▼ 51 ; This Is Me

913 102 33
                                    

" CLYD... Kawan kau?! "

Yoongi terkilan. Dia turut mengatakan bahawa Jungkook itu CLYD. Lelaki itu leka buat seketika. Tidak sedar musuh yang dipaku ke lantai itu melancarkan serangan.

Kepala Yoongi ditarik dan dihantukkan ke simen. Lalu tubuh itu dihentam ke tepi. Sakit, Yoongi statik. Mungkin juga tidak sedarkan diri.

"Pengecut sangat ke nak bunuh dia? Biar akulah yang bunuh! " Lelaki itu mengutip sebilah pedang dari belakang Sua. Berlumut dengan darah mutant yang sebelumnya.

Langkahnya mara ke arah Jungkook. Namun ia hapus kala Hyuk melontar diri pada laluan lelaki itu.

" Jangan. Dia... Dia pun Daredevils. Dia bukan mutant. "

" WAAAARGHH!! " Jungkook mengerang dengan lebih kuat. Lebih seram. Lebih ganas.

Mereka semua kembali memandang lelaki dalam kantung keperintan itu. Tanpa tahu puncanya apa, mereka hanya boleh berharap segala yang menyakiti insan itu reda kembali.

Hyuk berpaling semula ke arah lelaki itu. Pandangan matanya membawa maksud.

Tolong jangan bunuh dia.

" Hyuk. Son Jaewon." titip lelaki itu. Mata Hyuk membeliak serta-merta.

Dia tahu nama aku?!

Tangan yang menghunus pedang tadi jatuh. Lengan Hyuk rasa longlai mendengar namanya sendiri. Nama yang diberi oleh bapa kandungnya sendiri.

Tangan dibawa tepat kepada topeng muka sendiri. Kain yang rapat menekap wajah ditarik ke bawah. Lelaki mendedahkan identitinya. Dia bukanlah sesiapa yang dikenali oleh mereka semua. Tetapi pada Hyuk, lelaki itu cukup untuk buat dia terus hidup.

"Prof... Professor Kwon. "

Tanpa dia waras, senjata tadi terus menyembah bumi. Hyuk berlari ke arah lelaki itu lalu memeluknya erat. Sebuah dakapan yang terasa penuh sahaja. Lebih 20 tahun, dia tidak merasa apa-apa dari insan tersebut.

Mengetahui bahawa dia masih hidup. Hyuk tak boleh nak kata apa.

"Okay, aku tak kenal atau tahu apa kaitan kau dengan dia. Tapi KAWAN kita sekarang ni tengah menderita tak tentu pasal. " Sua mencelah kuat dengan nada terdesak. Matanya sudah mula berair sedari tadi.

Prof Kwon mengeluarkan sesuatu dari poket pakaiannya. Sebuah alat ditekan punat lalu ia menghasilkan bunyi beep yang sungguh bingit.

Jungkook statik. Tidak bergerak. Tidak sedar. Kembali pada posisi lenanya. Dia tahu apa yang jadi dengan dirinya. Namun, segenap tubuhnya terasa kebas. Kelopak mata pun dia tak bisa angkat. Apatah lagi mahu bangkit.

Tangan ditarik kuat selepas semua anggota badan menjadi miliknya semula. Akan tetapi tangannya rasa seperti diikat. Bukan satu, tapi dua.

Sepasang mata kembali berfungsi. Sebuah bilik yang luas dan terang menyapa muka. Jungkook berada di dalam sebuah sel besi. Dikurung tanpa tahu musababnya. Dia memandang sekeliling. Tiada makhluk hidup. Dia sendirian di situ.

Sebuah makmal. Ada skrin televisyen yang besar. Kemudian, kapsul-kapsul yang berisi cecair ganjil disusun pada dinding dan atas meja uji kaji. Kawasan itu memang nampak sibuk.

"Hello?! " Jungkook berteriak. Cuba menarik perhatian orang yang mungkin mendengar.

"Kook! " Namjoon menolak sebuah pintu yang tiada dalam penglihatan Jungkook. Tetapi dia kedengaran dekat. Jungkook berkalih ke kiri sehabisnya. Bayang-bayang seseorang berlari ke arahnya semakin gergasi.

"Syukurlah, kau sedar! Jungkook dah sedar! " Namjoon berdiri termengah-mengah sambil menekan lututnya. Wajahnya kelihatan comot dengan kotoran, walaupun persalinan pakaiannya sudah bertukar kasual.

Jungkook tak tahu bagaimana rupanya sekarang. Namjoon melontarkan pandangan aneh kepadanya.

"Sejak bila kau kena ikat? " Namjoon menyoal pula. Seiiring dengan derapan kaki yang juga semakin hampir.

"Dah tu takkan aku nak ikat diri sendiri? " Soalan bodoh, jawapannya pun bodohlah kan?

"Aku yang ikat dia. " Professor Kwon terbit dari belakang Namjoon bersama Daredevils yang lain. Dia seterusnya duduk di sebuah kerusi hadapan sel tersebut.

Anak mata Jungkook mengikut ke mana sahaja yang dia pergi. Merenung geram dalam diam. Pandangan itu nampak lapar.

"Siapa kau? " tenang Jungkook bertanya. Wajah papar riak yang garang. Dia masih ingat rasa-rasa sakit yang bersisa dari kejadian sebelum ini. Ibarat badannya ditusuk jarum halus yang beribu.

"Orang yang nyaris bunuh kau dua hari lepas. Maaf, aku ingat kau betul-betul mutant. Hanya mutant yang akan beri tindak balas pada gelombang tu. " Professor Kwon bersandar selesa pada tempat duduknya.

Dua hari lepas. Sekejap. Dua hari Jungkook tak sedarkan diri?! Matanya mahu terbuntang luas namun tubuh masih tidak bermaya. Apa yang orang lain lihat hanyalah satu muka yang pasrah dengan takdir.

Sudahlah. Dia tak mahu persoalkan lagi.

"Mungkin Hyuk ada beritahu pasal aku. Aku yang bebaskan Hyuk dan Hae dari Wanton dulu sebelum mereka dilibatkan semula dalam operasi Wanton. "

Ya. Dia ingat.

"Sebagai hukuman sebab babitkan pewaris Wanton, aku dihantar ke Omnus untuk cari CLYD seorang diri. Dan aku tak boleh balik selagi aku tak jumpa binatang tu. Aku pun tak boleh bergabung dengan Daredevils lain. "

"Oh, dan tin-tin makanan yang ada dekat tempat tu sebenarnya aku. Bukan CLYD. Aku pun nak berlindung dari ribut. Dengar pula ada kenderaan datang. Aku sembunyi dekat atas. Bila nak keluar, aku pasang dulu gelombang MK. Untuk pengsankan semua mutant yang mungkin ada dalam bangunan tu. "

"Dan dari situlah aku jumpa kau semua. "

Tamat sesi berseloroh. Kini, beralih perhatian kepada Jungkook.

"Kenapa kau ikat aku? " Tidak mengubah kerut di muka, Jungkook memalu lagi pertanyaan.

Professor Kwon tersengih sumbing. "Aku ingat kau dah tahu. Kau ialah CLYD. "

Jungkook memaling ke arah rakan-rakannya. Mereka tak nampak terkejut. Malah, mereka tersenyum. Nafas Jungkook tersekat sejenak. Apa... Apa yang dia tak tahu?

"Tapi bukan yang Wanton cari. "

"Operasi Mutant ini bertujuan untuk menyediakan manusia sebelum bumi musnah. Supaya manusia masih boleh bertahan walaupun bumi sudah nak kiamat. Jadi dengan keadaan bumi yang semakin nazak, Wanton mahukan manusia yang boleh harung semua jenis bencana alam dengan selamat. Sebab itulah operasi ini diwujudkan. ",

"CLYD sebenarnya salah seorang ahli keluarga Son. Operasi tentang mutant ini, dialah yang asaskan. Tapi, dia terlalu ekstrem dalam uji kaji. Sampaikan dia gunakan diri sendiri sebagai subjek eksperimen. "

"Kemudian, dia berjaya hasilkan DNA mutant yang paling sempurna. Tiada cacat cela. Boleh hidup dalam apa jua keadaan. Tetapi formula yang dia hasilkan sudah terhapus. Dan dia larikan diri dari Wanton. "

"Kenapa? " Jungkook mencelah awal. Professor Kwon mengeluh. Tak reti sabar agaknya budak ni.

"Wanton mahukan dia. DNA dia. Mungkin juga bunuh dia. Wanton hanya mahukan kepentingan untuk diri mereka sendiri. Jadi, dia lari. Dan pada masa yang sama, dia tinggalkan formula lain yang mungkin dapat mencipta sebuah lagi hybrid mutant - manusia. " Professor Kwon menyandar ke hadapan. Menambah suspen.

"Dan formula itu... "

Adalah aku. Jungkook menjawab sendiri

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now