▼ 44 ; Who Are You?

847 107 45
                                    

Seperti yang dirancang, mereka meninggalkan rumah sementara mereka sebaik sahaja fajar terbit. Mereka bergerak ke utara. Di mana cuaca lebih sejuk berbanding di runtuhan Headquater Daredevils.

Mereka berjalan dalam satu kumpulan berbentuk permata atas arahan Aries. Dua di hadapan, tiga di belakang, tiga di kiri dan selebihnya di kanan. Aries bimbang jika ada mutant yang menyerang dari pelbagai arah.

Cahaya matahari semakin naik tinggi ke atas kepala. Teriknya memanah kawasan yang tandus itu tanpa belas kasihan. Tiada walau secebis awan putih pun di langit.

Jungkook berjalan dengan tangan kirinya berbalut. Tangan kanannya hanya memegang sepucuk revolver untuk mempertahankan diri jika apa-apa terjadi. Dia berjalan di belakang, bersama Namjoon dan Jimin. Kedua-duanya berjalan di sisi Jungkook, umpama mereka melindungi lelaki itu.

Tiada apa-apa yang mereka bualkan sepanjang perjalanan. Semuanya serius, menahan haba dari matahari dan bermandi peluh sendiri.

"Semua... berhenti." Sua yang berada di sebelah kiri melontar arahan dengan nada yang perlahan. Semua mengandai dia ternampak sesuatu kerana dia melihat suatu tempat dengan skop di senjatanya.

"Kenapa?" Hyuk yang berada di kanan menyoal. Senjatanya sedia diangkat.

Sua menunding ke arah dia menghadap. "Ada empat buah kereta Daredevils dekat sana, dekat dengan bukit. Mungkin tersadai masa gelombang semalam." lapornya.

"Tapi ada mutant di sana. Berkerumun, mungkin makan mayat Daredevils?" Sua menjauhkan matanya dari skop. Sebahagian daripada mereka membuat muka jijik.

"Perjalanan kita masih jauh lagi. Tak akan kita nak berjalan sampai ke tempat tu?" kata Taehyung. Matanya menyepet dek silau mentari.

"Okey. Kita akan dapatkan kereta tu. Tapi dengan satu syarat." Aries bersuara setelah lama dia membisu.

"Jangan... sesekali... mati."

Syarat Aries mungkin berat untuk dipenuhi tetapi semua akur. Sekali lagi, lelaki bermata violet itu mengatur strategi. Sebelas manusia melawan enam ekor mutant. Kedengaran mudah, tetapi apa-apa boleh berlaku ketika serbuan tersebut.

"Aku, Sua dan Namjoon akan menyusup ke arah mutant untuk alihkan perhatian mereka. Namjoon, kau kata kau ada jumpa bom asap tadi, kan?"

"Ya." ringkas dia menjawab.

"Okey. Bom asap akan alihkan perhatian mereka. Lepas tu, kita tiga akan lari ke arah kereta. Bersedia kalau-kalau mutant tu serang kita. Yang lain, cuba pergi sedekat yang mungkin dengan kereta tanpa mutant tu perasan. Lepas bom asap meletup, terus serbu kereta tu."

Rancangan Aries kedengaran mudah, dan harapnya ia juga mudah pada realiti.

Mereka bergerak ke arah kedudukan masing-masing, seperti mana yang sudah dibincangkan. Sua berada di hadapan, Aries di tengah dan Namjoon di belakang bersama bom asap dalam genggamannya.

Jarak di antara mereka denga binatang pemakan bangkai itu lebih kurang lima meter. Mutant-mutant tersebut masih tidak sedar kehadiran mereka. Ketiga-tiga orang itu menyusup ke belakang sebuah batu sersaiz sederhana besar.

"Sedia untuk lari." Namjoon sudah dalam kedudukan untuk berdiri. Matanya memandang ke atas. Ke arah makhluk itu.

Tanpa sebarang kiraan atau isyarat. Namjoon dengan yakin membaling bom tersebut tepat terkena di tengah-tengah kumpulan mutant.

Asap dirembeskan dari kapsul kecil itu seperti tiada hujungnya. Mutant yang sibuk membaham bangkai manusia menjadi bingung.

Mereka semua meluru ke arah kereta dengan pantas. Bom asap itu tak akan bertahan lama dan mutant tersebut semestinya tak akan duduk di situ sampai asap tersebut hilang.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now