoongi bergerak untuk menerkam manusia yang tiba-tiba datang tanpa undangan. Pantas, Seokjin mendepakan tangan. Menahan Yoongi dari pergi lebih jauh.

"Daredevils. Kau? " Telinga cuba menghidari gerang sakit Jungkook. Suara menjawab dengan tenang.

"Dah tu bunuh sajalah mutant tu! " dia bertegas lagi sambil mara ke hadapan.

Yoongi menepis halangan Seokjin dan terus menerkam insan tersebut. Fizikal badannya tegap apabila berlanggar dengan dia.

Senapang melayang ke udara dan jatuh di atas simen lantai. Yoongi menghempap tubuh lawannya. Helmet yang disarung, terus dicabut buka.

" Kau jangan nak apa-apa kawan aku. " desis Yoongi menambah lagi gerun. Tidak sekali dia berganjak. Tambah lagi dengan sebuah tumbukan yang melayang kuat ke arah lelaki itu.

" CLYD... Kawan kau?! "

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now