▼ 3 ; Impressed?

1.4K 189 34
                                    

Jungkook sudah siap memakai flash suit baru miliknya. Bentuk dada Jungkook terserlah. Otot lengannya tajam seakan-akan sut itu hampir terkoyak. Lama dia merenung dirinya dalam cermin bilik air. Entah apa yang dia fikirkan.

"Jungkook, syok sendiri ke? " Shen keluar dari bilik air. Jungkook meraup mukanya dengan tangan yang basah sekali dengan rambutnya.

"Aniya.. aku just fikirkan sesuatu. " ujar Jungkook. Lalu dia menutup pili air pada singki.

Jungkook keluar dari bilik air sejurus selesai urusannya. Dia dapati semua orang sudah siap. Minso, Miya, Yena, Eunseong dan Shen yang baru keluar dari bilik air bersamanya.

Minso hanya memandang Jungkook sekilas lalu dia keluar dari bilik dan diikuti oleh semua orang. As expected, leader. Jungkook menjadi yang terakhir keluar dari bilik mereka. Mereka berjalan melalui koridor dormitory dan turun ke tingkat bawah, di mana Jungkook jumpa tempat pertarungan tadi.

Jungkook asyik menelan air liurnya. Gaya mereka berlawan bukan macam manusia. Dia bimbang jika dia akan diperlakukan sedemikian. Training di sini memang gila! Fikir Jungkook. Dari tadi dia memikirkan hal itu di belakang.

Setelah suatu ketika, mereka tiba di sebuah pintu yang tertulis Battle Room. Ia terbuka secara automatik, atau ada orang yang kawal. Apapun, mereka berenam menuju ke dalam melalui pintu tersebut.

Pintu itu membuka sebuah bilik yang besar. Terdapat alat berlawan tersusun di sepanjang dinding. Terdapat sebuah petak yang lebih tinggi dari lantai, beralas dengan tumbling mat. Silingnya pula, setiap inci bercahaya, menerangi keseluruhan bilik tanpa meninggalkan sedikit pun kegelapan.

Mereka semua selesai masuk. Kecuali, Minso. Dia berhenti sebaik sahaja dia melepasi pintu tersebut. Dia memandang Jungkook berjalan melepasinya seperti tak perasan langsung kehadirannya.

"Jungkook, aku nak cakap dengan kau. Sekarang. " tutur Minso. Jungkook berpaling serta merta. Dia terus menghampiri Minso dengan tangan yang dipegang erat di hadapan.

"For your information, aku langsung tak kagum dengan diri kau. Aku takkan pandang tubuh kau, tapi aku akan pandang kebolehan kau. " ujar Minso dengan nada yang mendatar. Jungkook memberanikan diri untuk mengangkat muka, memandang tepat ke mata Minso.

"Dan selagi kau tak tunjukkan kebolehan kau dalam semua session, jangan harap aku akan rela terima kau dalam kumpulan aku. Faham? " ugut Minso. Jungkook membisu, langsung tak kata apa-apa. Minso mengerling Jungkook sekilas lalu dia beredar dari situ.

Dia menarik nafas dalam. Lalu menghembusnya perlahan. Giginya diketap kuat. Matanya melirik ke arah Eunseong yang memanggilnya masuk ke dalam petak. Jungkook berlari anak ke sana dek Tyler sudah muncul di depan mereka.

"Attention, team! "

"Kita akan mulakan physical practice session untuk malam ni. Firstly, saya akan terangkan tentang practice sekarang. Especially untuk Jungkook, our new teammate. "

"Macam yang kamu dah tahu, Wanton Combat School adalah untuk melatih ahli-ahli wanton untuk bertempur. Membiasakan diri dengan keadaan kecemasan. Tapi untuk apa? Kamu semua dilatih untuk Omnus. Untuk pergi ke Omnus. Tempat di mana kamu akan menjalankan tugas sebagai seorang Wanton, atau lebih tepat seorang Daredevil. "

"Jungkook, jangan tertanya-tanya lagi. Tak lama lagi kamu akan faham kenapa kita buat semua ni. " Tyler merenung tepat ke dalam mata innocent Jungkook. Dia mengangguk perlahan.

"Practice begin. Siapa nak mulakan dulu? " sebaik sahaja Tyler menyoal, Minso terus mengangkat tangannya dengan yakin. Semua mata tertumpu padanya.

"Kita patut tengok kebolehan Jungkook dulu. Dia kan baru. " Minso memandang Jungkook dengan reaksi yang sangat berbeza dengan yang tadi. Pipinya mengecil dek senyuman sinis yang lebar. Angin Minso sangat berbeza berbanding sebelum ini.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now