▼ 49 ; Fight Me

954 123 36
                                    

Panik menyerang setiap batang tubuh yang tercegat di situ. Berberapa orang daripada mereka sempat menyentuh senjata api milik mereka. Aries yang menjadi sasaran bertindak pantas. Pedang yang disandang di belakang badan ditarik keluar lalu dihunus pada Jungkook.

Bunyi besi berlaga. Hentaman Jungkook berjaya dihentikan. Namun, ia membawa satu kejutan besar.

Sebuah kristal berwarna biru tumbuh dari telapak tangan Jungkook. Panjang sehingga menembusi sikunya. Kepulan wap wap berwarna biru juga menyala-nyala keluar dari ketumbuhan tersebut.

Aries merenung tatapan buas Jungkook dengan sebuah sengih yang sinis.

"Aku dah cakap... " tangannya bergetar menahan tolakan yang semakin kuat dari lawannya. Gigi mengetap keras.

"KAU MUTANT! "

Seraya itu, Aries menolak Jungkook terjelopok ke atas tanah. Namun lawannya itu bangkit semula seperti biasa. Kali ini Jungkook tampak lebih marah.

Dia menggenggam sepasang tangannya. Kristal yang tumbuh tadi masuk semula ke dalam lengannya. Kini, senjata kristal biru itu bercambah laju pada celah-celah jari jemarinya.

Aries berundur ke belakang sedikit demi sedikit. Mula mengambil ruang untuk perbalahan tersebut. Panahan mata mereka bertemu lagi.

Lelaki dengan pedang itu menambah provokasi. Sesuatu yang mengawal Jungkook bertindak pantas. Tubuh lelaki itu meluru ke arah Aries dengan batang kristal tajam di celahan jari.

Sampai Jungkook di hadapan mata, Aries melibas besi pedang. Memotong sebahagian kristal tersebut. Berkecai menjadi serpihan bersama cecair merah Jungkook.

Beberapa saat Aries berhenti mengumpul nafas. Matanya terbeliak melihat sepasang tangan Jungkook membuahkan lagi kristal keras dan tajam. Kekuatan Jungkook kini sudah mengeringkan kudratnya. Jikalau terkena hentaman Jungkook, boleh jadi dia maut di situ juga!

Jungkook memekik sebuah jeritan yang lantang. Garisan urat di seluruh anggota badannya bertukar biru menyala. Suatu benda dirembes masuk ke dalam darahnya. Sakit! Jungkook mengerang keperitan.

Semakin lelaki mutant itu menguat, semakin Aries menjadi bersemangat walaupun tenaganya sudah cukup-cukup untuk dia berdiri dengan sepasang kaki lemah.

Mutant menyerang lagi. Buku limanya mahu memamah daging pihak lawan. Aries sempat mengelak pada detik terakhir. Jungkook hilang kestabilan. Aries mengangkat senjatanya lalu menusuk bahu kiri Jungkook sehingga tertembus ke belakang.

Gerangan terakhirnya bergema. Bingit telinga. Pergerakan Jungkook kini menjadi terhad. Lengan kiri beransur-ansur kebas. Darah memancut keluar dengan banyak sehingga membasahi tanah kontang itu.

Aries menarik kembali pendangnya laku dia sarungkan semula dalam sarung pedang di belakang badan. Tangan lelaki itu mula mengheret Jungkook kian menjauh dari kawasan tasik itu.

Tiada sesiapa yang bersuara, malah menggetarkan kotak suara sewaktu perlawanan tersebut. Tatkala Aries meraih kemenangan, mereka berlari mendapatkan lelaki itu.

"Toksik dari tasik yang hidupkan mutant dalam badan dia. Lagi-lagi bila dia tak pakai helmet khas Daredevils. " Aries terang tanpa diminta. Jasad Jungkook yang longlai itu diheret perlahan dek berat. Graviti pula tidak membantu langsung.

"Jadi selama ni memang dia mutant dari awal lagi? " Hyuk mengkonklusikan jawapan. Aries melepaskan Jungkook dan biarkan dia tersadai di atas tanah dengan kecederaan parah.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now